ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PELABUHAN PERDAGANGAN BEBAS HAINAN MENETAPKAN TANDA ARAS BAGI PEMBUKAAN CHINA

Tuesday 15/09/2020

AsiaNet 85578

HAIKOU, China, 15 Sept., 2020 /Xinhua-AsiaNet/ --
 
Pembinaan bagi pelabuhan perdagangan bebas Hainan telah dipercepatkan sejak pihak berkuasa China mereka bentuk satu pelan baginya tiga bulan yang lalu, menunjukkan komitmen China bagi pembukaannya di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Dengan pakej dasar sokongan, Hainan bakal menjadi sebuah destinasi popular untuk pelaburan dan perusahaan asing.

Setakat ini, pelabuhan perdagangan bebas itu telah memperolehi sebanyak 94 projek utama termasuk 20 projek yang dibiayai oleh pihak asing, yang merangkumi sektor seperti pelancongan, perkhidmatan moden dan industri berteknologi tinggi.

“Pelancaran bagi projek-projek ini akan membawa pertumbuhan baharu bukan sahaja kepada pelabuhan perdagangan bebas itu tetapi juga kepada pelabur global,” kata Han Shengjian, pengarah bagi Biro Pembangunan Ekonomi Antarabangsa Hainan.

Pada 3 Sept., hari terakhir bagi satu acara promosi selama tiga hari di sebuah kedai bebas cukai di bandar peranginan Sanya di Hainan, Chu Yadong berulang-alik di kedai itu, untuk memilih produk penjagaan kulit dan alat solek bagi saudara-mara beliau.

Dari 1 Julai, Hainan telah meningkatkan kuota membeli-belah bebas cukai tahunan mereka dari 30,000 yuan (kira-kira 4,389 dolar A.S.) kepada 100,000 yuan setiap seorang.

Menurut data rasmi, penjualan dari empat kedai bebas cukai luar pesisir di Hainan mencecah 5 bilion yuan dari 1 Julai hingga 18 Ogos, satu peningkatan sebanyak 250 peratus tahun ke tahun, dengan satu kadar pusing ganti harian purata lebih dari 100 juta yuan.

Zon perintis pelancongan perubatan antarabangsa Boao Lecheng, sebuah platform untuk menerokai perkembangan bagi perniagaan dan perkhidmatan berkaitan pelancongan perubatan antarabangsa di negara itu, telah melancarkan satu jenis insurans ubat-ubatan khas pada 2 Ogos.

Ini merangkumi 70 ubat-ubatan anti-barah dari seluruh dunia bagi 35 jenis barah biasa, termasuk 49 yang masih belum diluluskan untuk penjualan di pasaran tanah besar China. Premium tahunan bagi penduduk Hainan adalah hanya 29 yuan bagi setiap orang, sementara insurans itu meliputi kos ubat sehingga 1 juta yuan.

Yan Lukai, seorang pegawai dengan pentadbiran zon perintis itu, berkata bahawa sebagai satu inovasi bagi pembinaan pelabuhan perdagangan bebas itu, insurans itu membolehkan penduduk Hainan untuk berkongsi dividen polisi itu.

“Hainan sedang membangunkan sebuah pelabuhan perdagangan bebas yang berpusatkan orang ramai, yang tidak hanya akan membuat penduduk Hainan memperoleh suatu rasa kebahagiaan, tetapi juga berkongsi peluang-peluang pembangunan dengan orang di seluruh negara itu serta perusahaan dan pekerja mahir dari seluruh pelusuk dunia,” kata Liu Cigui, setiausaha Parti bagi Hainan.
 
Sumber: Biro Pembangunan Ekonomi Antarabangsa Hainan
 
Pautan Lampiran Imej:
 
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=371454
  
Kapsyen: Foto dari udara yang diambil pada 3 April, 2020 menunjukkan suatu pemandangan bagi zon perintis Boao Lecheng di Hainan bagi pelancongan perubatan antarabangsa di Wilayah Hainan di China selatan.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.