ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​PEMAKLUMAN WAKTU OPERASI KAUNTER PPZ-MAIWP SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Thursday 14/01/2021



KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) memaklumkan bahawa 10 kaunter zakat akan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 13 hingga 26 Januari 2021.

Waktu operasi kaunter:

Isnin – Khamis: 8.15 pagi – 4.45 petang

Jumaat: 8.15 pagi – 12.30 tengah hari

2.30 petang – 4.45 petang

Sabtu (minggu kedua, empat & lima): 8.15 pagi – 12.45 tengah hari

Demi memastikan keselamatan pembayar zakat, kelancaran proses di kaunter dan mengelakkan jangkitan Covid-19, PPZ-MAIWP sentiasa mengamalkan SOP yang telah ditetapkan. Urusan bayaran zakat adalah seperti biasa (akad dan doa) tanpa berjabat tangan bagi mengelakkan sebarang sentuhan.

Orang ramai bagaimanapun disarankan untuk memilih saluran bayaran secara atas talian melalui portal PPZ-MAIWP iaitu di www.zakat.com.my, Kaunter Zakat Digital, perbankan internet dan juga e-Wallet. Sebarang kemusykilan atau permasalahan berkaitan zakat, boleh hubungi talian zakat di 1300 88 5757 atau email di info@zakat.com.my.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT agar dapat memutuskan rangkaian COVID-19 ini.

AHMAD SHUKRI YUSOFF
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PPZ-MAIWP
14 JANUARI 2021    

Sumber: Pusat Pungutan Zakat – MAIWP

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: FATIN AQILAH ZULKEFLI
Eksekutif Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel: 017 393 5432
E-mel: aqilah@zakat.com.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.