ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  GALDERMA DAN CETAPHIL MEMPERBAHARUI KOMITMEN TERHADAP KELESTARIAN ALAM SEKITAR MENERUSI INISIATIF CLEAR SKIES

Friday 05/08/2022



· Menurut Kaji Selidik Kesihatan Kulit CETAPHIL's, lebih daripada 50% rakyat Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu jenis masalah kulit sensitive
· Strategi berasaskan sains akan memberi fokus terhadap formula ramuan yang lebih bersih, pembungkusan yang lebih efisien serta pengurangan impak terhadap alam sekitar

KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Ogos (Bernama-PRNewswire) -- Galderma dan CETAPHIL®, jenama no. 1 penjagaan kulit dermatologi di Malaysia telah memperkuatkan lagi komitmen mereka terhadap penjagaan kulit sensitif berasaskan kajian klinikal dengan pelancaran formula baharu yang telah ditambah baik menerusi sains penjagaan kulit.

Jenama yang dimiliki oleh Galderma ini memformulasikan semula produk paling laris dan ikoniknya berdasarkan maklum balas pengguna tanpa menjejaskan keberkesanan dan pengalaman penggunaan CETAPHIL seperti yang diketahui umum. Secara khususnya, losyen Gentle Skin Cleanser, Oily Skin Cleanser, Moisturising Cream, Moisturising Lotion dan Daily Advance Ultra Hydrating kini dilengkapi dengan ramuan berasaskan kajian sains - niacinamide (Vitamin B3), panthenol (Vitamin B5) dan Glycerin yang menghidratkan kulit. Formula yang diperbaharui ini juga bebas paraben, sulfat, sumber daripada haiwan serta ujikaji yang melibatkan haiwan sama ada di peringkat inovasi, pembangunan dan penghasilan.

Menerusi Clear Skies, jenama ini juga berusaha meningkatkan amalan yang bertanggungjawab dalam perniagaan mereka. Seperti mana kita menjaga kulit - dengan ketelitian, keprihatinan dan sains, inisiatif ini akan menjadi panduan untuk CETAPHIL mengetengahkan kelestarian alam sekitar dan masa depan melalui pembungkusan yang lebih efisien serta pengurangan impak terhadap alam sekitar. Setakat ini, Galderma dan CETAPHIL mensasarkan 100% penggunaan tenaga boleh diperbaharui dalam pengilangan sepanjang 2022 dan seterusnya menggunakan kemudahan pengilangan yang neutral karbon.

Pengurus Negara Galderma Malaysia, Cindy Tiu berkata sebuah jenama bukan sekadar memenuhi – tetapi mencapai kadar piawaian semasa para pengguna terhadap jenama penjagaan kulit sensitif. "Sebagai warisan pakar kulit sensitif terkemuka selama 75 tahun, kami menyediakan penjagaan lengkap untuk semua jenis kulit sambil komited terhadap inovasi. Dalam usaha memenuhi keperluan para pengguna, kami percaya formula baharu yang dipertingkatkan membolehkan kami melakukannya."

Sebagai produk utama yang merawat kulit sensitif, CETAPHIL ingin terus menyumbang kepada perubahan alam sekitar jangka pendek dan jangka panjang.

"Kami percaya kesihatan kulit mencerminkan persekitaran, jadi kami berusaha meningkatkan kebersihan, lebih mampan dan lebih cekap– melalui beberapa sumber dan mengurangkan pembaziran. Usaha kami untuk menjadi lebih mampan bermula sejak sedekad lalu, dan kami menggandakan usaha untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar," tambah Cindy Tiu.

Clear Skies merupakan pendekatan strategik berasaskan sains sejajar dengan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Selain dirumus dengan bahan-bahan yang lebih bersih, pendekatan ini ditetapkan terhadap dua asas utama:

· Menggunakan pembungkusan bijak: Pembungkusan kami menggunakan bekas bahan tunggal dan penutup yang sebahagiannya boleh dikitar semula, jadi bekas dan pembungkusan boleh dikitar semula di kebanyakan kemudahan. Pembungkusan berasaskan kertas kami yang dibuat dengan bahan yang boleh diperbaharui dan terbiodegradasi.
· Mengurangkan impak alam sekitar: Sejak 2010, CETAPHIL dan Galderma telah mengurangkan penggunaan air sebanyak 33% bagi setiap produk.

Syarikat kami juga mengurangkan pelepasan CO2 tahunan daripada kilang sebanyak lebih 60%, dengan menggunakan teknologi yang lebih cekap dan sumber elektrik yang boleh diperbaharui. Kini, kilang kami menerima 95% elektrik daripada sumber boleh diperbaharui, dan tiada sisa buangan berakhir di tapak pelupusan.

CETAPHIL telah melindungi dan menjaga kulit sensitif selama lebih daripada 75 tahun, jadi kami faham kesihatan kulit adalah refleksi persekitaran kita. Ini adalah salah satu daripada sebab kami berusaha agar menjadi lebih bersih, lebih mampan dan lebih cekap.
 
Ms Sara Rashidi. sara.rashidi@mslgroup.com

Sumber: CETAPHIL

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.