PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Ogos 11, 2020 -Selasa

 
  WORLDREMIT INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA MEREKA YANG MERAIKANNYA

Thursday 30/07/2020



Hubungan WorldRemit dengan penyedia dompet mudah alih Easypaisa dan JazzCash memastikan wang diterima dalam tepat masa, membantu orang tersayang dengan persiapan hari raya mereka

ISLAMABAD, 30 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat pemindahan wang antarabangsa yang terkemuka WorldRemit ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada mereka yang meraikannya !

Bagi ramai orang, persiapan untuk satu percutian seperti Aidiladha boleh jadi memuaskan hati tetapi bagi sesetengah orang, ia boleh menjadi satu detik yang mencabar dari segi kewangan. Semasa percutian ini orang ramai dengan murah hati memberikan wang kepada mereka yang disayangi dan mereka yang berada di dalam komuniti tempatan yang mungkin tidak dapat membeli makanan berasaskan daging untuk meraikannya. Dengan hubungan dompet mudah alih ke Easypaisa dan JazzCash, WorldRemit membantu menjadikan proses ini pantas dan selancar mungkin.

Setiap tahun WorldRemit membantu beratus ribu warga Pakistan yang bekerja dan menetap di luar negara untuk menghantar wang pulang kepada orang yang tersayang dengan perkhidmatan pemindahan wang dalam talian mereka yang pantas, mudah dan boleh dipercayai. Di Pakistan, mereka yang menerima pindahan wang mempunyai beberapa pilihan untuk bagaimana mereka boleh menerima wang mereka, termasuk pembayaran ke dalam akaun bank mereka, kredit segera ke dompet mudah alih mereka, kutipan wang melalui satu rangkaian ejen yang luas, dan tambah nilai masa siaran.

Semasa satu daripada cuti paling penting di dalam kalendar Islam dengan berlatar-belakangkan impak COVID19 yang berterusan, WorldRemit telah memberi tumpuan untuk memastikan kemudahan dan keselamatan bagi pelanggan mereka dengan kepantasan maksimum. Untuk tujuan ini, WorldRemit telah berhubungan dengan Easypaisa dan JazzCash, dua penyedia dompet mudah alih terbesar di Pakistan, untuk membolehkan lebih 40 juta pelanggan menerima pindahan wang antarabangsa secara terus ke akaun mudah alih mereka dalam tepat masa. Menerima wang dengan sepantas kilat membantu meringankan kerisauan kewangan bagi mereka yang mungkin paling memerlukannya bagi membantu mereka dengan persiapan hari raya mereka.

Sebaik sahaja wang itu diterima di dompet pilihan mereka, pelanggan boleh menggunakan baki mereka untuk membayar perkhidmatan di dalam ekosistem penyedia dompet masing-masing, atau boleh memilih untuk mengeluarkan wang dari lebih 200,000 lokasi ejen Easypaisa dan JazzCash di seluruh Pakistan.

JazzCash bersiaran secara langsung bagi pengirim dari semua negara yang menyokong WorldRemit. Easypaisa pada masa ini bersiaran secara langsung bagi pengirim dari United Kingdom, Perancis dan Jerman, dengan sokongan bagi negara-negara lain akan ditambah tidak lama lagi.

“Kami berasa gembira untuk menawarkan satu perkhidmatan pemindahan Wang Mudah Alih dengan dua penyedia dompet mudah alih terbesar di Pakistan, Easypaisa dan JazzCash. Rangkaian yang luas membolehkan lebih ramai pelanggan kami untuk menerima wang mereka dengan selamat, dalam tepat masa. Tambahan pula, pelanggan yang menerima pindahan wang melalui dompet mudah alih mereka mempunyai kelenturan dalam cara bagaimana mereka ingin menggunakan wang mereka. Menyediakan pelanggan kami dengan satu cara yang selamat, mudah dan pantas untuk menghantar dan menerima wang semasa satu perayaan penting seperti Aidiladha adalah satu langkah penting ke arah cita-cita WorldRemit untuk menyokong peralihan pelanggan Pakistan kepada digital. Bagi semua mereka yang meraikan, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada anda dan orang yang tersayang.” Ruzan Ahamed - WorldRemit, Pengarah Negara untuk Asia Selatan.

Maklumat mengenai WorldRemit

WorldRemit adalah sebuah syarikat pembayaran antarabangsa yang terkemuka. WorldRemit telah mengganggu sebuah industri yang sebelum ini dikuasai oleh pemain legasi luar talian dengan melakukan pemindahan wang antarabangsa secara dalam talian - menjadikannya lebih selamat, lebih pantas dan mengurangkan kos. Kami pada masa ini menghantar dari lebih 50 ke 150 buah negara, beroperasi di 6,500 koridor pemindahan wang di seluruh dunia dan menggunakan lebih 1100 orang di seluruh dunia.

Dari segi penghantaran WorldRemit adalah 100% digital (tanpa tunai), meningkatkan kemudahan dan mempertingkatkan keselamatan. Bagi mereka yang menerima wang, syarikat itu menawarkan pelbagai pilihan termasuk deposit bank, kutipan tunai, tambah nilai masa siaran mudah alih dan wang mudah alih.

Disokong oleh Accel, TCV dan Leapfrog – ibu pejabat WorldRemit berada di London, United Kingdom dengan mempunyai kehadiran global di Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan, Jepun, Singapura, Filipina, Australia dan New Zealand.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200729006089/en/

Hubungi

WorldRemit
Kyara Kwan
Pengurus Perhubungan Awam Asia Pasifik
kkwan@worldremit.com

Sumber : WorldRemit

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.