ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  BINA PURI RAIH PROJEK BANGUNAN BERNILAI RM183 JUTA DI NEPAL

Tuesday 20/04/2021



Table

Lakaran artis bagi kompleks mahkamah baru di Kathmandu



Dengan anugerah kontrak terbaru ini, jumlah projek pembinaan bagi Kumpulan telah meningkat ke RM1.9 bilion

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) --
Bina Puri Holdings Bhd telah berjaya meraih projek pembinaan Kompleks Mahkamah Agung (Supreme Court) yang terletak di Ramshahpath, Kathmandu, Nepal bernilai Nepalese Rupee NRs. 5.2billion (bersamaan kira-kira RM183 million).  Projek ini dibiaya sepenuhnya oleh Kerajaan Nepal.

Dalam pemfailan kepada Bursa menunjukkan bahawa Bina Puri bersama dengan Kalika Construction Pvt Ltd dan Samanantar Nirman Sewa Pvt Ltd telah menandatangani perjanjian usahasama untuk membentuk "Bina Puri - Kalika - Samanantar JV" bagi melaksanakan projek tersebut.
 
Projek tersebut telah dianugerahkan oleh Mahkamah Agung Nepal dengan tempoh pelaksanaan kerja selama 36 bulan.  Kerja pembinaan tersebut bagi membina sebuah kompleks mahkamah baru setinggi 7-tingkat yang mengandungi dua buah ruang bawah tanah, bangunanan struktur berangka RCC dengan kemasan yang lengkap, kerja landskap, kerja-kerja mekanikal, paip dan elektrik termasuk alatan memadam api.

“Kumpulan Bina Puri terus menerus aktif dalam aktiviti pembidaan  sama ada bagi projek dalam negeri mahupun diluar negara, iaitu bagi meningkatkan pendapatan  Kumpulan.” Kata Datuk Matthew Tee, Pengarah Eksekutif Kumpulan.
 
“Dengan anugerah kontrak terbaru ini, jumlah projek pembinaan bagi Kumpulan telah meningkat ke RM1.9 bilion.” ujar beliau lagi.
 
Kalika Construction Pvt Ltd adalah sebuah syarikat pembinaan kelas “A” di Nepal yang terkenal dan berpengalaman lebih daripada 40 tahun dalam semua jenis kerja pembinaan. Ia ditubuhkan pada tahun 1976 dan syarikat induknya, Kalika Group beroperasi dalam lima sektor perniagaan: Tenaga Hidro, Pembinaan, Penyumberan Luar Perisian, Perdagangan Antarabangsa dan Radio / Media FM. Kalika Group adalah salah satu konglomerat perniagaan terbesar dan dihormati di Nepal.
 
Manakala Samanantar Nirman Sewa Pvt. Ltd. ditubuhkan pada tahun 1993 dan kini merupakan salah satu syarikat pembinaan Nepal yang sedang berkembang dan paling terkenal dengan berjaya menyampaikan pelbagai projek untuk sektor kerajaan dan lain-lain. Kerja-kerja yang telah disiapkan oleh syarikat ini termasuk bangunan kerajaan, hospital, sistem saliran air, perlindungan sungai, pembangunan jalan dan infrastruktur di pelbagai sektor.
 
Menurut beliau lagi, “gabungan Bina Puri dengan Kalika adalah melalui keanggotaan kedua-dua negara dalam International Federation of Asian and Western Pacific Contractors’ Associations  (IFAWPCA) yang diwakili oleh Master Builders Association Malaysia (MBAM) dan Federation of Contractors Associations of Nepal  (FCAN). IFAWPCA mengumpulkan ahli-ahli pembinaan daripada sembilan belas (19) negara anggota di rantau Asia dan Pasifik Barat”.
 
Sebagai sebuah organisasi antarabangsa yang dinamik, IFAWPCA memainkan peranan penting dalam mempromosikan persekutuan dan kerjasama antarabangsa; dalam membangun hubungan bermanfaat antara pemerintah dan kontraktor di rantau ini, serta dalam mewujudkan kerjasama berpasukan ke arah kemajuan projek pembinaan sivil dan bangunan.
 
Bina Puri merupakan antara kontraktor Malaysia yang terawal melibatkan diri di luar negara sejak tahun 1995.
Sebelum ini, Bina Puri telah berjaya membina bangunan hotel lima bintang, Hyatt Regency Hotel di Kathmandu, Nepal pada April 2000 bernilai RM39 juta. “Asia Development Bank”, ADB adalah antara pemegang utama saham utama bagi hotel tersebut.
 
Sehingga kini Kumpulan Bina Puri telah berjaya melaksanakan pelbagai projek  pembinaan di serata dunia.
Antaranya termasuklah tiga buah lebuhraya di India iaitu, Lebuhraya Vijawada-Eluru, Lebuhraya Tada-Nellore di Andra Pradesh dan Lebuhraya Chittorgarh – Mangalwar di Rajastan, Bangunan Chanseri dan Kediaman Kedutaan Besar di Beijing, China serta Jalan Utama menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand.
 
Bina Puri juga telah membina 30,000 unit rumah-rumah mampu milik dan kondominium di pelbagai lokasi di Thailand, 2 blok kondominium 45-tingkat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), 174 unit Vila bagi Lembaga Perumahan Pertahanan Pakistan di Lahore serta lebih 3,000 unit rumah bagi Lembaga Pembangunan Ekonomi Brunei Darussalam.
Terkini, Kumpulan Bina Puri sedang membina Kompleks Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Rusia.
 
Tentang Bina Puri
Bina Puri Holdings Bhd merupakan syarikat senaraian awam di Papan Utama Bursa Malaysia dengan lebih 46 tahun pengalaman dalam bidang pembinaan bangunan dan sivil di dalam mahupun di luar negeri. Kumpulan Bina Puri mempunyai kepelbagaian aktiviti perniagaan meliputi pegangan pelaburan, pembinaan bangunan dan sivil, pembangunan hartanah, konsesi lebuhraya, operasi kuari, pembuatan barangan binaan, utiliti dan hospitaliti.
 
Bina Puri telah Berjaya menyiapkan projek pelbagai skala meliputi jalan, lebuhraya, jambatan dan sambungan susur, kerja-kerja air, kerja-kerja penebusan tanah, bangunan kediaman dan komersial, lapangan terbang dan kompleks kerajaan. Kumpulan Bina Puri juga terlibat di peringkat antarabangsa seperti di Cambodia, China, Brunei Darussalam, U.A.E, Arab Saudi, Pakistan, India, Indonesia and Thailand. 
 
Di antara potfolio aktiviti Bina Puri termasuklah pembinaan dan pemegang konsesi  Lebuhraya KL- Kuala Selangor (LATAR) sepanjang 33km, Pusat Beli Belah, The Main Place Residence and Mall di USJ 21, dan stesen janakuasa tenaga di Indonesia.

SUMBER: Bina Puri Holdings Bhd 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Surati Sujor 
Tel: 03-6136 3333/013 2660207  
Faks: 03-6136 9999
E-mel: surati@binapuri.com.my

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.