ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  KAWASAN BAHARU CHONGQING LIANGJIANG DI BARAT DAYA CHINA MEMULAKAN PERJALANAN BAHARU DALAM PEMBANGUNAN YANG BERKUALITI TINGGI

Monday 18/01/2021

AsiaNet 87650

CHONGQING, China, 18 Jan., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 15 Januari, Perbandaran Chongqing di barat daya China telah mengadakan satu persidangan media berhubung usaha mengubah Kawasan Baharu Liangjiang untuk menjadi sebuah wilayah dengan kehidupan dan pembangunan yang berkualiti tinggi, menurut Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang.
 
Sebagai kawasan pembangunan ketiga peringkat negeri dan pembukaan daerah baharu di China dan yang pertama seumpamanya di wilayah tengah dan barat, Kawasan Baharu Liangjiang telah membangun selama 10 tahun.

Dengan kurang daripada 1.5 peratus bagi kawasan Chongqing, ia menyumbang kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan volum ekonomi, nilai output perindustrian dan nilai tambah bagi ekonomi digital Chongqing, serta 30 peratus daripada jumlah keseluruhan perbandaran sebenarnya yang menggunakan modal asing dan volum perdagangan.

Persidangan media itu menawarkan pengenalan terperinci berhubung garis panduan yang dikeluarkan pada November lalu untuk meningkatkan pembangunan berkualiti tinggi di kawasan itu, yang dirancang untuk membantu menjadikan Kawasan Baharu Liangjiang sebagai sebuah portal pembukaan pedalaman, bandar raya pintar di Chongqing dan sebuah kawasan perintis di dalam kehidupan dan pembangunan yang berkualiti tinggi.

Secara khusus, menjelang tahun 2025, industri mewah dan berteknologi tinggi dan berkualiti tinggi akan berkumpul pada satu kadar yang dipercepatkan, sementara inovasi dan keusahawanan akan menikmati pembangunan yang sepenuhnya. Kawasan itu dijangka dapat memimpin di dalam pembangunan dan pembukaan di China barat, dengan keupayaan tadbir urus pintar yang dipertingkatkan. Sejumlah kelompok industri moden yang berpengaruh akan dibentuk, dengan asas perindustrian yang dipertingkatkan dan rantaian industri yang dimodenkan. KDNK bagi kawasan itu berhasrat untuk melebihi 500 bilion yuan (kira-kira 77.15 bilion dolar AS) menjelang tahun 2025.

Garis panduan itu ditetapkan untuk membantu Kawasan Baharu Liangjiang memperluaskan sempadan baharu dan memberi dorongan kuat dalam mencari pembangunan yang berkualiti tinggi. Menurut seorang pegawai kanan dengan jawatankuasa pengurusan kawasan itu, Liangjiang akan terus kekal sebagai kawasan utama bagi pembangunan, enjin pertumbuhan dan barisan hadapan Chongqing dengan tumpuan kepada enam aspek.

Liangjiang akan mempercepatkan pembinaan bagi tempat utama bagi pusat inovasi berteknologi sains dan juga pembangunan berkualiti tinggi bagi ekonomi sebenar, terutamanya pembuatan termaju. Inovasi data besar dan pembaharuan yang mendalam disoroti dalam satu usaha untuk menjadikan sebuah bandar raya pintar terkemuka dan sebuah zon demonstrasi untuk reformasi institusi. Langkah itu akan semakin meningkat bagi membina sebuah pintu masuk pembukaan pedalaman yang penting dan pembinaan bagi sebuah bandar raya moden yang bertaraf antarabangsa, hijau, pintar, dan berbudaya.
 
Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Perbandaran Chongqing akan menyokong dan mempromosikan pengenalan bagi projek perindustrian nasional utama di Liangjiang untuk membantu kawasan itu membina sebuah zon demonstrasi nasional bagi pembangunan berkualiti tinggi di dalam industri pembuatan, sebuah zon demonstrasi nasional bagi transformasi dan peningkatan perindustrian, dan sebuah pangkalan demonstrasi bagi industri perindustrian baharu. Pada masa yang sama, Liangjiang akan meneroka dasar-dasar pengenalan bakat yang lebih terbuka dan mudah untuk mewujudkan sebuah zon khas bagi inovasi dan bakat dengan memanfaatkan kekuatan bakat-bakat global.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.liangjiang.gov.cn
 
Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.