ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  AGROBANK TERUS MEMBANTU PERNIAGAAN MIKRO HARUNGI PANDEMIK COVID-19

Friday 27/11/2020



KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Agrobank terus menawarkan bantuan kewangan kepada pelanggannya terutama pelanggan mikro dengan menawarkan bantuan pembayaran balik dan menerima permohonan sehingga Jun 2021.
 
Sehingga hari ini, Agrobank telah meluluskan lebih 9,000 permohonan untuk penstrukturan dan penjadualan semula (R&R) dan ini merangkumi lebih 8,000 permohonan daripada pelanggan mikro dan lebih 1,000 permohonan daripada pelanggan korporat, komersial, dan pengguna yang memohon sokongan kewangan tambahan untuk meredakan aliran tunai mereka kesan daripada penularan wabak COVID-19.
 
Inisiatif bantuan pembayaran balik bersasar ini adalah sejajar dengan pengumuman Belanjawan 2021 baru-baru ini oleh Menteri Kewangan mengenai penguatkuasaan Bantuan Pembayaran Sasaran untuk pelanggan B40, M40 dan PKS.
 
Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata, berdasarkan Belanjawan 2021, pertanian terus menjadi komponen ekonomi yang sangat penting bagi negara dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.7 bilion untuk memperkasakan sektor pertanian dan industri makanan.
 
Sebilangan besar inisiatif ini telah dirangka dengan baik untuk memberi manfaat kepada komuniti agro yang melibatkan semua segmen utama seperti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kedua-dua kumpulan pendapatan Bawah 40% (B40) dan Pertengahan 40% (M40).
 
"Sebahagian besar peruntukan yang diumumkan untuk industri pertanian dan makanan mengfokuskan kepada pemulihan perniagaan komuniti agro terutamanya mereka yang dikategorikan di bawah B40 dan PKS. Oleh itu, kami mengalu-alukan para pelanggan kami untuk datang ke mana-mana cawangan Agrobank di seluruh negara, mengadakan perbincangan secara bersemuka untuk lebih memahami pilihan bantuan pembayaran yang ada, bagi membantu mereka melalui tempoh pemulihan COVID-19 ini”
  
“Di saat semua orang sedang berhadapan saat yang sukar, keutamaan segera kami adalah untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik dengan memberikan sokongan dan fleksibiliti kepada para pelanggan kami yang mungkin sedang memasuki fasa ketidaktentuan kewangan pada ketika ini. Pengumuman Belanjawan 2021 ini adalah sebahagian daripada program bantuan yang lebih luas yang kami harapkan dapat membantu para pelanggan kami terutamanya kelompok berpendapatan B40 dan M40 dalam tempoh yang mencabar ini.”
 
Untuk memenuhi syarat bagi mendapatkan bantuan pembayaran bersasar ini, individu B40 mesti berdaftarkan di bawah program bantuan tunai, Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), sementara individu M40 mesti berdaftar di bawah BPR manakala bagi perusahaan mikro, mereka mestilah syarikat yang mempunyai kemudahan pembiayaan yang diluluskan hingga RM150, 000, sepertimana yang ditetapkan oleh SME Corp Malaysia.
 
Dengan situasi pandemik yang belum pernah terjadi sebelum ini yang turut memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat, kami ingin mengalu-alukan semua pelanggan kami untuk menghubungi pengurus cawangan atau pegawai perhubungan masing-masing untuk membincangkan penyelesaian untuk mengatasi segala permasalahan kewangan yang mungkin sedang mereka hadapi.
 
"Kami di Agrobank akan terus responsif kepada perubahan keperluan mereka dan akan terus menawarkan bantuan pembayaran balik dan menerima permohonan sehingga Jun 2021.”
 
Untuk memenuhi syarat bagi inisiatif ini, individu B40 dan perusaha mikro tidak perlu untuk menyerahkan sebarang dokumen kepada Agrobank sementara individu M40 yang berdaftar di pangkalan data BPR, hanya memerlukan membuat pengisytiharan kendiri untuk memohon bantuan pembayaran balik mereka.
 
Di bawah inisiatif ini, kumpulan ini boleh mendapat penangguhan ansuran bulanan sehingga tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan hingga 50% untuk tempoh selama enam bulan.
 
Pelanggan yang memerlukan maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan pembayaran balik Agrobank, boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan di 1300 88 2476 atau e-mel customer@agrobank.com.my, atau menghubungi pegawai perhubungan atau cawangan masing-masing, atau layari www.agrobank.com.my
 
 Mengenai Agrobank
 
Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank


SUMBER: Agrobank
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Shahreen Rahim
Ketua Seksyen Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Strategik
Agrobank
Tel: 03-2731 1600 (ext 1660) / +6012 943 6217
E-mel: shahreen.rahim@agrobank.com.my
 
Nama: Syarifah Syameen
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Strategik
Agrobank.
Tel: 03-2731 1652 / +6012-310 1766
E-mel: syameen@agrobank.com.my

--BERNAMA

 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.