ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  SINOVAC BERGANDING BAHU DENGAN PASUKAN PENYELIDIKAN HKU-CTC DAN HOSPITAL GLENEAGLES HONG KONG UNTUK MEMULAKAN SATU PERCUBAAN KLINIKAL BAGI SATU VAKSIN YANG TIDAK DIAKTIFKAN KHUSUS OMICRON UNTUK KEGUNAAN PENGGALAK DI HONG KONG, CHINA

Tuesday 05/07/2022



Table
 
[Dari kanan ke kiri] Profesor Ivan Hung Fan-ngai, Ru Chien & Helen Lieh Profesor dalam Pedagogi Sains Kesihatan, Profesor Klinikal dan Ketua bagi Penyakit Berjangkit, Jabatan Perubatan, Pusat Pengajian Perubatan Klinikal, Penolong Dekan (Kemasukan), LKS Fakulti Perubatan bagi Universiti Hong Kong; Dr Kenneth Tsang, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Hospital Gleneagles Hong Kong; Cik Cheryl Law, Pengarah Pembangunan Perniagaan Antarabangsa, Asia Pasifik bagi SINOVAC; Encik Henry Yau, Pengarah Urusan bagi Pusat Percubaan Klinikal Universiti Hong Kong. (Foto: Business Wire)


HONG KONG, 5 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Satu majlis pelancaran telah diadakan di Hospital Gleneagles Hong Kong (Gleneagles atau GHK) untuk memulakan satu percubaan klinikal bagi menilai keselamatan dan imunogenisiti bagi vaksin yang tidak diaktifkan COVID-19 khusus Omicron keluaran SINOVAC yang digunakan sebagai satu suntikan penggalak pada orang dewasa yang sihat, dengan menjangkakan untuk menyediakan bukti saintifik bagi strategi imunisasi masa hadapan. Kajian ini diketuai oleh satu pasukan penyelidikan perubatan dari Pusat Percubaan Klinikal Universiti Hong Kong (HKU-CTC) dengan kerjasama Gleneagles.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220704005146/en/

Dalam kajian ini, seramai 300 sukarelawan dewasa yang sihat berumur 18 tahun ke atas yang telah divaksin dengan dua atau tiga dos vaksin COVID-19 yang tidak diaktifkan atau mRNA akan diambil.

“Seperti yang kita ketahui, vaksinasi adalah satu daripada cara yang paling berkesan untuk menangani penyakit berjangkit. Pada masa ini, Omicron terus melanda seluruh dunia. Saya berharap percubaan klinikal itu dapat mengukuhkan dan menggalakkan secara efektif penyelidikan vaksin dan pentadbiran vaksinasi secara berkesan,” Profesor Ivan Hung Fan-ngai, Ru Chien & Helen Lieh Profesor dalam Pedagogi Sains Kesihatan, Profesor Klinikal dan Ketua bagi Penyakit Berjangkit, dan Penolong Dekan di Jabatan Perubatan, Pusat Pengajian Perubatan Klinikal, Penolong Dekan (Kemasukan), LKS Fakulti Perubatan, Universiti Hong Kong (HKUMed), menyatakan dalam majlis itu.

“Sebagai satu daripada tapak penyelidikan bagi HKU, kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada projek percubaan klinikal ini dan menyumbang kepada penyelidikan dan pembangunan berterusan bagi strategi vaksin dan imunisasi untuk membantu meningkatkan perlindungan kesihatan bagi orang ramai,” kata Dr Kenneth Tsang.

“Adalah sangat penting untuk bekerjasama dengan Profesor Hung, HKU-CTC dan Gleneagles untuk menjalankan percubaan klinikal bagi vaksin COVID-19 yang tidak diaktifkan sebagai satu suntikan penggalak terhadap jenis Omicron itu. Kami berharap dapat mencari satu penyelesaian bagi Hong Kong dan dunia untuk memerangi virus baharu itu dengan hasil keputusan daripada percubaan ini,” kata Cik Cheryl Law, Pengarah Pembangunan Perniagaan Antarabangsa bagi SINOVAC.

