ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  PROGRAM JUNKET KRAFTANGAN MALAYSIA BERSAMA MEDIA KE DAERAH SEMPORNA, SABAH

Thursday 23/06/2022



'PEMERKASAAN USAHAWAN PROJEK KRAF KOMUNITI KU’ 

SABAH, 23 Jun (Bernama) -- Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengadakan program Junket Journalism di Daerah Semporna Sabah. Program media turun padang ini adalah khusus bagi membuat liputan publisiti penghasilan produk oleh usahawan kraf di Daerah Semporna yang juga merupakan usahawan di bawah projek Kraf Komuniti Ku (KKK). Turut hadir, Encik Abd. Rahman bin Omar, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah.

Menerusi program ini usahawan kraf akan diberi liputan berkaitan profil diri, penghasilan produk kraf, promosi dan pemasaran produk termasuk program/inisiatif yang dibangunkan oleh Kraftangan Malaysia kepada komuniti setempat. Seramai 4 orang usahawan kraf yang mewakili komuniti kampung adalah seperti berikut:

I.    Puan Roziah binti Jalalid, usahawan kraf Anyaman Pandan di Pulau Omadal;
II.   Puan Bunga Anuh binti Batu Rua, usahawan kraf Tembikar Lapohan di Pulau Selakan;
III.  Encik Mohd. Rafi bin Barahim, usahawan muda kraf Ukiran Kayu Perahu Lepa Miniatur di Kampung Kabimbangan, Pulau Bum-Bum dan;
IV.  Tuan Haji Alpaka bin Hamaah, Tukang Ulung Ukiran Kayu Perahu Lepa Miniatur di Kampung Look Sisarah, Pulau Bum-Bum.  

Projek Kraf Komuniti Ku (KKK) merupakan inisiatif dan usaha Kraftangan Malaysia untuk memperkasa komuniti kraf di satu-satu kawasan atau daerah. Projek ini memfokuskan kepada pemantapan keusahawanan komuniti kraf melalui kemahiran dalam penghasilan, pengeluaran dan pemasaran produk kraf yang mampu meningkatkan pendapatan utama/ sampingan dan taraf hidup sesebuah komuniti melalui. Pelaksanaan 4 inisitif utama iaitu Pembangunan Produk, Pembangunan Komuniti Kraf, Pasaran & Promosi dan Komunikasi Pasaran Bersepadu.

Projek KKK dilaksanakan dengan sokongan dan kerjasama strategik pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan untuk membangunkan komuniti kraf yang lestari dan berdaya maju. Ia berkait rapat dengan produk unik, sejarah, budaya dan identiti sesuatu tempat. Projek ini juga adalah bagi meningkatkan keupayaan dan mengukuhkan usahawan melalui pembangunan produk, peningkatan kemahiran dan produktiviti, peluasan akses kepada pasaran dan kebolehcapaian produk kraf di kalangan masyarakat. Menerusi projek Kraf Komuniti Ku, ia turut memberi limpahan faedah kepada industri lain seperti industri pelancongan, inap desa, sektor perkhidmatan, industri hiliran serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Ini sejajar dengan hala tuju dan tagline Kraftangan Malaysia iaitu “Kraf Memperkasa Sosioekonomi Rakyat”. 

Bermula tahun 2016, sebanyak 14 projek KKK berjaya dilaksanakan. Bagi pencapaian sehingga Mei 2022, projek ini telah melibatkan seramai 5,515 orang komuniti kraf. Daripada 14 projek ini, sebanyak 5 (lima) KKK berjaya diwujudkan di negeri Sabah iaitu Daerah Keningau, Daerah Lahad Datu, Daerah Semporna, Daerah Kudat dan Daerah Kota Belud dengan penglibatan seramai 1,257 orang komuniti kraf.

Produk kraf hasilan komuniti ini boleh didapati secara fizikal menerusi pusat/galeri jualan kraf termasuk outlet KARYANEKA, di program pemasaran dan promosi seperti Hari Kraf Kebangsaan dan Festival Kraf Malaysia serta menerusi platform pemasaran digital/online Kraftangan Malaysia seperti MYCRAFSHOPPE dan E-Kraf Bazar. Manakala bagi hasilan produk kraf komuniti Sabah juga boleh didapati di beberapa outlet rakan strategik Kraftangan Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah seperti KADAIKU di bawah Seri Pelancongan Sabah (SPS), Mari Mari Cultural Village di Inanam dan beberapa lagi outlet persendirian di negeri Sabah. 

Kraftangan Malaysia akan terus komited dalam memastikan usaha-usaha memperkasa komuniti kraf sekaligus menaikkan industri kraf negara menjelang tahun 2030 dengan menyediakan peluang dalam menjana pendapatan kepada rakyat. 

Rujukan: 

•  https://www.kraftangan.gov.my/
•  https://www.mycraftshoppe.com/
•  https://www.karyaneka.com.my/
•  https://www.facebook.com/groups/666310254201339 (E- Kraf Bazar)  
•  https://myjournify.com/

Sumber: Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Nur Nadia Mohd Salleh Anuar 
Tel: 017-5046540


--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.