ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 16, 2024 -Selasa

 
  AGROBANK TAWAR BANTUAN BANJIR KEPADA PELANGGANNYA

Friday 15/01/2021



KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Agrobank telah mengumumkan program Bantuan Banjir yang bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan pelanggannya yang terkesan akibat banjir.
 
Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank mengatakan Bank telah mengikuti berita terkini mengenai situasi banjir di semua kawasan yang terjejas di seluruh negara, dan akan mengambil langkah proaktif dalam membantu para pelanggannya untuk mengurangkan beban kewangan mereka yang terkesan kerana musibah banjir.
 
"Kami sangat prihatin terhadap kesulitan yang sedang dihadapi oleh komuniti agro yang terkesan oleh situasi semasa dan kami memahami bahawa mereka mempunyai keutamaan dan keperluan kewangan lain yang lebih mendesak pada masa ini.”
 
"Kami berharap melalui program Bantuan Banjir yang ditawarkan oleh Agrobank ini dapat meredakan kegusaran akan komitmen kewangan dalam tempoh yang sukar ini dan sekaligus dapat membantu mereka untuk meneruskan rutin normal mereka secepat mungkin,” tambah beliau.
 
Bantuan tersebut meliputi penstrukturan dan penjadualan semula pembiayaan (R&R) serta penangguhan pembayaran balik pembiayaan sehingga enam bulan dan akan dinilai berdasarkan kes mengikut kes.
 
Pelanggan yang memerlukan maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan pembayaran balik Agrobank, boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan di 1300 88 2476 atau e-mel customer@agrobank.com.my atau menghubungi pegawai perhubungan atau cawangan masing-masing, atau layari www.agrobank.com.my
 
Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank


SUMBER: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:  
Nama: Shahreen Rahim
Ketua Seksyen Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank
Tel: 03-2731 1600 (sambungan 1660) / +6012 943 6217
E-mel: shahreen.rahim@agrobank.com.my
 
Nama: Rasheffa Rashid
Eksekutif, Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank
Tel: 03-2731 1600 (sambungan 1650 / +019 272 9907
E-mel: rasheffa@agrobank.com.my
 
-- BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.