ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  ALVIN CHONG, JANNINE WEIGEL, DOLLA, NICOLE LAI, RABBIT MAC DAN JAJA ILIYES MUNCUL BERSAMA PEMINAT DALAM VIDEO MUZIK "WE CARE"

Friday 25/06/2021



Terus membangkitkan semangat rakyat Malaysia melalui inisiatif "We Care"

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) melancarkan satu video muzik yang penuh dengan elemen positif untuk single kolaboratif berjudul “We Care” yang bakal membangkitkan semangat rakyat Malaysia khususnya dalam tempoh sukar dan serba mencabar ini.

Lagu istimewa ini dijayakan dengan hasil kerjasama artis berbakat Alvin Chong, Jannine Weigel, DOLLA, Nicole Lai dan turut menampilkan Rabbit Mac serta kemunculan khas oleh Jaja Iliyes.

Menurut Rabbit Mac, selepas memahami pengertian di sebalik lirik “We Care “daripada rakannya Alvin Chong, dia telah terinspirasi untuk terus menggalakkan orang ramai menyemai rasa cinta dan supaya kekal berharap berikutan kebangkitan semula kes Covid-19.

Lebih menarik lagi, rapper yang memenangi banyak anugerah ini turut merakam lirik rap yang bakal menyuntik semangat positif dengan ‘flow’ atau aliran penuh memberangsangkan.

"Kami semua bersama-sama mendorong orang ramai dan mengingatkan mereka bahawa kami akan sentiasa ada di sini," kata Rabbit Mac.

Tampil sebagai ‘cameo’ berserta debut nyanyiannya, pelakon Jaja Iliyes juga bakal menyumbangkan suara bersama-sama dengan Nicole Lai untuk lirik bahasa Mandarin.

Menyahut cabaran disamping berterima kasih kepada Nicole dan penerbit rakaman, Jaja mengingatkan orang ramai supaya jangan sesekali tewas dalam ketakutan.

“Beranilah untuk menempuh segala cabaran. Sama seperti pandemik ini, semua orang menghadapi pelbagai cabaran, tetapi kita bersama-sama menanganinya,” katanya.

Sehubungan itu, bagi menghidupkan mesej sebenar “We Care”, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia memberi peluang kepada dua orang peminat untuk tampil dalam video muzik ini melalui peraduan Share the Care Contest.

Para pemenangnya, Amin Irfan bin Masri telah pun menyertai artis lain di set, sementara Jessie Lai Siew Ying akan tampil menerusi klip tambahan.

Selain itu, video muzik ini juga diselitkan dengan kata-kata semangat dari peserta lain - kekal kuat dan teruskan berharap ketika tempoh mencabar ini.

Gerakan “We Care” kemudian diteruskan dengan Konsert Maya Pace with Care oleh Alvin Chong, DOLLA, Nicole Lai dan penampilan khas Rabbit Mac. Jannine Weigel tidak dapat tampil di konsert ini berikutan sekatan pandemik.

Bagi mendapatkan akses eksklusif siaran langsung, anda perlu menyertai Larian Maya Pace with Care dan jayakan larian sejauh 10km. Setiap peserta yang berjaya menamatkan larian akan menerima pas percuma ke konsert dan menyumbangkan makanan percuma untuk membantu mereka yang memerlukan. Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang baru, Konsert Maya Pace with Care akan ditunda dan maklumat lanjut akan diberitahu kelak.

Tonton video muzik “We Care” sekarang di saluran YouTube Universal Music Malaysia: https://www.youtube.com/watch?v=ENqaKx0Tn28 Untuk mengetahui lebih lanjut dan untuk kemas kini terkini, ikuti @universalmuzikMY dan @AllianzMalaysia di Facebook, serta @universalmusic_my dan @allianzmalaysia di Instagram.

Sumber: Allianz Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Gary Mark Nagan
Group Corporate Communications Department
Allianz Malaysia Berhad
Tel: 603-2264 1181

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.