ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PEMIMPIN FAHAMAN BUDDHA MENGGESA NEGARA-NEGARA AGAR KOMITED KEPADA "TIADA PENGGUNAAN TERLEBIH DAHULU" BAGI SENJATA NUKLEAR MENJELANG MESYUARAT NPT

Thursday 28/07/2022

AsiaNet 97196

TOKYO, 28 Julai, 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Pada 26 Julai, menjelang Persidangan Kajian Semula NPT Kesepuluh (Perjanjian bagi Pengawalan Senjata Nuklear) yang dibuka pada 1 Ogos di Ibu Pejabat PBB di New York, Presiden Soka Gakkai International (SGI) Daisaku Ikeda telah menggesa lima buah negara senjata nuklear itu untuk mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan menjadi pihak pertama yang menggunakan senjata nuklear di dalam sebuah konflik: prinsip bagi “Tiada Penggunaan Terlebih Dahulu.”
 
Hari ini risiko bahawa senjata nuklear akan digunakan berada pada tahap paling tinggi sejak Perang Dingin. Ikeda, seorang pejuang yang gigih ingin memansuhkan senjata nuklear selama lebih 60 tahun, menggesa lima buah negara senjata nuklear di bawah NPT itu -- Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Perancis dan China -- untuk memberikan asas kepada satu kenyataan bersama yang dibuat oleh pemimpin mereka pada 3 Januari, 2022, bahawa “satu perang nuklear tidak boleh dimenangi dan tidak boleh diperjuangkan,” dengan mengisytiharkan dasar-dasar Tiada Penggunaan Terlebih Dahulu.

Beliau mencadangkan bahawa perkara berikut dimasukkan ke dalam Dokumen Akhir bagi Persidangan Kajian Semula itu:

- Bahawa lima buah negara senjata nuklear itu berikrar untuk terus mematuhi Kenyataan Bersama mereka pada Januari, dengan serta-merta meneruskan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko yang dicetuskan oleh senjata nuklear selaras dengan komitmen perlucutan senjata nuklear Artikel VI mereka.

- Bahawa lima buah negara senjata nuklear itu, sebagai satu perkara yang menjadi keutamaan paling tinggi, mengisytiharkan komitmen mereka terhadap prinsip Tiada Penggunaan Terlebih Dahulu pada tarikh yang seawal mungkin.

- Bahawa untuk memberikan bentuk konkrit kepada deklarasi kenyataan bersama itu bahawa “tiada senjata nuklear kita disasarkan di antara satu sama lain atau pada mana-mana Negara lain,” prinsip Tiada Penggunaan Terlebih Dahulu dijadikan universal sebagai dasar keselamatan bagi semua negara yang memiliki senjata nuklear serta negara-negara yang bergantung kepada nuklear.

Ikeda menggesa: “Kita mesti ingat bahawa bukan sekali-kali tujuan NPT untuk mewujudkan ancaman dan konfrontasi nuklear yang berterusan sebagai satu takdir kemanusiaan sejagat yang tidak dapat dielakkan.” Beliau meminta kita supaya belajar daripada hibakusha dunia -- mangsa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki dan ujian senjata nuklear -- yang menegaskan bahawa tiada sesiapa pun harus menderita apa yang telah mereka alami.

Ikeda berhujah bahawa komitmen kepada Tiada Penggunaan Terlebih Dahulu akan juga membebaskan sumber untuk melindungi orang ramai daripada ancaman bersama seperti pandemik COVID-19 dan perubahan iklim.

Pada 4 Ogos, semasa Persidangan Kajian Semula NPT itu, SGI akan mengadakan satu acara sampingan yang menggalakkan Tiada Penggunaan Terlebih Dahulu bersama-sama dengan organisasi lain yang sehaluan.

Baca kenyataan penuh:
https://sgi-peace.org/resources/2022-statement-calling-for-no-first-use
 
Daisaku Ikeda (1928 - ) ialah seorang ahli falsafah Buddha, pengarang dan presiden bagi Soka Gakkai International (SGI), sebuah NGO yang mempromosikan keamanan, budaya dan pendidikan di dalam status perundingan sejak tahun 1983 dengan UN ECOSOC. Setiap tahun sejak tahun 1983, Ikeda telah mengarang cadangan-cadangan keamanan yang menawarkan pendekatan konkrit untuk menyelesaikan isu-isu global yang kompleks yang dihadapi oleh manusia sejagat, dengan berpaksikan keperluan untuk memansuhkan senjata nuklear.
www.daisakuikeda.org
 
Sumber: Soka Gakkai International
 
Hubungi:
Joan Anderson
Pejabat Antarabangsa bagi Maklumat Awam
Soka Gakkai
+81-80-5957-4711
anderson[at]soka.jp

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.