ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  RANTAIAN INDUSTRI EV DI KAOHSIUNG MENCAPAI KEHADIRAN GLOBAL YANG LEBIH BESAR

Monday 08/08/2022



In line with the Kaohsiung City Government’s plan to have all public buses run on electricity by 2030, Foxtron Vehicle Technologies delivered the first Model T electric bus to Kaohsiung Bus. (Photo: Business Wire)
Selaras dengan rancangan Kerajaan Bandar Raya Kaohsiung untuk memastikan semua bas awam menggunakan tenaga elektrik menjelang tahun 2030, Foxtron Vehicle Technologies menghantar bas elektrik Model T yang pertama ke Bas Kaohsiung. (Foto: Business Wire)


KAOHSIUNG,Taiwan, 8 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jualan global bagi kenderaan elektrik (EV) sedang berkembang dengan pesat. Untuk membolehkan Kaohsiung sebagai sebuah pangkalan penting bagi industri EV global, Kerajaan Bandar Raya Kaohsiung telah bekerjasama dengan Kumpulan Hon Hai Technology (Foxconn) untuk mengusahakan beberapa aspek seperti bas elektrik pintar dan pembangunan bandar raya pintar, dengan satu matlamat untuk menjadi sebuah medan eksperimen yang menawarkan model perniagaan dan perkhidmatan yang komprehensif bagi menarik pengilang global untuk melabur di Kaohsiung dan mewujudkan sebuah rantaian industri yang lengkap bagi industri EV.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220807005043/en/

Dengan melihat asas yang kukuh di dalam bahan logam dan teknologi kemasan ketepatan di Kaohsiung, Foxconn merancang untuk membina sebuah ekosistem EV dan satu rantaian pengeluaran bateri yang lengkap di bandar raya selatan sebagai sebahagian daripada cita-cita mereka untuk berkembang ke dalam industri EV, yang mencakupi daripada pembangunan EV sehingga kepada pengeluaran pek dan sel bateri, dan sistem penyimpanan tenaga. Ia juga berhasrat untuk menyetempatkan pembuatan bateri merentasi semua titik bagi rantaian bekalan, daripada bahan mentah huluan sehingga kepada sel pertengahan dan pek bateri hiliran. Selain itu, Kaohsiung juga telah menarik pelaburan daripada syarikat-syarikat seperti WIN Semiconductors Corp., faundri terkemuka di dunia untuk amplifier kuasa dan teknologi LiDAR bagi EV, dan pengeluar bateri litium Molie Quantum Energy Corp, sekali gus meletakkan asas bagi rantaian industri EV.

Foxtron Vehicle Technologies, sebuah anak syarikat milik Foxconn, telah menubuhkan kemudahan penyelidikan dan pembangunan serta pembuatan mereka untuk sel bateri di Taman Sains Qiaotou. Selaras dengan rancangan Kerajaan Bandar Raya itu untuk memastikan semua bas awam menggunakan tenaga elektrik menjelang tahun 2030, bas elektrik Model T yang pertama secara rasmi dihantar ke Bas Kaohsiung pada Mac tahun ini dengan satu sasaran volum awal sebanyak 30 kenderaan dan lebih banyak lagi akan diserahkan berdasarkan kepada permintaan operasi. Untuk menggalakkan pembangunan industri bas elektrik di Kaohsiung, Kerajaan Bandar Raya itu telah meningkatkan subsidi bagi operasi bas elektrik dan akan juga memberikan subsidi bagi pembelian bas elektrik keluaran tempatan, dengan menawarkan geran sehingga NT$1.5 juta bagi setiap kenderaan.

Pada Jun tahun ini, Foxconn mengumumkan bahawa ia akan melabur NT$6 bilion untuk membina Pusat Penyelidikan Sel Bateri & Pengenalan Produk Baharu di Taman Perindustrian Ho Fa. Adalah dianggarkan kilang itu akan mencapai kapasiti pengeluaran sebanyak 1GWj untuk bas elektrik, kereta penumpang dan sistem penyimpanan tenaga pada suku pertama tahun 2024.

Selaras dengan pertumbuhan tempatan bagi industri EV, Kerajaan Bandar Raya itu juga merancang untuk bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi untuk membina sebuah tapak ujian peringkat kebangsaan bagi kereta pandu sendiri dan Kenderaan-kepada-Segala-galanya di Taman Sains Qiaotou. Dengan bergabung tenaga dengan Smart Pole Standard Promotion Alliance, premis akan disediakan untuk menguji teknologi, perkhidmatan dan pengesahan produk bagi Kenderaan-kepada-Segala-galanya, yang akan menarik lebih banyak industri yang berkaitan untuk menubuhkan pangkalan mereka di kawasan itu dan dijangka mewujudkan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan baharu. Matlamatnya adalah untuk membentuk Kaohsiung menjadi sebuah model bandar raya pintar dan menjadi satu contoh untuk “pakej eksport bandar raya pintar.”


Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220807005043/en/

Hubungi

INVEST KAOHSIUNG
+886-7-336-0888
https://invest.kcg.gov.tw/

Sumber : Kerajaan Bandar Raya Kaohsiung  

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.