ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ACARA PENYAMPAIAN HADIAH MAYA 16 KERETA OCTAFX PERTAMA SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA

Friday 26/02/2021



Pelakon Fizo Omar mengadakan acara penyampaian hadiah maya OctaFX semasa perintah kawalan pergerakan Malaysia

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- OctaFX berbesar hati untuk mengumumkan pemenang pertama dari Malaysia dalam pertandingan 16 Kereta OctaFX yang berprestij. Pelakon terkenal Malaysia, Fizo Omar, menganjurkan acara ini melalui Zoom.
 
Nama pemenang bertuah ini ialah Mohammad Saiful Bin Mohammad Amin. Pedagang muda ini berumur 29 tahun dan bekerja sebagai jurutera penerbangan dengan Etihad Airways. Beliau baru memulakan perdagangan dengan OctaFX tiga bulan yang lalu, menjadikan kemenangannya lebih menggembirakan.

Mohammad berasal dari Daerah Kulim di negeri Kedah di Malaysia tetapi telah bekerja agak lama di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
 
Disebabkan oleh pandemik COVID-19, beliau tidak dapat pulang dan menerima hadiah ini sendiri. Itulah sebabnya mengapa ibu beliau, Rosnah, berbesar hati menerima kereta tersebut bagi pihak anaknya. Beliau berkata, 'Dia adalah anak yang baik, dan dia merupakan anak sulung. Kami sering menghubungi satu sama lain melalui Zoom, kira-kira tiga kali seminggu. Dia baru mula berdagang tiga bulan yang lalu, dan tiba-tiba dia memenangi sebuah kereta sebagai hadiah utama!'
 
Keseluruhan acara penyampaian hadiah dilakukan secara maya melalui persidangan Zoom yang dikendalikan oleh Fizo Omar. Omar adalah pelakon filem dan drama terkenal yang muncul dalam filem popular seperti ‘Romeo Kota’ (2015) dan ‘Kongsi’ (2011). Beliau baru-baru ini bergabung dengan broker Forex OctaFX.

Omar mempunyai pendapatnya sendiri mengenai peristiwa ini: ‘Beliau menghantar orang yang paling istimewa bagi beliau, ibunya, untuk mengambil kereta ini. Saya juga sangat gembira kerana beliau terus berkongsi keuntungan bersama ibunya.'
 
Pertandingan 16 Kereta OctaFX adalah acara berulang yang merangkumi sekitar 18,000 peserta pada edisi terakhir sahaja. Mohammad menerima hadiah pertama bukan disebabkan oleh nasib baiknya semata-mata: beliau menduduki tempat nombor satu, ditentukan oleh tiga kategori utama—pendapatan, faktor keuntungan, dan volum dagangan.
 
Pertandingan 16 Kereta OctaFX berlangsung sepanjang tahun, dan di dalamnya terdapat empat pusingan. Dalam setiap pusingan tersebut, OctaFX menghadiahkan empat buah kereta ke rantau yang berbeza. Selain itu, 36 gajet canggih ditawarkan, seperti Apple MacBook Pro.
 
Kereta baru yang ditawarkan untuk pertandingan berbeza ini ialah dua buah Honda Civic, sebuah Mitsubishi Xpander, dan sebuah Volkswagen T-Roc.

Kereta yang dimaksudkan adalah Honda Civic 1.5, bernilai lebih dari 120,000 MYR atau lebih dari 29,500 USD.
 
Pertandingan 16 Kereta OctaFX sedang berlangsung ketika ini. Mana-mana peserta yang tidak berjaya boleh merebut peluang untuk menang dalam pusingan seterusnya.
 
Mengenai OctaFX

OctaFX adalah broker Forex yang menyediakan perkhidmatan perdagangan dalam talian di seluruh dunia sejak tahun 2011. Ia menawarkan pengalaman perdagangan canggih. OctaFX telah memenangi lebih daripada 30 anugerah sejak penubuhannya, termasuk anugerah Broker ECN Terbaik 2020 dari World Finance. Syarikat ini terkenal dengan aktiviti sosial dan kebajikan. Ia juga kerap mengadakan kempen promosi global dan tempatan dengan hadiah berupa wang dan produk lumayan.

Ketahui lebih lanjut: https://www.octafx.com/

Sumber: MAD HAT PR PLT
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
OctaFX
Nama: Mariya Suhan
E-mel: mariasukhan@octafx.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.