SINOVAC memperoleh sampel bagi varian Omicron itu pada awal Disember 2021 dan kemudian secara aktif menggalakkan penyelidikan dan pembangunan bagi vaksin COVID-19 yang tidak diaktifkan (jenis khusus Omicron). Penyelidikan praklinikal menunjukkan bahawa vaksin itu adalah selamat dan berkesan pada haiwan. Percubaan klinikal imunisasi penggalak jenis Omicron itu telah diluluskan oleh Lembaga Kajian Institusi (IRB) HKU GHK pada 12 April 2022 dan oleh Lembaga Farmasi dan Racun Hong Kong pada 14 April 2022, yang membolehkan percubaan klinikal dijalankan untuk meningkatkan imuniti orang ramai terhadap jenis koronavirus baharu itu di Hong Kong.

Maklumat mengenai Sinovac Biotech Ltd.

SINOVAC Biotech Ltd. (SINOVAC) ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal terkemuka yang berpangkalan di China yang memberi tumpuan kepada penyelidikan, inovasi, pembuatan dan pengkomersilan vaksin yang melindungi daripada penyakit berjangkit manusia. Portfolio produk SINOVAC termasuk vaksin terhadap penyakit berjangkit yang baru muncul seperti COVID-19, influenza pandemik H5N1 (selesema burung), influenza H1N1 (selesema babi) dan enterovirus 71 (EV71), dan penyakit berjangkit biasa yang lain seperti hepatitis virus, influenza bermusim, pneumokokal radang paru-paru, poliomielitis, varicella dan beguk. SINOVAC juga sedang meneroka peluang di pasaran antarabangsa dan mengeksport vaksin mereka ke puluhan negara dan organisasi antarabangsa. Maklumat lanjut mengenai SINOVAC boleh diperolehi di www.sinovac.com.

Maklumat mengenai Pusat Percubaan Klinikal HKU

Pusat Percubaan Klinikal Universiti Hong Kong (HKU-CTC) ialah sebuah platform pengurusan penyelidikan klinikal sehenti yang khusus untuk memudahkan pengendalian profesional bagi projek penyelidikan klinikal di bawah HKUMed. Sejak penubuhannya, HKU-CTC telah pun memudahkan lebih satu ribu kajian klinikal yang ditaja dan kajian klinikal yang dimulakan oleh penyiasat dengan kerjasama penaja dan penyiasat di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Hospital Gleneagles Hong Kong

Terletak di Wong Chuk Hang di Pulau Hong Kong Selatan, Hospital Gleneagles Hong Kong (Gleneagles) ialah sebuah hospital swasta pelbagai kepakaran, yang menyediakan 500 katil, teknologi perubatan termaju dan satu rangkaian perkhidmatan klinikal yang komprehensif yang merangkumi lebih daripada 35 kepakaran dan sub kepakaran. Sebagai hospital pengajaran swasta yang terkemuka di Hong Kong, Gleneagles turut menyumbang kepada latihan dan pembangunan bagi profesional penjagaan kesihatan dan kemajuan bagi penyelidikan klinikal. Gleneagles ialah satu usaha sama di antara IHH Healthcare dan NWS Holdings Limited, dengan The University of Hong Kong sebagai rakan klinikal eksklusif mereka. Maklumat lanjut mengenai Hospital Gleneagles Hong Kong boleh diperolehi di https://www.gleneagles.hk/.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220704005146/en/

Hubungi

Pertanyaan Media

Sinovac Biotech Ltd.
Encik Will Chan
Tel: +852 61408385
E-mel: will.chan@sinovac.com

Pusat Percubaan Klinikal HKU
Cik Cathy Shen
Tel: +852 2255 2553
E-mel: cathyswi@hku.hk

Hospital Gleneagles Hong Kong
Cik Tracy Chow
Tel: +852 3153 9330
E-mel: tracy.chow@gleneagles.hk

Sumber : SINOVAC Biotech Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.