ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  SOALAN-SOALAN LAZIM TAX CORPORATE GOVERNANCE FRAMEWORK (TCGF) DAN TAX CORPORATE GOVERNANCE GUIDELINES (TCGG) TELAH DIMUAT NAIK DI PORTAL RASMI HASIL

Monday 01/08/2022



KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa Soalan-soalan Lazim Tax Corporate Governance Framework (TCGF) dan Tax Corporate Governance Guidelines (TCGG) telah dimuat naik di portal rasmi HASiL bagi rujukan pembayar cukai dan pihak yang berkepentingan.

HASiL juga memuatnaik TCG Guidelines yang telah dikemaskini sehingga 27 Julai 2022 bertujuan bagi memperincikan isi kandungannya selari dengan ekspektasi HASiL dan amalan terbaik dalam pelaksanaan Program TCGF. Semua dokumen ini boleh diakses serta dimuat turun dengan mengikut langkah mudah seperti yang berikut:

I.   Layari Portal Rasmi HASiL di www.hasil.gov.my;
 
II.  Klik menu Perundangan > Rangka Kerja> Tax Corporate Governance Framework> Guidelines Tax Corporate Governance Framework> Frequently Asked Questions Tax Corporate Governance Framework and Guidelines

III. Atau capaian pantas di pautan:

Soalan-soalan Lazim Tax Corporate Governance Framework (TCGF)
https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_Tax_Corporate_Governance_
Framework.pdf 


Tax Corporate Governance Guidelines (TCGG) (dikemaskini)
https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Guidelines_Tax_Corporate_
Governance_Framework_2.pdf 

Sebagai makluman, dokumen ini dimuat naik sebagai menjawab pertanyaan umum selain memberikan gambaran yang lebih jelas berkenaan dokumen Tax Corporate Governance (TCG) dan pelaksanaan Program TCGF yang telah dilancarkan pada 1 Mac 2022. TCGF ini juga diperkenalkan sebagai asas kepada HASiL dan pembayar cukai untuk membangun dan mengekalkan hubungan kerja yang lebih terbuka dalam memastikan proses pematuhan percukaian adalah adil dan efektif. Maklum balas serta pertanyaan lanjut berkaitan TCG, boleh dimajukan kepada HASiL melalui emel khas tcg@hasil.gov.my

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada HASiL melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh: 30 Julai 2022

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Customer Care Officer: 019-651 1100
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.