ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  MARY KAY DINAMAKAN DI ANTARA JENAMA UTAMA DI DALAM PURPOSE POWER INDEX™

Tuesday 15/09/2020



Kajian itu, yang dijalankan oleh Reputation Institute dan StrawberryFrog, mengukur bagaimana pengguna benar-benar berfikir dan rasa tentang tujuan jenama

DALLAS, 15 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Purpose Power Index™, satu kajian mengenai bagaimana pengguna benar-benar berfikir dan rasa tentang tujuan jenama yang dijalankan oleh Reputation Institute dan StrawberryFrog, telah menamakan Mary Kay di antara jenama yang dipacukan oleh tujuan dan paling berkuasa di negara itu. Kajian itu, yang mengumpulkan lebih daripada 17,500 penilaian dari lebih 5,700 responden unik, bertujuan untuk menunjukkan syarikat mana yang paling hampir menjalankan misi mereka di mata pengguna Amerika Syarikat.

“Sejak dari peringkat awal, Mary Kay adalah sebuah jenama yang dibina dengan tujuan,” kata Julia Simon, Ketua Pegawai Undang-undang dan Ketua Pegawai Kepelbagaian bagi Mary Kay Inc. “Itulah sebabnya kami tidak pernah goyah daripada usaha kami yang mencakupi daripada pemerkasaan dan kelestarian wanita sehingga kepada penyelidikan kanser dan perjuangan untuk menamatkan keganasan berdasarkan gender terhadap wanita dan gadis. Penyelidikan menunjukkan bahawa pengguna hari ini tidak berminat di dalam syarikat yang hanya menumpukan perhatian kepada keuntungan — mempunyai keazaman adalah amat penting.”

Beberapa elemen memainkan peranan di mana syarikat-syarikat mendapat markah yang baik pada Purpose Power Index™, termasuk mempunyai satu tujuan yang lebih tinggi daripada hanya sekadar menghasilkan wang, memperbaiki kehidupan orang dan komuniti mereka, komitmen untuk mengubah dunia untuk menjadi lebih baik, dan melakukan perkara yang betul untuk masyarakat secara keseluruhan.

“Jenama-jenama tujuan paling kuat dilihat telah bertindak sesuai dengan tujuan mereka – melalui segalanya dari bagaimana mereka membayar ganti rugi kepada pekerja mereka sehingga kepada bagaimana mereka berkelakuan dalam masyarakat – bukan hanya sekadar bercakap mengenainya,” kata Scott Goodson, Ketua Pegawai Eksekutif bagi StrawberryFrog. “Jenama-jenama ini juga mencetuskan dan mengambil bahagian di dalam pergerakan masyarakat.”

Syarikat lain yang berada di bahagian atas senarai itu dengan Mary Kay termasuk: The North Face, Kellogg Company, Unilever, UPS, Etsy, Disney, Microsoft, IBM, Netflix, Canon, Chick-fil-A, Amazon dan Tesla.

Menurut Kylie Wright-Ford, Ketua Pegawai Eksekutif bagi The RepTrak Company, “syarikat-syarikat yang secara autentik mengaktifkan tujuan dalam semua perkara yang mereka lakukan dan katakan memperoleh ganjaran reputasi yang lebih mantap. Keuntungan kerana menjadikan tekad itu dapat dipercayai diterjemahkan kepada peningkatan sokongan tingkah laku di antara pihak berkepentingan termasuk niat untuk membeli, kesediaan untuk bekerja, dan potensi untuk melabur.”

Penyertaan di dalam Purpose Power Index™ merupakan penghormatan terkini bagi Mary Kay Inc. di dalam komitmen mereka kepada tanggungjawab korporat. Baru-baru ini, David Holl, Ketua Pegawai Eksekutif Mary Kay, telah diiktiraf sebagai satu daripada “10 Ketua Pegawai Eksekutif yang Paling Bereputasi Baik di Dunia” oleh RepTrak® – Reputation Institute dan Mary Kay menduduki tempat #42 di 100 Tempat Kerja Global 2019 yang dikeluarkan oleh Reputation Institute.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan  peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.  
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200914005146/en/ 


Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com 

Sumber : Mary Kay 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.