ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  WILDMOKA MENYOKONG MEDIACORP DI SINGAPURA DENGAN PLATFORM PENCIPTAAN KANDUNGAN BERASASKAN AWAN

Wednesday 06/07/2022



Table
Wildmoka dan rakan pelaksanaan Qvest, telah melengkapkan Mediacorp, rangkaian media nasional di Singapura, dengan sebuah peranti baharu berasaskan awan bagi pengetipan dan pengedaran masa nyata untu menyokong operasi penyiaran digital. (Grafik: Business Wire) 
 
SINGAPURA, 6 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wildmoka telah melengkapkan Mediacorp, rangkaian media nasional di Singapura, dengan sebuah peranti baharu berasaskan awan bagi pengetipan dan pengedaran masa nyata untuk menyokong operasi penyiaran digital. Perkhidmatan kandungan video baharu ini telah direalisasikan dengan rakan pelaksanaan Qvest, sebuah penyepadu ICT terkemuka dunia di dalam industri media yang dipacu oleh inovasi. 
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220705005730/en/ 

Aliran kerja baharu itu adalah berdasarkan kepada “Kilang Media Digital” Wildmoka dan membolehkan untuk mencipta dan mengedarkan kandungan seperti klip hampir langsung dan kekili sorotan merentasi platform web, mudah alih, OTT dan media sosial serta video berformat panjang di atas permintaan.Bersama dengan rakan pelaksanaan Qvest dan pasukan tempatan mereka di Singapura, pakar-pakar Wildmoka menambahkan alatan penyuntingan penyelesaian yang mudah digunakan untuk operasi penyiaran Mediacorp.

Mediacorp menyokong operasi penyiaran bagi prosiding parlimen Singapura, di mana sesi dengan ucapan dan perbahasan di antara ahli parlimen boleh berlangsung sehingga beberapa jam. Sesi itu dirakam dan diarkibkan secara keseluruhannya sebagai fail video yang besar. Penyuntingan bagi rakaman dalam pelbagai bahasa kini boleh dilakukan dengan lima trek audio. Oleh itu, Mediacorp merekodkan sidang parlimen dalam empat bahasa bagi negara-negara Asia Tenggara, iaitu bahasa Inggeris serta terjemahan masing-masing kepada bahasa Cina, Melayu dan Tamil. Bunyi suasana juga dirakam dengan satu daripada lima trek itu. Penyelesaian penciptaan kandungan berasaskan web baharu ini membolehkan video parlimen dirakam dan diterbitkan sepenuhnya serta klip media pendek dalam semua bahasa rasmi Singapura.

Maklumat mengenai Qvest

Qvest menasihati dan menyokong organisasi dan syarikat di seluruh dunia mengenai kesemua keperluan untuk pelaksanaan teknologi di dalam konteks transformasi digital dan adalah sebuah arkitek sistem terkemuka dunia, penyepadu ICT dan pembangun produk perisian di dalam industri media yang dipacu oleh inovasi. Rangkaian perkhidmatan bagi syarikat itu sejajar dengan peluang-peluang yang muncul daripada satu rantaian nilai media yang semakin digital seperti penyampaian kandungan berbilang platform, kecerdasan buatan, data & analitik, pengurusan berbilang awan dan infrastruktur IP. Pelanggan Qvest termasuk pelbagai rangkaian media terkenal, penyedia telekomunikasi, penyiar serta syarikat dan organisasi daripada sektor perindustrian dan awam. Sebagai tambahan kepada ibu pejabat mereka di Cologne dan Dubai, Qvest mengendalikan lokasi selanjutnya di Eropah, Amerika Syarikat, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Australia.

www.qvest.com

Maklumat mengenai Wildmoka

Wildmoka ialah sebuah platform terkemuka untuk penciptaan kandungan langsung dan hampir langsung di dalam Sukan, Berita dan Hiburan. Kilang Media Digital mereka yang bernatifkan awan memperkasakan penyiar dan pemilik hak untuk menghasil dan menyampaikan kandungan daripada mana-mana sumber, ke mana-mana destinasi, dalam sebarang format, pada kelajuan dan pada skala. Beberapa daripada jenama penyiaran terbesar di dunia bergantung kepada Wildmoka untuk memberikan aplikasi OTT, portal web dan akaun media sosial mereka dengan: penstriman langsung, kekili sorotan dan klip hampir langsung. Selain itu, enjin berasaskan AI/ML yang telah memenangi anugerah itu meningkatkan lagi kecekapan aliran kerja penyiar. Wildmoka telah diperoleh oleh Backlight pada tahun 2022.

www.wildmoka.com
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220705005730/en/ 

Hubungi

Hubungan media
Matthias Reintgen bagi pihak Qvest Group GmbH
Tel.: +49 174 9481 983
E-mel: matthias.reintgen@qvest.com

Catherine Cywinska bagi pihak Wildmoka
Tel.: +33 07 64 89 14 79
E-mel: catherine@wildmoka.com

Sumber : Wildmoka

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.