ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  SIDANG KEMUNCAK DIGITAL CHINA KE-5 DIBUKA DI BANDAR RAYA FUZHOU, WILAYAH FUJIAN

Monday 25/07/2022

AsiaNet 97141

Table

Sidang Kemuncak Digital China ke-5 dibuka di Bandar Raya Fuzhou, Wilayah Fujian.



FUZHOU, China, 25 Julai, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Sidang Kemuncak Digital China ke-5 telah dibuka di Fuzhou, wilayah Fujian pada 23 Julai. Ia dianjurkan bersama oleh Pentadbiran Ruang Siber China, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Kementerian Sains dan Teknologi, Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat, Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset milik Negara bagi Majlis Negeri dan Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian.
 
Bertemakan “Transformasi Baharu yang dipacu oleh Inovasi, Paradigma Baharu yang diterajui Pendigitalan”, sidang kemuncak itu berada pada kedudukan sebagai sebuah platform untuk menerbitkan dasar-dasar China mengenai pembangunan aplikasi IT, sebuah platform untuk memaparkan pencapaian terkini di dalam pembangunan digital China, sebuah platform untuk pertukaran mengenai teori, amalan dan pengalaman e-kerajaan dan ekonomi digital, dan satu platform kerjasama untuk mengumpulkan sumber global bagi menggalakkan pembangunan digital China. Ia terdiri daripada 8 bahagian: majlis perasmian, forum utama, pengeluaran dasar, sub-forum, pameran pencapaian, ekspo produk digital, Peraduan Inovasi Digital China, DCIC 2022, dan acara sampingan seperti “Dialog berubung Sungai Min: dan “Dialog : Tinjauan untuk Fuzhou”, menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou.
 
Sebagai tuan rumah bagi DCS selama lima kali berturut-turut, Fuzhou mengambil bahagian di dalam acara digital ini dengan semua pempamer untuk menyaksikan perkembangan baharu, kemajuan baharu dan kemakmuran baharu bagi digital China.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou
 
Pautan Lampiran Imej:
 
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=425995
 
Kapsyen: Sidang Kemuncak Digital China ke-5 dibuka di Bandar Raya Fuzhou, Wilayah Fujian.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.