ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 30 (24 - 30 JULAI 2022)

Monday 01/08/2022



STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk menunjukkan tiada perubahan pada minggu epidemiologi ke-30 tahun 2022 (ME 30/2022) berbanding minggu sebelumnya (Rajah 1);

Rajah 1: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk dari ME 1/2022 sehingga ME 30/2022

Walau bagaimanapun, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 2.8 peratus (Rajah 2);
· Pesakit kategori 1 dan 2 meningkat sebanyak 5.6 peratus; manakala
· Pesakit kategori 3, 4, dan 5, tiada perubahan.

Rajah 2: Taburan jumlah kemasukan pesakit COVID-19 mengikut kategori ke hospital awam mengikut kategori bagi setiap 100,000 populasi dari ME 1/2022 hingga ME 30/2022

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME30/2022 berbanding ME 29/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut:
· Katil bukan kritikal tiada perubahan, kekal sebanyak 23 peratus;
· Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) tiada perubahan, kekal sebanyak 14 peratus; dan
· Katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), tiada perubahan, kekal sebanyak tujuh peratus.

Rajah 3: Peratusan pengisian katil fasiliti COVID-19 dari ME 1/2022 hingga ME 30/2022

Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 0.1 peratus (Rajah 4) pada ME 30/2022 berbanding ME 29/2022.

Rajah 4: Peratus pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan dari ME 1/2022 hingga ME 30/2022

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)

Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara masih lagi menunjukkan peningkatan.

Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 29/2022 dan ME 30/2022 (Rajah 5):
· Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 3.2 peratus;
· Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 0.5 peratus; dan
· Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC dan hospital menurun sebanyak 19.9 peratus.

Rajah 5: Trend kedatangan pesakit ke CAC fizikal, kes baharu COVID-19 menjalani pemantauan di rumah & kes rujukan CAC ke PKRC atau hospital dari ME 10/2022 hingga ME 30/2022

Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 30/2022 ianya turun 7.69 peratus berbanding pada akhir ME 29/2022 (dari 70,140 kes ke 64,743 kes); seperti di Rajah 6:

Rajah 6: Trend kes aktif COVID-19 di bawah pemantauan CAC Maya berdasarkan keadaan klinikal pesakit dari ME 1/2022 hingga ME 30/2022

STATUS TERKINI KES COVID-19

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 30 Julai 2022 (ME 30/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
 
· Kumulatif kes baharu: 4,677,270;
· Kumulatif kes sembuh: 4,594,311 kes;
· Kumulatif kes kematian: 35,960 kes; dan
· Kumulatif kluster: 7,038 kluster (kluster aktif: 19 kluster).
 
Perbandingan antara ME 29/2022 dan ME 30/2022:
· Bilangan kes sembuh pada ME 30/2022 meningkat sebanyak 35.4 peratus (22,757 kes kepada 30,823 kes) Rajah 7;
· Bilangan kes baharu pada ME 30/2022 menurun sebanyak 5.2 peratus (29,886 kes kepada 28,339 kes) Rajah 8;
Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 5.3 peratus (29,858 kes kepada 28,286 kes); dan
Bilangan kes import meningkat sebanyak 89.3 peratus (28 kes kepada 53 kes).
· Bilangan kes kematian pada ME 30/2022 menunjukkan penurunan sebanyak 28.6 peratus (63 kes kepada 49 kes) berbanding ME 29/2022; dan
· Purata kes aktif setiap hari bagi ME 30/2022 adalah 47,176 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 3.6 peratus berbanding minggu sebelumnya (Rajah 9).

Rajah 7: Taburan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 sehingga ME 30/2022
Rajah 8: Taburan kes baharu, kes tempatan, dan kes import COVID-19 sehingga ME 30/2022
Rajah 9: Purata tujuh hari kes aktif harian COVID-19 dari ME1/2022 sehingga ME 30/2022

NILAI RT

Purata nilai RT menunjukkan penurunan sebanyak 9.1 peratus pada ME 30/2022 berbanding ME 29/2022 (Rajah 10).

Rajah 10: Purata Nilai RT tahun 2022 sehingga ME 30/2022

SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19

KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 30/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
· Sebanyak 107 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 14.5 peratus pada ME 30/2022 (Rajah 11); dan
· Tiada sampel SARI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif kekal 0 peratus pada ME 30/2022 (Rajah 12). 

Rajah 11: Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 dari klinik kesihatan sentinel sehingga ME 30/2022
Rajah 12: Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 dari hospital sentinel sehingga ME 30/2022
 
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada di dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.

Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
· Elakkan 3S;
· Amalkan 3W;
· Amalkan TRIIS;
· Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
· Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlu melakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
· Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
· Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
· Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
 
Sekian, terima kasih.
 
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 
1 Ogos 2022 @ 10.00 pagi

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini

Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Tel : +603-8883 3470
Faks : +603-8888 6187

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.