ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  LEDDARTECH MELANTIK DINO RAMBIDIS SEBAGAI KETUA PEGAWAI KEWANGAN

Tuesday 29/09/2020



QUEBEC CITY, 29 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam penyelesaian penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan dari Tahap 1 hingga Tahap 5 berbangga dalam mengumumkan pelantikan En. Dino Rambidis sebagai Ketua Pegawai Kewangan yang berkuat kuasa 2 September 2020.

En. Rambidis mempunyai kira-kira 30 tahun pengalaman menyandang jawatan pengurusan kewangan kanan dengan syarikat awam dan swasta di seluruh pelbagai industri, terutamanya dalam sektor kewangan. Sebelum menyertai LeddarTech, En. Rambidis berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan di Stornoway Diamond Corporation, sebagai Naib Presiden Kanan, Kewangan Korporat di Fiera Capital dan Naib Presiden, Kewangan dan Operasi di PSP Investments.

Di LeddarTech, En. Rambidis akan bertanggungjawab memantau aspek kewangan, perakaunan korporat, cukai dan audit bagi operasi syarikat serta mengambil bahagian sebagai ahli strategi kewangan secara aktif dalam orientasi dan perancangan strategik LeddarTech serta projeknya. En. Rambidis menggantikan jawatan CFO yang sebelum ini dijawat En. Claude Doré, yang akan bersara.

“Saya sangat berbesar hati Dino telah menyertai pasukan eksekutif LeddarTech sebagai Ketua Pegawai Kewangan,” ujar En. Charles Boulanger, CEO di LeddarTech. “Dino memiliki kepakaran fungsian dan pengetahuan teknikal yang mendalam dalam semua aspek kewangan korporat, perancangan kewangan dan perakaunan yang beliau kumpul sepanjang lebih daripada 30 tahun pengalamannya dalam sektor swasta dan awam. Pengalaman ini menunjukkan bahawa Dino memiliki keupayaan kepimpinan yang diperlukan untuk mengurus portfolio kewangan LeddarTech secara strategik sementara kami terus mengoptimumkan LeddarTech untuk kejayaan dan pertumbuhan yang mampan,” simpul En. Boulanger.

En. Rambidis berkata: “Saya amat menantikan untuk menyertai pasukan kepimpinan LeddarTech dan mengetuai organisasi kewangannya.” Beliau meneruskan, “LeddarTech telah berada pada kedudukan sebagai peneraju global dalam teknologi penderia yang membolehkan penggunaan pemanduan berautonomi dan bantuan. LeddarTech ialah syarikat yang perlu diperhatikan berikutan pengembangan portfolio penyelesaiannya yang termasuk LeddarVision™, pergabungan penderia dan persepsi untuk Tahap 1 hingga Tahap 5, selepas pemerolehan VayaVision," simpul En. Rambidis.

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju dalam penyelesaian penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan penderiaan kritikal dan cabaran persepsi merentasi seluruh rantai nilai pasaran automotif dan mobiliti dengan platform lakuran penderia dan persepsi LeddarVision™. LeddarTech menyampaikan penyelesaian pembangunan LiDAR yang cekap kos, boleh skala dan serba boleh kepada penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 yang membolehkan LiDAR berkeadaan pepejal gred automotif dibangunkan berdasarkan asas LeddarEngine™. LeddarTech menawarkan 14 generasi LiDAR berkeadaan pepejal berdasarkan platform LeddarEngine yang beroperasi 24/7 di persekitaran yang teruk. Platform ini dikerahkan secara aktif di dalam kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan aplikasi roboteksi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 80 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi dari Tahap 1 hingga Tahap 5.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di LeddarTech.com dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan:

Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran dan Komunikasi Korporat Global, LeddarTech Inc.
Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232
daniel.aitken@leddartech.com

Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision, dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

SUMBER: LeddarTech inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.