PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Oktober 01, 2020 -Khamis

 
  DR ISKANDAR SAMAD DILANTIK SEBAGAI PRESIDEN DAN CEO MIMOS

Tuesday 15/09/2020



Kepimpinan baharu dijangka dapat memperkukuhkan peranan MIMOS sebagai pusat R&D nasional
 
BUKIT JALIL, 15 Sept (Bernama) -- Pusat penyelidikan dan pembangunan gunaan nasional MIMOS, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), mengumumkan pelantikan Dr Iskandar Samad sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, berkuatkuasa 15 September 2020.
 
Dr Iskandar mempunyai pengalaman daripada pelbagai industri termasuk telekomunikasi, media digital dan perkhidmatan kewangan.  Beliau telah memegang beberapa jawatan kepimpinan termasuklah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Jewel Digital Ventures Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik Permodalan Nasional Berhad; Astro Malaysia Holdings-OTT (over-the-top); dan Tribe (Hong Kong) Limited, sebuah anak syarikat milik Astro. Beliau juga pernah memegang jawatan di Axiata Berhad sebagai Naib Presiden OTT-MVNO (Mobile Virtual Network Operators), Axiata Digital Services, dan Naib Presiden Bahagian Projek Khas.
 
Sebelum menyertai MIMOS, Dr Iskandar menjalankan firma perunding strategiknya sendiri yang memfokuskan kepada bidang transformasi digital, data analitik dan pembangunan strategi. Antara bidang fokus yang dijalankan termasuklah analisis dan penyelidikan tentang COVID-19 yang meliputi model ramalan, analisis impak sosioekonomi serta penilaian dan pengesyoran dasar. Sebelum beliau terlibat dalam bidang ini, Dr Iskandar memulakan kerjayanya sebagai seorang perunding di McKinsey & Company pada tahun 2008, di mana beliau pernah berkhidmat untuk pelanggan-pelanggan korporat dari rantau Asia Tenggara dan Australia.
 
Dr. Iskandar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Sains Maklumat, dan Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Kejuruteraan dari University of Cambridge di UK.
 
Sebagai seorang yang mempunyai minat yang mendalam dalam menyumbang kepada agenda pembangunan sains dan teknologi di Malaysia, pelantikan Dr Iskandar dijangka bakal memperkukuh peranan agensi ini dalam memacu pembangunan industri yang meliputi aktiviti R&D termaju, usaha sama dan inkubasi teknologi serta pembinaan kapasiti dan keupayaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), semikonduktor dan mikroelektronik.
 
Pengerusi MIMOS Tan Sri Shahril Shamsuddin berkata: “Pelantikan Dr Iskandar Samad sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ini bakal menambah kepelbagaian dalam perspektif, pengetahuan dan daya kreativiti kepada Lembaga Pengarah MIMOS. Kami menyambut baik pelantikan Dr Iskandar dan kami yakin dengan kewibawaan dan kecekapan beliau, Dr Iskandar mampu menerajui MIMOS ke arah yang lebih cemerlang,”
 
“Pihak MIMOS turut ingin merakamkan penghargaan kepada Emelia Matrahah yang telah berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Interim dari 1 Disember 2018 hingga 14 September 2020,” katanya. 

Perihal MIMOS
 
MIMOS adalah pusat penyelidikan dan pembangunan gunaan nasional Malaysia.  Sebagai sebuah agensi strategik di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), MIMOS menyumbang ke arah meningkatkan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat menerusi produk, penyelesaian dan platform teknologi yang dipatenkan.  Dalam jangkamasa 12 tahun terakhir ini, MIMOS telah memfailkan lebih daripada 1,200 Harta Intelek dalam pelbagai bidang teknologi dan merentasi sektor-sektor sosioekonomi utama negara.  Mendukung peranan teras dalam kembara transformasi digital negara, MIMOS beriltizam mewujudkan suatu budaya inovasi dengan memupuk jalinan antara pemegang-pemegang kepentingan dalam semangat perkongsian pintar dan model pertumbuhan menyeluruh. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MIMOS, sila kunjungi www.mimos.my 

SUMBER: MIMOS Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 

Nama: Laurence Sebastian
Tel: +603 8995 5000 / +601 9236 4938
Emel: laurence@mimos.my
Website: www.mimos.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.