ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  BANTUAN DOCTORONCALL BAGI MANGSA BANJIR DI PAHANG DENGAN KHIDMAT TELEKESIHATAN DAN PROGRAM BANTUAN KESIHATAN PERCUMA

Monday 18/01/2021



KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Jan (Bernama-PRNewswire) -- Negeri Pahang telah terjejas teruk oleh hujan lebat baru-baru ini dan adalah antara yang paling teruk dilanda banjir di Semenanjung Malaysia. DoctorOnCall, platform kesihatan digital pertama dan terbesar di Malaysia, telah menghulurkan tangan membantu meringankan beban mereka yang terjejas dengan khidmat telekesihatan percuma berserta kit bantuan perubatan dan kebersihan asas yang dijayakan melalui rangkaian doktor dengan rakan-rakan farmasi mereka.

Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif DoctorOnCall dalam memainkan peranannya sebagai organisasi yang bertanggungjawab dalam pembangunan masyarakat. Hazwan Najib, Pengarah & Pengasas Bersama DoctorOnCall memberikan komen beliau "DoctorOnCall menghulurkan tangan kami untuk memastikan kesihatan mangsa-mangsa banjir terjaga dengan baik, kerana ada di antara mereka yang mungkin menderita dari keadaan kesihatan yang disebabkan oleh banjir seperti cirit-birit, keracunan makanan tambahan pula ada di antara mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan masalah jantung. Mangsa pula mungkin kehilangan rekod perubatan, kad perubatan dan ubat-ubatan mereka ketika banjir dan memerlukan bantuan perubatan segera. Dengan perkhidmatan teleperubatan percuma kami untuk mangsa-mangsa banjir, mereka dapat menghubungi dan mendapat khidmat nasihat dari doktor-doktor yang berdaftar dalam rangkaian kami ".

Inisiatif ini yang telah berjalan secara rasmi selama 2 bulan di Temerloh merangkumi ubat-ubatan percuma yang diberikan kepada pesakit berdasarkan preskripsi dan budi bicara doktor bergantung pada keadaan pesakit. Kerjasama erat antara DoctorOnCall dengan rakan-rakan farmasinya telah membolehkan inisiatif ini berjalan dengan lancar. Sehingga kini, laporan menunjukkan jumlah mangsa banjir yang melebihi 20,000 orang di seluruh Pahang minggu lepas telah menurun kepada 7,012 orang dari 1,923 keluarga berlindung di 92 pusat pemindahan di seluruh negeri.

"Ditambah pula dalam suasana pandemik, kebarangkalian untuk situasi menjadi luar kawalan sentiasa ada. Dengan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) DoctorOnCall, kami berharap usaha kami sedikit sebanyak dapat memberikan impak positif kepada mereka yang memerlukan", tambah Hazwan.

Program ini diadakan dalam semangat kesukarelaan dan kebersamaan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Sukarelawan Kerajaan Negeri Pahang termasuk Pejabat Daerah dan Majlis Daerah, Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) dan Skuad Bencana Pahang.

Mengenai DoctorOnCall

DoctorOnCall adalah platform kesihatan digital pertama dan terbesar di Malaysia dengan 2 juta rakyat Malaysia mengunjungi laman web kami untuk perundingan telekesihatan, farmasi dalam talian, penghantaran ubat, kandungan kesihatan, doktor-doktor dan perkhidmatan tempahan pakar. Sejak ditubuhkan pada tahun 2017, DoctorOnCall telah menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat insurans utama, agensi pihak ketiga, hospital, farmasi dan syarikat. Ini termasuk Prudential, Zurich, Allianz, Great Eastern, Caring Pharmacy, TMC Life Sciences dan Columbia Asia Hospital antara lain.

Untuk maklumat lanjut: https://www.doctoroncall.com.my/

HUBUNGI: Hazel Hassan, +60-1-9217-8191, hazel@hazel-ventures.com

SUMBER: DoctorOnCall

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.