ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  CUBE HIGHWAYS MEMPEROLEH JALAN BERTOL KNR WALAYAR

Wednesday 30/09/2020



SINGAPURA, 30 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cube Highways III, sebuah syarikat portfolio bagi I Squared Capital melalui ISQ Global Infrastructure Fund II, telah memperoleh 100 peratus ekuiti bagi KNR Walayar Tollways Private Limited (KWTPL), sebuah jalan bertol yang beroperasi di negeri Kerala, India, daripada KNR Constructions Limited. Termasuk urus niaga ini, dan aset di bawah pelbagai peringkat penutupan, kumpulan Cube Highways mempunyai sebuah portfolio yang terdiri daripada 27 lebuh raya dengan hampir 8,400 kilometer lorong merentasi India.

KWTPL mengendalikan sebuah jalan bertol empat lorong sepanjang 53.5 kilometer yang menghubungkan Walayar, di sempadan negeri-negeri selatan India di Tamil Nadu dan Kerala, dan Vadakkancherry di Kerala. Diberikan sebagai satu konsesi 20 tahun pada tahun 2012 untuk memperkukuh dan memperluaskan sebuah lebuh raya dua lorong kepada satu konfigurasi empat lorong, projek itu telah beroperasi sejak Mei 2015. Membentuk satu bahagian kritikal bagi Lebuh raya Nasional-47, KWTPL terletak pada laluan masuk utama ke Kerala, dengan menghubungkan bandar-bandar utama Salem, Erode dan Coimbatore di Tamil Nadu dengan Thrissur dan Kochi di Kerala.

Urus niaga ini mengikuti pemerolehan Lebuhraya Farakka-Raiganj pada minggu lalu dan merupakan pemerolehan aset keempat bagi sebuah lebuh raya daripada kumpulan KNR.

“Walaupun menghadapi cabaran pandemik Covid-19, kedua-dua belah pihak telah berusaha secara konstruktif untuk menyusun semula urus niaga itu bagi mencapai satu keputusan yang menguntungkan kedua-dua pihak,” kata Gautam Bhandari, Pengarah bagi Cube Highways dan Rakan Pengurusan I Squared Capital. “Sebagai satu urus niaga yang berulang dengan Kumpulan KNR, Cube Highways telah sekali lagi menunjukkan bahawa ia adalah rakan pilihan bagi syarikat-syarikat pembinaan jalan raya terkemuka dan telah mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pemilik-pengendali utama unggul bagi Lebuh raya India.”

KWTPL memperluaskan kehadiran geografi Cube Highways ke India Selatan dan mempelbagaikan aliran lalu lintas untuk portfolio itu. Jalan raya itu telah menyaksikan satu pemulihan yang sihat dalam lalu lintas komersial di antara Tamil Nadu dan Kerala berikutan sekatan pergerakan.

Maklumat mengenai Cube Highways: Cube Highways and Infrastructure III Pte. Ltd. (Cube Highways) adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura yang melabur di dalam projek jalan raya dan lebuh raya, bersama dengan sektor infrastruktur terpilih yang lain di India. Cube Highways adalah sebuah platform  bebas yang dikendalikan secara profesional dengan memanfaatkan pengalaman pengangkutan yang luas dari pasukan penasihat pengurusan dan pelaksanaan mereka. Pemegang saham bagi Cube Highways adalah pelabur antarabangsa terkemuka termasuk I Squared Capital dan sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Abu Dhabi Investment Authority.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200929005760/en/

Hubungi

Andreas Moon, Pengarah Urusan dan Ketua bagi Perhubungan Pelabur, I Squared Capital, +1 (786) 693-5739, 
andreas.moon@isquaredcapital.com dan investor.relations@cubehighways.com
 
Sumber : Cube Highways
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.