ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  DRAMA NOH JEPUN "AOI NO UE" (KISAH GENJI) DI ISTANA ODAWARA AKAN DIPAPARKAN SECARA DALAM TALIAN PADA 13 SEPT.

Thursday 06/08/2020

AsiaNet 85015

ODAWARA, Jepun, 6 Ogos, 2020 /Kyodo JBN, AsiaNet/ --

Odawara Tourism Co., Ltd. di bandar Odawara, Wilayah Kanagawa, akan mengadakan acara dalam talian yang pertama di sebuah Istana Jepun. Persembahan "Noh" itu, yang bertajuk "Teater Noh Jepun di Istana Odawara 'Aoi no Ue' -- Kisah Genji," akan distrimkan pada Ahad, 13 September, 2020. Persembahan itu akan menampilkan Shite-kata gaya Kanze (peranan utama) yang dimainkan oleh Kanze Yoshimasa, seorang pelakon terkenal Noh yang muncul dalam banyak persembahan Noh di seluruh dunia. Persembahan video beliau yang mengagumkan yang difilemkan di Istana Odawara akan distrimkan secara serentak di seluruh dunia. 

Tarikh dan Masa:
Ahad, 13 September, 2020, dari 8:00 malam hingga 9:00 malam (JST)
 

Sebelum dan selepas program Noh itu, satu persembahan taiko (gendang) Jepun, "Hojo Daiko," akan dipersembahkan oleh sebuah kumpulan tempatan bersama dengan persembahan ninja "FUMA NINJA Legend of ODAWARA," yang mendapat sambutan baik di Vietnam pada tahun lalu, untuk membuat acara itu lebih mengujakan.
 
-Sorotan Program
Klik di sini untuk maklumat lanjut:

Kandungan persembahan (kira-kira 1 jam):
Persembahan Gendang Jepun -- Hojo Daiko
Teater Noh Jepun di Istana Odawara "Aoi no Ue" -- Kisah Genji
FUMA NINJA Legend of ODAWARA
 
Klik di sini untuk melihat pratonton:

-Ciri-ciri Khas
Untuk distrim adalah satu persembahan video yang dirakamkan terdahulu yang difilemkan di Istana Odawara.
Mereka yang telah membeli tiket akan dibekalkan dengan manual dalam pelbagai bahasa yang boleh dimuat turun terlebih dahulu. Oleh itu, penonton dapat menikmati dunia sensasi dan kedalaman Noh dari rumah mereka di mana sahaja di dunia tanpa sebarang halangan bahasa. Menonton arkib akan tersedia untuk tiga hari.
 
"Teater Noh Jepun di Istana Odawara "Aoi no Ue" -- Kisah Genji"
-Tarikh dan Masa Penstriman
 Ahad, 13 September, 2020 dari pukul 8:00 malam hingga 9:00 malam (JST)
-Tarikh dan Masa untuk Menonton Arkib
 Sehingga Selasa, 15 September, 2020 11:59 malam
- Tempoh Jualan Tiket
 Dari 5 Ogos, 2020, 10:00 pagi hingga 16 September, 2020, 8:00 malam
-Harga tiket
  JPY1,000 (termasuk cukai)

Harap maklum bahawa tiket harus dibeli melalui laman ZAIKO
(https://zaiko.io) sebelum menonton penstriman itu.
 
SUMBER: Odawara Tourism Co., Ltd.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.