ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  AXA MEMBAWA PULANG 3 ANUGERAH DI ANUGERAH ABF INSURANCE ASIA 2022

Friday 05/08/2022



KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- AXA Affin Insurance Malaysia (AXA) telah diberi penghormatan dengan meraih beberapa anugerah berprestij di Anugerah Asian Banking and Finance (ABF) Insurance Asia 2022.

AXA Affin General Insurance (Kemenangan ke-7 berturut-turut):
• Syarikat Penginsurans Am Antarabangsa Terbaik – Malaysia
• Produk Insurans Baharu Terbaik - Malaysia (untuk AXA SmartMedi Outpatient)

AXA AFFIN Life Insurance:
• Inisiatif Khidmat Pelanggan Terbaik (untuk Portal Pelanggan MyAXA)
 
Ini merupakan tahun ke-7 berturut-turut AXA Affin General Insurance memenangi anugerah Syarikat Penginsurans Am Antarabangsa Terbaik – Malaysia dan Produk Insurans Baharu Terbaik - Malaysia. Ia merupakan rekod kemenangan bagi AXA Affin General Insurance, sebagai syarikat insurans tunggal dan pertama di Malaysia yang berjaya meraih pencapaian membanggakan ini.

“Kami amat berbesar hati untuk menerima anugerah berprestij ini. Pengiktirafan ini merupakan bukti prestasi kukuh kami sebagai penginsurans yang dipercayai serta komitmen kami kepada pelanggan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan, rakan kongsi, ejen dan pekerja kami yang dihargai yang telah memberikan kepercayaan mereka kepada kami,” kata Emmanuel Nivet, Pengurus Negara AXA Malaysia, semasa sesi penyampaian anugerah dan temu bual secara maya.

AXA sentiasa kekal teguh dalam menginovasi dan merebut peluang baharu untuk memacu kemajuan yang berkesan. Dengan meletakkan keperluan pelanggan sebagai teras strateginya, AXA berusaha untuk memperkayakan kehidupan melalui perlindungan inklusif dengan menyediakan penyelesaian produk yang segera, mudah, diperibadikan dan berpatutan.

Produk Insurans Baharu Terbaik - Malaysia yang dianugerahkan kepada AXA SmartMedi Outpatient menjadi bukti komitmen AXA dalam memastikan rakyat Malaysia mendapat perlindungan yang sewajarnya. Menyedari bahawa peningkatan kos perubatan boleh menyebabkan beban kewangan yang tidak dijangka kepada mereka yang bekerja sendiri dan kurang mendapat perkhidmatan perubatan, AXA telah melancarkan SmartMedi Outpatient - insurans perubatan pesakit luar kendiri pertama di Malaysia untuk merapatkan jurang perlindungan dalam pasaran. Pelan itu telah memberi manfaat kepada ramai pekerja yang bekerja sendiri dengan perlindungan perubatan pesakit luar yang komprehensif, di samping pendaftaran mudah dan premium mampu milik serendah RM1.80 sehari.

AXA juga secara serentak memperhebatkan pengalaman pelanggannya dengan memanfaatkan pendigitalan untuk meningkatkan kecekapan proses dan meningkatkan akses kepada perkhidmatan penting. Untuk ini, AXA AFFIN Life Insurance telah merangkul anugerah Inisiatif Khidmat Pelanggan Terbaik bagi penambahbaikan Portal Pelanggan MyAXA. Portal layan diri yang ringkas ini membolehkan pelanggan mengakses dan menguruskan polisi, pembayaran dan urus niaga mereka dengan mudah pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
 
Peningkatan ini memberikan kemudahan dan ketelusan kepada pelanggan, kerana mereka tidak perlu lagi bergantung pada cara manual untuk menyimpan polisi fizikal atau merujuk kepada pengantara dan pusat khidmat pelanggan untuk kemas kini. Transaksi seperti menukar kaedah dan kekerapan pembayaran, menukar dana pelaburan, dan menambah bayaran insurans boleh dilakukan sendiri tanpa perlu menghubungi ejen atau pergi ke cawangan.

Semasa penyampaian anugerah digital, May Chan, Ketua Operasi dan Bancassurance AXA Life berkata, “Kami sentiasa menginovasi produk dan perkhidmatan kami untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan. Kemunculan transformasi digital global memberi kesan kepada pelbagai industri termasuk insurans, yang juga telah mewujudkan keperluan untuk mengubah landskap perkhidmatan pelanggan kami dan cara kami berhubung dengan mereka. Anugerah ini amat bermakna kerana ia menunjukkan bahawa kami berada di landasan yang betul dalam perjalanan digital kami”.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.axa.com.my 

Sumber: Axa Affin General Insurance Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Sheena Ho
Tel: +603 2170 8548/012 309 1193
Emel: sheena.ho@axa.com.my

Nama: Allison Lee
Tel:  +603 2170 8259/016 228 2916
Emel: allison.lee@axa.com.my 

Strategi Tanggungjawab Korporat:

axa.com/en/about-us/strategy-commitments
 
SRI ratings: 
axa.com/en/investor/sri-ratings-ethical-indexes

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.