ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PRINTCIOUS DAN SHUTTERSTOCK MENGHASILKAN LEBIH 10,000 REKAAN CENDERAMATA PADA MUSIM PERAYAAN

Thursday 14/01/2021



Pesan hadiah suai pengguna dalam talian, supaya pelanggan dapat lebih dekat dengan saudara dan rakan dari jarak yang paling selamat.
 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Jan (Bernama-PRNewswire) -- Printcious, pembekal barangan hadiah suai pengguna di Malaysia mengumumkan kerjasamanya dengan platform kreatif dan pembekal kandungan berlesen, Shutterstock sempena perayaan Tahun Baru Cina dan sambutan Hari Valentine. 

Dengan kolaborasi ini, Printcious bakal menampilkan 25,000 imej dan rekaan dari Shutterstock ke dalam koleksi yang sedia ada. Pelanggan boleh menggunakan imej dan rekaan tersebut sebagai templat bagi menghasilkan hadiah peribadi DIY (do-it-yourself) seperti bantal, baju-T, cawan, kanvas, papan puzzle, papan tetikus, beg tote dan pelbagai lagi.

Melalui kerjasama ini, Printcious telah menjadi salah satu syarikat print-on-demand terbesar di Asia yang bekerjasama dengan Shutterstock. Ia langsung memperdalamkan dan meluaskan fokus Printcious daripada reka bentuk khusus ke arah rekaan sedia ada yang menawan, dan pada masa yang sama, boleh digubah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Vincent Tong, berkata: "Langkah kawalan wabak COVID-19 telah merenggangkan hubungan kita sesama keluarga. Justeru, kami melihat peningkatan dalam permintaan hadiah suai pengguna untuk keluarga dan teman tersayang. Menjelang musim perayaan ini, kawalan pergerakan telah merumitkan aktiviti pembelian hadiah."

"Oleh itu, Printcious telah menjalin kerjasama dengan Shutterstock untuk membolehkan pelanggan memilih reka bentuk dari pangkalan data 1 juta pereka, jurugambar dan seniman, dan pada masa yang sama membantu para pereka ini mendapat keuntungan dari ciptaan mereka untuk dibelanjakan pada masa sukar.," jelasnya.

Biarpun pandemik melanda, Printcious masih mencetak lebih 100,000 barang setiap bulan pada tahun 2020 melalui tempahan korporat (B2B) mahupun pesanan pelanggan (B2C). Ini mewujudkan suasana produktif buat para pereka untuk menjana pendapatan.

Buat pelanggan korporat yang ingin membuat tempahan cenderamata secara pukal sebagai tanda perhargaan untuk pelanggan dan staf, mereka boleh menghubungi Printcious bagi mencetak imej dan rekaan dari Shutterstock dalam bentuk hadiah korporat dengan tambahan teks nama. Bagi mereka yang berminat untuk melancarkan barang dagangan berjenama sendiri, Printcious juga dapat membantu merealisasikan rancangan ini melalui Program Merchandize Printcious, termasuk menyiapkan pergudangan, logistik dan infrastruktur pemesanan tanpa sebarang yuran dikenakan.

Pada masa ini, pelanggan Printcious boleh memesan cenderamata dengan tiga cara:
  1. Design Your Own : Masukkan rekaan/gambar dan teks untuk dicetak.
  2. Berserta Templat: Bagi pengguna yang kurang berpengalaman dalam rekaan, mereka boleh menggunakan template tersedia. Hanya masukkan gambar atau teks di ruangan yang disediakan.
  3. Rekaan Sedia Ada: Rekaan ini tidak perlu diubahsuai, pelanggan terus membuat pilihan dan cetak pada produk tertentu. Fungsi suntingan tetap ada sekiranya pelangan mahukan sebarang pengubahsuaian.
Sejak penubuhan syarikat percetakan DIY ini pada 2015, Printcious telah menyediakan perkhidmatan percetakan hadiah suai pengguna kepada pelanggan di hampir 100 negara. Demi memenuhi kehendak bertaraf global, Printcious telah melokalisasikan kandungan laman sesawang di setiap negara menunjukkan mata wang tempatan dan biaya pengiriman. Harga produk berbeza mengikut tahap penyesuaian dan reka bentuk bermula daripada US$3 hingga US$90.

Tentang Printcious

Ditubuhkan pada 2015, Printcious merupakan laman web e-dagang Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2015, bertujuan untuk menjadi platform penyesuaian hadiah DIY terbesar di Asia Tenggara. Pengguna boleh menggunakan lebih 25,000 rekaan sedia ada atau hasilkan rekaan sendiri dan kemudian dicetak atas produk seperti bantal, kanvas, cawan, baju-T untuk dijadikan hadiah peribadi mahupun cenderamata korporat. Syarikat ini yang telah merangkul pelbagai anugerah kini sudah berkhidmat untuk pelanggan dari hampir 100 buah negara termasuklah Kanada, Australia, Hong Kong dan Singapura.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.printcious.com

Tentang Shutterstock

Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK), secara langsung dan melalui anak syarikat kumpulannya, merupakan pembekal gambar, vektor, ilustrasi, video dan muzik berlesen berkualiti tinggi kepada perniagaan, agensi pemasaran dan organisasi media di seluruh dunia. Bekerjasama dengan komuniti yang lebih dari 1.5 juta penyumbang, Shutterstock menambah ratusan ribu gambar setiap minggu, dan pada masa ini terdapat lebih daripada 350 juta gambar dan lebih daripada 20 juta klip video tersedia.

Beribu pejabat di bandar New York, Shutterstock mempunyai pejabat di seluruh dunia dan pelanggan di lebih dari 150 negara. Syarikat ini juga memiliki Bigstock, pembekal stok media berorientasikan nilai; Shutterstock Custom, platform penciptaan kandungan tersuai; Offset, koleksi gambar mewah; PremiumBeat, perpustakaan muzik bebas royalti yang dikurasi; dan Shutterstock Editorial, sumber utama gambar editorial untuk media sedunia.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.shutterstock.com  dan ikuti Shutterstock di Twitter dan di Facebook.
 
HUBUNGI: Carmen Lim, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Tel: +6019-3232 245, Email: carmen@printcious.com

SUMBER : Printcious

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.