ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  PUSAT MEMBELI-BELAH IPC MERAIKAN PERTENGAHAN MUSIM PANAS ALA SWEDEN DENGAN PLÅYSOMMAR KANAK-KANAK DAN KEMPEN HIJAU

Tuesday 05/07/2022



KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Julai (Bernama-PRNewswire) -- Pusat Membeli-belah IPC meraikan asal usul Swedennya dengan menganjurkan pesta pertengahan musim panas yang terkenal dengan pelbagai aktiviti untuk membolehkan pelanggan menemukan kembali keajaiban bermain dan bersuka-ria bersama orang tersayang. Mulai sekarang hingga 31 Julai 2022, pelanggan boleh mengunjungi pusat membeli-belah berorientasikan keluarga itu untuk merasai sendiri pesta penuh keseronokan Sweden ini dan memenangi barangan eksklusif melalui pembelian terkumpul.

Sepanjang pesta itu, pelanggan boleh menyaksikan hiasan pertengahan musim panas Sweden yang "Instagrammable" termasuk paparan maypole 10 kaki yang ikonik serta taman permainan berinspirasikan Sweden untuk dinikmati oleh kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Pada hujung minggu pula, kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam bengkel Seni & Kraf Kanak-kanak secara percuma dan berinteraksi dengan maskot Små Club Buddy yang menghiburkan sambil ditemani oleh Gadis Sweden yang akan menyerahkan cenderahati.

"Membawa kegembiraan dan mencipta kenangan sentiasa menjadi impian IPC. Kami mahu memanfaatkan asal-usul Sweden kami dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati pesta pertengahan musim panas ala Sweden, seterusnya mempamerkan pengalaman silang budaya Sweden tanpa perlu mengembara" kata Mark Tan, Pengurus Pemasaran Pusat Membeli-belah IPC. "Konsep PLÅYSOMMAR diambil daripada perkataan 'Main' dan 'Musim Panas' yang juga boleh diterjemahkan ke dalam bahasa tempatan iaitu 'Main Sama-Sama' dengan orang yang anda sayangi."

Barangan eksklusif untuk pelanggan semasa kempen PLÅYSOMMAR termasuk:

·  Tebus satu (1) Payung Golf 30-inci bersama Lampu suluh dengan perbelanjaan minimum RM600 dalam tiga (3) resit (RM500 dibelanjakan untuk ahli Tack Club)
·  Tebus e-baucar PLÅYSOMMAR bernilai RM10 dengan perbelanjaan minimum RM200 dalam dua (2) resit 

Kempen Hijau IPC 2022 – Smarter, Greener, Together 

Sempena sambutan Pertengahan Musim Panasnya, Pusat Membeli-Belah IPC juga mengadakan satu kempen kitar semula yang menawarkan ganjaran berganda untuk sisa kertas, plastik dan aluminium dalam Kempen Hijau tahunan mereka – 'Smarter, Greener, Together'. Mulai 1 Julai hingga 4 September 2022, dengan kerjasama Nestle dan Tumboh, pelanggan yang menghantar barang kitar semula mengikut berat berikut akan layak menerima ganjaran daripada i-Counter yang terletak di Aras G: 

Table

*Ganjaran hanya terpakai untuk pengumpulan setiap kategori: plastik, aluminium dan kertas 
 
Sebagai sebahagian daripada usaha IPC untuk memupuk generasi muda menjaga kelestarian, mereka akan mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada ahli Små Club (keahlian program junior kesetiaan Pusat Membeli-belah IPC) dengan kit seni dan pelekat DIY eksklusif untuk usaha hijau mereka di rumah. Untuk mengambil bahagian, ibu bapa perlu menyiarkan foto di akaun Facebook atau Instagram mereka menggunakan hashtag #IPCSmarterGreen yang memaparkan aksi ahli alam sekitar kecil mereka untuk penebusan ganjaran di i-Counter di Aras G.

"Pusat Membeli-belah IPC lebih daripada destinasi membeli-belah; kami mahu menggalakkan komuniti untuk mengitar semula dan menjadi hab untuk pelupusan sisa yang mampan. RBBC kami diiktiraf secara meluas dan tidak lama lagi kami akan memperkenalkan RBBC kami yang baharu dan dinaiktaraf sebagai sebahgian dalam usaha kami untuk memperjuangkan kelestarian. Kami berharap dapat menggalakkan pelanggan dan komuniti berdekatan kami untuk menggunakan RBBC dan memainkan peranan mereka dalam kitar semula dan membuat pilihan yang mampan untuk menyelamatkan alam sekitar" tambah Tan.

Untuk mengukuhkan lagi perkongsian hijaunya, IPC juga bekerjasama dengan Nestle CAREton di mana karton minuman terpakai kitar semula akan digunakan untuk menghasilkan bahan mampan untuk membina jubin bumbung dan papan panel 'hijau' untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Maklumat lanjut mengenai program dan cara pelanggan boleh menyumbang kepada inisiatif ini akan disiarkan di media sosial IPC tidak lama lagi.
 
Untuk maklumat lanjut, layari www.ipc.com.my/playsommar pada kempen 'PLÅYSOMMAR' Pusat Membeli-belah IPC dan www.ipc.com.my/smartergreen pada kempen 'Smarter, Greener, Together'.
 
CONTACT: Daniel Michael, daniel.michael@mslgroup.com

Sumber: IPC Shopping Centre

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.