ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  JILIN DI CHINA MENGUBAH SUMBER SEJUK SEPERTI AIS KEPADA INDUSTRI PUSAT TARIKAN

Thursday 31/12/2020

AsiaNet 87436

CHANGCHUN, China, 31 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Dengan matlamat untuk membina sebuah destinasi pelancongan ais dan salji yang bertaraf dunia, Wilayah Jilin di timur laut China berhasrat untuk membina sebuah industri pelancongan salji dan ais yang berkualiti tinggi, menggalakkan pembangunan bersepadu bagi industri yang berkaitan salji dan ais, membina sebuah ekonomi salji dan ais yang teguh, dan merealisasikan peralihan daripada industri ais dan salji kepada ekonomi, dengan mengubah “sumber sejuk” bagi ais dan salji kepada sebuah “industri yang panas”, menurut Jabatan Wilayah Jilin bagi Kebudayaan dan Pelancongan.

Dengan memanfaatkan peluang-peluang yang dibawa oleh Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, Jilin telah secara aktif mempromosikan pembinaan jenama bagi “Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing, Pengalaman di Jilin”, seterusnya menggalakkan usaha mempopularkan sukan ais dan salji, dan mengukuhkan pengaruh bagi satu siri aktiviti ais dan salji seperti Festival Bermain Ski Antarabangsa Vasaloppet China, kejohanan jemputan berenang musim sejuk kebangsaan, Perlumbaan Perahu Naga Musim Sejuk Antarabangsa Sungai Songhua, festival memancing musim sejuk Tasik Chagan, dan sebagainya. Wilayah itu telah melancarkan hampir 300 acara budaya, pelancongan, sukan, perdagangan, pendidikan dan acara lain yang berkaitan dengan salji dan ais.

Jilin telah secara komprehensif mempromosikan pembangunan dan peningkatan sukan ais dan salji, pembuatan peralatan, perkhidmatan pelancongan ais dan salji dan industri lain, mewujudkan “ais dan salji pintar” dan mempromosikan penyebaran elemen ais dan salji yang pelbagai di Jilin. Sebagai satu-satunya ekspo yang bertemakan salji di China, Ekspo Industri Salji dan Ais Antarabangsa Jilin telah diadakan sebanyak lima kali, dengan mengumpulkan lebih daripada 1,500 jenama yang mengambil bahagian, 466,000 orang pengunjung dan jumlah perolehan di lokasi bernilai 852 juta yuan.

Pada musim salji yang baharu itu, Jilin telah merancang 32 laluan butik pelancongan ais dan salji, dan melancarkan 28 dasar pilihan seperti pengeluaran baucar penggunaan ais dan salji, yang telah mendorong kadar penginapan hotel di sekitar kawasan pemandangan ais dan salji yang indah kepada lebih 85% , aliran penumpang di sekitar pusat beli-belah meningkat sebanyak 12%, dan perolehan meningkat sebanyak 9.5%.

Wilayah Jilin, yang terletak di antara 41 dan 46 darjah garisan lintang utara, adalah satu daripada “tiga pangkalan salji serbuk dunia”, yang memusatkan kesemua kelebihan semula jadi bagi salji serbuk, tasik beku, rime dan mata air panas di dalam membangunkan ekonomi salji dan ais. Setelah berusaha selama beberapa tahun, wilayah itu telah membangunkan satu laluan pembangunan baharu yang berdasarkan kepada pelancongan ais dan salji, sukan dan budaya, dan membentuk satu rantaian industri penuh “3+X” yang disokong oleh pembuatan peralatan ais dan salji, perdagangan, pengangkutan, perisikan, bakat, dll.

Sementara itu, Jilin telah secara aktif menggalakkan pembinaan bagi “Jalan Sutera Ais dan Salji”, dengan Jilin sebagai terasnya, yang berpusat di timur laut China dan menghadap ke Timur Laut Asia, dan telah mengukuhkan kerjasama dan pertukaran dengan negara-negara ais dan salji di sepanjang Belt dan Road, dengan satu hasrat untuk membina wilayah timur laut China menjadi sebuah dataran tinggi bagi ekonomi ais dan salji China dan membina sebuah ekonomi ais dan salji bertaraf dunia yang setanding dengan Eropah dan Amerika Utara.

Jumlah denai salji bagi Jilin meliputi sebuah kawasan seluas 1,050 hektar, yang menyumbang kira-kira 20% daripada jumlah negara itu, dengan menduduki tempat pertama di China. Tempat peranginannya mempunyai keadaan semula jadi yang terbaik dan kualiti kompetitif di Asia. Ia juga mempunyai kursus latihan bermain ski terpiawai serba cuaca yang pertama di Asia dan keempat di dunia. Pada musim salji 2018-2019, wilayah itu telah menerima 84.3 juta orang pelancong dan pendapatan sebanyak 169.8 bilion yuan (26.2 bilion dolar A.S.) dalam pelancongan ais dan salji, masing-masing meningkat 62% dan 86% dari lima tahun yang lalu, untuk meraih pengiktirafan pasaran untuk “Jilin memimpin pembangunan bagi industri ais dan salji China”.

SUMBER: Jabatan Wilayah Jilin bagi Kebudayaan dan Pelancongan

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.