ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 27, 2024 -Jumaat

 
  YAYASAN PETRONAS DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TINGKATKAN PEMBELAJARAN STEM MELALUI HAB STEM PROGRAM DUTA GURU

Tuesday 24/09/2024



Table

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Fadhlina Sidek (kanan) merasmikan Hab STEM Program Duta Guru (PDG) disaksikan Ketua Pengawai Eksekutif Yayasan PETRONAS, Shariah Nelly Francis (kiri) di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tanjong Karang, Selangor.


TANJONG KARANG, 24 Sept (Bernama) -- Yayasan PETRONAS, selaku cabang impak sosial PETRONAS bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, telah melancarkan Hab STEM Program Duta Guru (PDG) untuk meningkatkan pendekatan pembelajaran dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) serta Geografi.

Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Fadhlina Sidek. Yayasan PETRONAS diwakili oleh Ketua Pengawai Eksekutif Yayasan PETRONAS, Shariah Nelly Francis dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Zainal Abas turut serta melawat Hab STEM PDG Tanjong Karang.
 
Hab STEM adalah inisiatif di bawah Program Duta Guru untuk menyediakan ruang kepada komuniti guru bekerjasama dengan lebih rapat bagi memastikan pelaksanaan kurikulum STEM yang lebih mantap dan relevan dengan keperluan masa kini. Dengan pengisian teknologi dan alat bantu mengajar terkini, inisiatif ini turut berperanan untuk menyokong pembelajaran STEM buat jangka masa panjang. Pada tahun ini, Hab STEM sedang dibangunkan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tanjong Karang, Selangor, PKG Bukit Besar, Terengganu dan PKG Miri, Sarawak.
 
Shariah Nelly berkata, “Hab STEM PDG ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan kepada guru, terutamanya Duta Guru, untuk memenuhi keperluan dalam menyampaikan kurikulum STEM yang berkesan dengan memberi sokongan peralatan bantu mengajar dan program latihan untuk meningkatkan produktiviti mereka”.

“Oleh itu, besar harapan kami agar para guru dapat menggunakan ruang tersebut secara optimum dan berkala agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan memperkasakan pendidikan STEM.” tambahnya.

Sehingga kini, PDG telah memberikan sokongan kepada 1,394 guru STEM dari 145 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh Malaysia. Sejak pelancaran PDG, sebanyak 499 guru dari Kohort 1, Kohort 2, dan Kohort 3 telah berjaya menamatkan program ini dengan cemerlang dan dianugerahkan gelaran “Duta Guru”. Tahun ini, PDG telah memasuki Kohort 6, dengan sasaran lebih 1,020 guru baru, di mana pendaftaran masih dibuka sehingga 30 September 2024.

“Memperkasakan Ilmu” - Program Duta Guru, sebuah inisiatif pendidikan di bawah Yayasan PETRONAS, adalah kerjasama antara Yayasan PETRONAS dan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, bersama Teach For Malaysia dan Petrosains sebagai rakan pelaksana. Dilancarkan pada tahun 2019, program ini bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran 4,500 orang guru teladan dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam penyampaian subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) kepada pelajar.

Dikeluarkan oleh:
Yayasan PETRONAS

Muat turun gambar: 
https://drive.google.com/drive/folders/1tre3D_Qlpjf_pVR9Y8IY4B3iAzv0bg15?usp=drive_link

SUMBER: PETRONAS

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Yayasan PETRONAS

Nama: Low Jia Yin
E-mel:  low.jiayin@petronas.com.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.