ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  YOHJI YAMAMOTO INC. MELANCARKAN PROJEK KONSEPTUAL BAHARU "WILDSIDE YOHJI YAMAMOTO" SECARA GLOBAL PADA 20 JULAI

Friday 22/07/2022

AsiaNet 97106

TOKYO, 22 Julai, 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

YOHJI YAMAMOTO Inc. telah melancarkan sebuah projek konseptual, “WILDSIDE YOHJI YAMAMOTO,” pada Rabu, 20 Julai, 2022 di platform dalam talian. WILDSIDE YOHJI YAMAMOTO, dengan konsepnya yang berwarna hitam -- lambang bagi YOHJI YAMAMOTO, telah melancarkan kerjasama itu di dalam pelbagai genre, bukan sahaja dalam bentuk fesyen, tetapi juga dalam bentuk seni, reka bentuk dalaman, dan gaya hidup.

Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107269/202207193946/_prw_PI2fl_WLqc2EOC.png
 
Imej:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107269/202207193946/_prw_PI5fl_z8w27854.jpg
 
WILDSIDE YOHJI YAMAMOTO: https://wildside-online.com
 
Item-item istimewa dilancarkan untuk kerjasama dengan jenama Jepun seperti “NEEDLES,” “NOMA t.d.,” “HYSTERIC GLAMOUR,” “AMBUSH,” dan “MINEDENIM.”
 
Sebuah jenama asal oleh YOHJI YAMAMOTO Inc., WILDSIDE YOHJI YAMAMOTO juga dilancarkan pada masa yang sama. Dengan ketenteraan, kerja dan sukan sebagai kata kunci, unsur-unsur yang diekstrak daripada intipati YOHJI YAMAMOTO dibina semula dengan satu rasa kasual. Ini adalah sebuah koleksi uniseks yang telah dikemas kini dengan penyesuaian dan kefungsian moden.

Foto: https://kyodonewsprwire.jp/release/202207193946?p=images
 
Koleksi:
https://www.yohjiyamamoto.co.jp/collection/wildside-yohji-yamamoto/wildside-yohji-yamamoto-launch-collection/
 
Dari segi cadangan seni, WILDSIDE YOHJI YAMAMOTO bekerjasama dengan galeri dan artis yang mempunyai hubungan rapat dengan YOHJI YAMAMOTO Inc. Galeri AKIO NAGASAWA  mempersembahkan gambar-gambar bagi seni bina Tadao Ando yang diambil oleh jurugambar TAKAY. Galeri Taka Ishii mempersembahkan “Tights,” sebuah karya representasi oleh jurugambar Daido Moriyama, dan lukisan oleh pelukis Tomoo Gokita. Juga, sebuah lukisan khas yang lain daripada yang lain oleh artis kontemporari Takeru Amano untuk WILDSIDE YOHJI YAMAMOTO akan tersedia tidak lama lagi.

Sebagai tambahan kepada “Fesyen” dan “Seni,” platform dalam talian itu juga menampilkan kategori ketiga, “Kandungan,” yang termasuk wawancara dan artikel dialog dengan jenama yang bekerjasama. YOHJI YAMAMOTO Inc. akan mengeluarkan kandungan dari semasa ke semasa yang akan membantu orang ramai untuk menikmati projek WILDSIDE YOHJI YAMAMOTO yang baharu itu.

WILDSIDE YOHJI YAMAMOTO merancang untuk membuka sebuah kedai utama di Jepun pada musim luruh 2022 dalam usaha mencapai operasi saluran pelbagai arah.
 
WILDSIDE YOHJI YAMAMOTO
Dilancarkan: Rabu 20 Julai, 2022
Laman web: https://wildside-online.com
 
Instagram: @wildsideyohjiyamamotojp
https://www.instagram.com/wildsideyohjiyamamotojp/
 
Twitter: @wildsideyohjijp
https://twitter.com/WildsideYohjiJp
 
Sumber: YOHJI YAMAMOTO Inc.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.