ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  FUNDING SOCIETIES: PEMBIAYAAN P2P SEBAGAI TERAS UTAMA PEMBIAYAAN DIGITAL DAN FINTECH TERUSKAN MOMENTUM PADA 2021

Tuesday 12/01/2021



KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Jan (Bernama-PRNewswire) -- Walau kesan ekonomi global pandemik COVID-19 telah memberi cabaran terhadap hampir semua industri pada tahun 2020, Funding Societies yakin ia turut menjadi pemacu penerimaan FinTech - dan dalam sektor perkhidmatan kewangan - telah mempertingkatkan penggunaan penyelesaian pembiayaan digital.

Ulasan prestasi 2020

Menyokong kenyataan ini, platform pembiayaan antara rakan setara (P2P) terbesar di Malaysia ini telah berjaya menyalurkan lebih RM650 juta dana sehingga kini, berlandaskan tahun cukup mencabar yang didominasi oleh wabak COVID-19. Prestasi cemerlang ini mengukuhkan lagi kedudukan utamanya dalam industri dengan lebih 60% bahagian pasaran, menyalurkan RM6 bilion di serantau Asia Tenggara.

Wong Kah Meng, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Funding Societies Malaysia, berkata, "Tahun 2020 sememangnya tahun yang paling mencabar bagi rata-rata syarikat. Namun, kami telah muncul lebih kuat daripada sebelumnya, mencapai beberapa kejayaan sementara kami kekal fokus untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta pelabur di platform kami. Ini termasuk langkah proaktif dengan berhubung dengan PMKS sejak bermulanya penularan wabak COVID-19 di Malaysia bagi menentukan langkah-langkah terbaik untuk membantu PMKS dalam masa yang sukar ini, selain mengambil kira kepentingan terbaik pelabur kami."

Platform ini semenjak itu telah menawarkan program penangguhan (deferment) dan penangguhan lanjutan (extended deferment) kepada PMKS yang layak, memastikan situasi 'win-win' bagi kedua dua PMKS dan pelabur. Dari sudut pelabur, Funding Societies telah berjaya menarik sejumlah 50,000 pelabur sehingga kini, meskipun dalam persekitaran pelaburan yang tidak menentu. "Selain daripada kesedaran yang lebih meluas mengenai platform pelaburan digital sejak beberapa tahun lalu, pertumbuhan jumlah pelabur kami boleh dikaitkan dengan peningkatan hubungkait di serata kelas aset tradisional seperti saham dan bon, seterusnya menekankan tentang kepelbagaian pelaburan di luar kelas aset-aset tersebut," tambah Wong.

"Kami juga menjalinkan kerjasama dengan pelbagai rakan industri sebagai sebahagian usaha kami untuk memperluas capaian kepada lebih banyak PMKS, antaranya termasuk U Mobile, Razer Fintech dan TM Info Media (menerusi platform Yellow Pages). Perkongsian strategik ini membolehkan kami untuk mencapai PMKS yang berkelayakan kredit, dengan memanfaatkan rangkaian dan data PMKS rakan industri kami dengan izin, seterusnya menawarkan penyelesaian pembiayaan khusus untuk mereka," kata Wong.

Funding Societies kian melonjak sebagai pilihan pembiayaan digital dalam beberapa tahun ini disebabkan oleh model perniagaannya yang unik dalam menyediakan akses kepada pembiayaan untuk ribuan PMKS, yang kebanyakannya masih terabai (underserved) atau tidak dibantu (unserved) oleh saluran konvensional. Funding Societies telah mengekalkan kadar ingkar (default) sekitar 3% menerusi pendekatan penilaian risiko dari pelbagai penjuru, termasuk sentiasa memantau dan menganalisa impak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap klien PMKS mereka, mengkaji portfolio PMKS sedia ada dari semasa ke semasa, serta melaksanakan pelan tindakan untuk perniagaan-perniagaan yang terjejas.

Prospek 2021

Sebagai segmen yang paling terkesan, PMKS terus mendapat sokongan penuh Kerajaan dalam membantu mereka bangkit pulih, menerusi pakej ransangan PENJANA bernilai RM35 bilion dan pelbagai langkah tambahan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Berkenaan insentif berfokuskan industri pembiayaan P2P, Wong berkata, "Kami menghargai kepercayaan Kerajaan terhadap pembiayaan P2P sebagai penyelesaian pembiayaan yang berdaya maju buat PMKS. Peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta untuk platform pembiayaan P2P dalam bentuk padanan geran pelaburan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 misalnya, adalah tepat pada masanya, mengambil kira pelbagai kesulitan yang dihadapi oleh perniagaan tempatan untuk memastikan keperluan aliran tunai jangka pendek mereka dipenuhi sedang perniagaan mereka kembali pulih. Kami memuji tinggi sokongan berterusan Kerajaan dan pengiktirafan terhadap industri ini dan tentunya ia selari dengan misi kami untuk menjadi platform pembiayaan digital terkemuka di Malaysia."

"Berdasarkan ramalan kami untuk tahun 2021, kami menjangkakan untuk menyalurkan lebih RM1 bilion pembiayaan secara kumulatif, seiring dengan keadaan ekonomi yang semakin pulih dan stabil. Sebagai salah satu teras utama industri FinTech di Malaysia, kami percaya bahawa pembiayaan P2P berada pada kedudukan yang baik untuk memacu keterangkuman kewangan Malaysia," rumus Wong.

CONTACT: Andrew.lim@prnasia.com

Sumber: Funding Societies Malaysia

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.