ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  5 MATA CCD UNTUK SYARIKAT PEMBINAAN DI BAWAH CIDB YANG DIPERAKUI SEBAGAI ORGANISASI KEMAKMURAN BERSAMA MELALUI PROGRAM SIJIL PERAKUAN ESPO

Tuesday 20/04/2021



 
PETALING JAYA, 20 April (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (Malaysia Productivity Corporation - MPC) menjangkakan lebih banyak syarikat pembinaan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Construction Industry Development Board – CIDB) akan diperakui sebagai organisasi kemakmuran bersama melalui Sijil Perakuan e-Shared Prosperity Organisation - eSPO).

Ini berikutan keputusan bahawa syarikat yang diperakukan dengan Sijil Perakuan eSPO dapat meraih 5 mata untuk Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (Continuous Contractor Development – CCD). CCD bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi yang berkaitan di kalangan kontraktor. Mata CCD yang terkumpul adalah penting untuk tujuan memperbaharui lesen CIDB.

Sijil Perakuan eSPO dibawah kelolaan MPC, merupakan satu sistem dalam talian yang memperakui organisasi yang melaksanakan Sistem Upah Berkaitan Produktiviti (Productivity Linked Wage System – PLWS) sebagai organisasi kemakmuran bersama. Sijil ini diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM). CIDB turut mengiktiraf Sijil Perakuan eSPO dan menyarankan agar syarikat pembinaan memohon untuk mendapatkan sijil ini.

Sejak Sijil Perakuan eSPO dilancarkan pada bulan Disember 2020 sehingga Februari 2021, sebanyak 37 syarikat pembinaan telah diperakui sebagai organisasi kemakmuran bersama. Jumlah penyertaan telah meningkat kepada 300 syarikat pada bulan April 2021 berikutan keputusan CIDB memberi 5 mata CCD untuk syarikat yang menerima Sijil Perakuan eSPO. MPC optimis bahawa lebih banyak syarikat pembinaan akan memohon untuk Sijil Perakuan ini di masa hadapan. Ia dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 120 ribu syarikat pembinaan yang berdaftar dengan CIDB.

Ketua Pengarah MPC, Dato’ Abdul Latif Haji Abu Seman berkata, “Pengiktirafan sebagai organisasi kemakmuran bersama melalui Sijil Perakuan eSPO memberi nilai tambah kepada syarikat-syarikat pembinaan. Dengan pengiktirafan daripada CIDB yang memberikan 5 mata CCD untuk syarikat yang diperakui, MPC percaya lebih banyak syarikat pembinaan akan diperakukan di masa hadapan. Ia sekaligus meletakkan syarikat kontraktor sebagai majikan dan rakan niaga pilihan kerana melaksanakan prinsip penciptaan kekayaan bersama.”

“Setiap pihak, majikan dan pekerja mempunyai peranan penting dalam memastikan kelangsungan industri pembinaan. Persekitaran kerja yang sihat dan produktif dapat dicapai apabila pekerja mendapat ganjaran yang sewajarnya berdasarkan prestasi kerja dan sumbangan kepada syarikat. Ini adalah elemen organisasi kemakmuran bersama.”

Syarat kelayakan untuk mendapatkan Sijil Perakuan eSPO adalah berdasarkan tiga (3) kriteria, iaitu bonus, produktiviti dan prestasi, dan kemahiran. Syarikat pembinaan yang berminat boleh melayari http://www.mpc.gov.my/espo/ untuk memohon sijil perakuan eSPO

Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman sesawang www.mpc.gov.my atau media sosial facebook di @espompc. Untuk sebarang pertanyaan, syarikat juga boleh menghantar email kepada espo@mpc.gov.my.

Sumber: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Huda Atiqah Samsir
Tel: 0137261950
E-mel: atiqah@mpc.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.