ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​THE DAY I RAN CHINA II: MENEROKA PERKEMBANGAN BAGI SEBUAH KAWASAN DESA SOSIALIS BAHARU KEPADA DUNIA

Friday 27/11/2020

AsiaNet 86882

Table

Pekerja antarabangsa di teres Hani di wilayah Yunnan
 

CHANGSHA, China, 27 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Dihasilkan bersama oleh Mango Excellent Media, Mango TV dan Discovery, rancangan realiti pekerjaan transnasional yang pertama yang diberi nama THE DAY I RAN CHINA II kini mula mendapat perhatian. Rancangan itu mengundang 10 pemuda asing dengan kewarganegaraan, kerjaya dan latar belakang profesional yang berbeza untuk meneroka “Kungfu” yang diamalkan oleh China untuk mengurangkan kemiskinan di kawasan luar bandar, dan untuk menyaksikan pencapaian China di dalam membangunkan sebuah masyarakat yang agak makmur pada tahun 2020. Ia melukiskan satu gambaran yang jelas mengenai pembangunan ekonomi China dan membangunkan sebuah masyarakat yang agak makmur melalui pembukaan kepada seluruh dunia.

Dengan mengunjungi Hunan, Zhejiang, Sichuan, Guizhou, Guangxi, Yunnan, Ningxia dan Inner Mongolia, mereka telah menempuh satu perjalanan yang jauh melalui kawasan pesisiran pantai, pedalaman, dataran tinggi, lembangan, gunung dan padang rumput. Sembilan kawasan pengurangan kemiskinan khas ini telah menjadi kem latihan mereka dalam praktiknya. “RAN” adalah kata kunci pada musim ini. Rancangan itu telah menyampaikan dengan baik hasil bagi penggalakan luar bandar, dengan mengamalkan langkah-langkah yang sesuai dengan keadaan setempat dan merumuskan dasar-dasar yang sesuai berhubung pengurangan kemiskinan dengan memperluaskan kelebihan mereka dan menghindarkan keburukan. Satu gambaran mengenai pengurangan kemiskinan di China telah dengan perlahan-lahan didedahkan dengan menunjukkan sembilan kawasan ini.

Di daerah Zhangyi, wilayah Hunan, pemuda antarabangsa mengalami kehidupan “selebriti petani Internet”. Telefon menjadi alat pertanian baharu mereka, dan penyiaran menjadi pekerjaan ladang baharu mereka. Di teres Hani di wilayah Yunnan, mereka menemui model pengurangan kemiskinan bagi pelancongan dengan ciri-ciri tempatan dan menyaksikan cara bagaimana warisan pertanian menjadi hidup. Di kawasan pergunungan selatan di wilayah Ningxia, mereka mempelajari mengapa ia disebut sebagai “Bumi bagi Sayur-sayuran Dingin di China Barat”.

Selama bertahun-tahun, petani China telah bekerja dengan tekun dan rasa rendah diri untuk masa depan mereka yang lebih baik. THE DAY I RAN CHINA II menyampaikan hasil yang kaya itu bagi “pengurangan kemiskinan yang disasarkan” melalui perspektif pemuda asing dan menggambarkan satu pandangan yang jelas mengenai masyarakat China yang makmur. Ini akan membantu seluruh dunia untuk melihat dan merasakan lebih banyak ciri-ciri dan kekuatan luar biasa bagi China.

Sumber: Mango TV

Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=378184

Kapsyen: Pekerja antarabangsa di teres Hani di wilayah Yunnan

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=378188

Kapsyen: Pekerja antarabangsa bersiaran dengan bintang pop Yuan Yonglin untuk menyokong petani.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.