PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Oktober 24, 2020 -Sabtu

 
  TOURISM MALAYSIA TINGKATKAN PROMOSI CUTI-CUTI MALAYSIA DENGAN KERJASAMA PETRON DAN PAYNET

Wednesday 30/09/2020



KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Tourism Malaysia dengan kerjasama Petron Malaysia dan Payments Network (PayNet) menjayakan kempen Peraduan “Fuel Penuh Gaya MyDebit Je dengan Kad ATM Anda!” dalam usaha untuk mempertingkatkan mobiliti rakyat serta menggalakkan rakyat untuk berbelanja dan melancong dalam negara.

Kempen peraduan ini telah dilancarkan di stesen Petron NKVE dan telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut adalah Datuk Musa bin Yusof, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Puan Faridah Ali, Pengurus Besar Petron dan juga Encik Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet.

“Data oleh Jabatan Perangkaan pada tahun 2019 menunjukkan bahawa bahan api kenderaan merupakan komponen kedua terbesar dari segi perbelanjaan perjalanan oleh pelancong domestik apabila sebanyak 16.7 peratus daripada jumlah perbelanjaan perjalanan, dibelanjakan untuk bahan api kenderaan. Sehubungan itu, promosi seperti kempen bersama Petron dan PayNet ini mampu meningkatkan permintaan penggunaan petrol, sekaligus meningkatkan mobiliti orang ramai untuk berjalan-jalan atau melancong dalam negara,” kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu ketika berucap di majlis perasmian tersebut.

“Di Malaysia, kita boleh berjalan dengan mudah, sama ada dengan memandu menggunakan lebuhraya mahupun jalan kampung untuk ke destinasi menarik di setiap negeri. Terdapat banyak tarikan pelancongan yang boleh diterokai di sepanjang laluan perjalanan,” jelas menteri itu lagi, dalam usaha untuk menarik minat rakyat untuk bantu menyemarakkan lagi sambutan Cuti-Cuti Malaysia.

Menurut Laporan Survei Pelancongan Domestik 2019, 96.2 peratus pelancong domestik dianggarkan telah melakukan perjalanan dengan menggunakan kenderaan persendirian berbanding dengan 3.8 peratus jumlah pelancong yang menggunakan mod pengangkutan awam seperti bas, teksi dan kereta api.

Kempen peraduan akan bermula pada 1 Oktober dan akan berlangsung sehingga 31 Disember 2020. Orang ramai layak menyertai peraduan dengan hanya membuat pembelian petrol dengan jumlah RM5 minimum menggunakan kad MyDebit ATM di mana-mana 720 cawangan stesen Petron di dalam negara.

Petron adalah rangkaian stesen minyak pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan kepada pengguna untuk membuat bayaran menggunakan kad MyDebit ATM tanpa dikenakan sebarang cagaran. Sebelum ini, mana-mana pengguna yang menggunakan kad debit di stesen minyak akan disekat RM200 dan proses ini boleh mengambil masa sehingga tiga hari.

Pemenang bertuah berpeluang memenangi 169 hadiah lumayan yang ditawarkan termasuk membawa pulang Kawasaki Z250 ABS, Modenas Pulsar NS200 ABS, Go Pro Hero8 Black, point Petron Miles bernilai RM500 dan 1-tahun bekalan Petron Rifer 4T Synthetic Blend.

Tourism Malaysia juga menawarkan 36 baucar penginapan di hotel-hotel Malaysia iaitu Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi; Hyatt House Kuala Lumpur, Mont Kiara; Maya Hotel KL, Best Western I-City Shah Alam, Fraser Place Puteri Harbour, Swiss-Garden Hotel Melaka & The Shore Hotel Melaka, Federal International Group Capitol KL dan Tribeca Serviced Suites KL, Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highlands; Lexis Hibiscus Port Dickson, Iconic Hotel Penang, Ramada Suites dan Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA.

Kempen ini dilancarkan dengan harapan untuk meningkatkan mobiliti dan mendorong rakyat Malaysia untuk melancong menggunakan jalan raya dan juga merangsang ekonomi tempatan terutamanya penggiat perniagaan pelancongan yang telah terkesan dengan pandemik Covid-19. Berdasarkan Laporan Survei Pelancongan Domestik 2019, segmen pelancongan domestik pada tahun 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, telah merekodkan perbelanjaan sebanyak RM103.2 bilion, menjadikan ianya sebagai salah satu penyumbang utama ekonomi negara.

Malaysia mempunyai pelbagai aktiviti menarik dari segi budaya dan juga makanan yang unik di setiap negeri yang merangkumi segala jenis niche dan juga minat. Dapatkan inspirasi trip perjalanan dan juga pakej domestik dengan melayari laman sesawang Tourism Malaysia di www.malaysia.travel.

Untuk maklumat lanjut mengenai siaran media mahupun maklumat mengenai industri pelancongan Malaysia, boleh melayari laman sesawang Pusat Media Tourism Malaysia di http://www.tourism.gov.my/

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA atau TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism Malaysia memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada tahun 2019, Malaysia telah mencatatkan ketibaan seramai 26.1 jutapelancong asing yang menyumbang kepada pendapatan pelancongan sebanyak RM86.14 bilion sekali gus meletakkan negara ini dalam kalangan destinasi pelancongan utama dunia.

SUMBER: TOURISM MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Media Unit
Nama: Muadz Samat
Penolong Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603 8891 8755
E-mel: muadz@tourism.gov.my


Bahagian Domestik & Acara
Nama: Rahayu binti Ahmad
Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Domestik & Acara
Tel: +603 8891 8437
E-mel: rahayu@tourism.gov.my


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.