PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Ogos 11, 2020 -Selasa

 
  OPERASI KHAS PENGUATKUASAAN BAGI PELESENAN (OPS LESEN)

Thursday 30/07/2020



KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan hasil Operasi Khas Penguatkuasaan bagi pelesenan (Ops Lesen) Air Mineral Semulajadi (AMS), Air Minuman Berbungkus (AMB), Air dari Mesin Jual Air (MJA) dan ais di pasaran telah dijalankan serentak di seluruh negara pada 21 hingga 23 Julai 2020 lalu. Ops Lesen ini bertujuan bagi memastikan semua premis pengilangan AMS, AMB, Air dari MJA dan ais mempunyai lesen yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang dikuatkuasakan oleh KKM.
 
Hasil Operasi Khas yang dijalankan, sebanyak 1,153 premis pengilangan AMB, AMS, MJA dan ais telah diperiksa. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 271 (23.5%) didapati telah mempunyai lesen daripada KKM manakala sebanyak 882 (76.5%) premis pengilangan dan MJA yang masih belum berlesen. Sebanyak 389 MJA telah disita dan sebanyak 4 premis telah ditutup sementara operasi bagi tujuan pembersihan dan permohonan pelesenan. Sementara itu, sejumlah 48 notis telah dikeluarkan kepada pemilik premis pengilangan dan MJA yang gagal mematuhi peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
 
Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, mana-mana premis pengilangan AMB, AMS, ais atau pengusaha MJA yang disabitkan kesalahan beroperasi tanpa lesen boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.
 
KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualti Makanan akan meneruskan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa di seluruh negara bagi memastikan kepatuhan terhadap pelesenan bagi premis pengilangan AMB, AMS, MJA dan ais mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
 
Selain itu, pengguna juga dinasihatkan agar membaca label pada produk atau mesin jual air dan melihat Nombor Lesen KKM yang terdapat pada label sebelum membeli air minuman atau ais.
 
Pengguna disarankan untuk melaporkan sebarang aduan atau penjualan produk air atau ais yang tidak berlesen kepada Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau hubungi KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
30 JULAI 2020

 
Sila klik disini untuk LAMPIRAN

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: FARAHDILA WATI BINTI MOHD KHAMDE KHUZAINI
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-88833470 / 012-2112658


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.