ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 27, 2024 -Jumaat

 
  XSOLLA AKAN MEMPERSEMBAHKAN PENYELESAIAN PENGEMBANGAN GLOBAL SEMASA PERTUNJUKAN PERMAINAN TOKYO 2024

Thursday 26/09/2024



Table

(Grafik: Xsolla)


Xsolla akan Mempamerkan Alatan Berinovatif untuk Pembangun dan Penerbit Permainan dalam Usaha Mencapai Pasaran Global


TOKYO, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, syarikat perdagangan permainan video global, akan mempamerkan penyelesaian termaju syarikat di Dewan 4, Reruai #04-C48, semasa Pertunjukan Permainan Tokyo 2024, yang akan diadakan dari 26-27 September 2024, di Pusat Konvensyen Makuhari Messe di Tokyo, Jepun. Reruai Xsolla akan menampilkan demonstrasi secara langsung penyelesaian terkini syarikat yang bertujuan membantu pembangun dan penerbit permainan berjaya dalam mengembangkan ke pasaran antarabangsa.

Semasa acara itu, Jin Jeong, Naib Presiden Serantau Xsolla Jepun, akan menyampaikan sesi ucaptama yang menumpukan kepada peranan kritikal penyelesaian Saudagar Rekod (MoR) Xsolla dalam mengubah cara syarikat permainan mengendalikan transaksi rentas sempadan, cukai dan kerumitan kawal selia. Sesi ini akan menawarkan pembangun dan penerbit pandangan menyeluruh mengenai cara Xsolla memudahkan operasi global, membolehkan studio menumpukan kepada mencipta permainan manakala Xsolla pula mengendalikan bahagian perniagaan.

Selain mempamerkan penyelesaian MoR syarikat, Xsolla akan menunjukkan cara sistem pembayaran dan ciri main silang/bayar silang syarikat tersebut meningkatkan jangkauan global untuk pembangun permainan daripada pelbagai saiz dan merentasi semua platform. Xsolla juga akan mempamerkan cara syarikat itu membantu syarikat permainan video menyepadukan dengan pelbagai kaedah pembayaran di seluruh dunia, membolehkan pembangun menjana pendapatan daripada permainan mereka merentasi rantau berbeza dengan mudah.

David Stelzer, Presiden Xsolla, menekankan kepentingan acara ini untuk syarikat: “Kami amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada Pertunjukan Permainan Tokyo dan mempersembahkan penyelesaian terkini kami yang direka bentuk bertujuan memperkasa pembangun dan penerbit permainan untuk berkembang di seluruh dunia. Misi kami ialah untuk menyokong industri permainan dengan alatan yang diperlukan untuk berkembang maju di pasaran antarabangsa dan kami tidak sabar mahu mempamerkan cara Xsolla boleh menjadikan pengembangan global lebih mudah dan berkesan.”

Para hadirin dijemput mengunjungi reruai Xsolla untuk bertemu dengan pasukan pakar, yang akan bersedia memberikan cerapan, menjawab soalan dan membincangkan cara penyelesaian mereka yang disesuaikan boleh membantu pembangun dan penerbit permainan mengembangkan perniagaan masing-masing. Bagi mereka yang berminat dengan perbincangan yang lebih mendalam, Xsolla juga menawarkan pertemuan secara bersemuka untuk meneroka penyelesaian khusus bagi pengembangan pasaran global.

Untuk maklumat lanjut atau menjadualkan pertemuan dengan Xsolla semasa Pertunjukan Permainan Tokyo, sila kunjungi xsolla.com/events/tgs24

Maklumat Tentang Xsolla

Xsolla ialah syarikat perdagangan permainan video global dengan set alatan dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa direka bentuk khusus untuk industri tersebut. Sejak penubuhan Xsolla pada tahun 2005, syarikat itu telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan pelbagai saiz dengan membiayai, memasarkan, melancarkan dan menjana pendapatan permainan mereka secara global dan merentasi platform berbilang. Sebagai peneraju berinovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla ialah menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran dan penjanaan pendapatan global bagi membantu rakan niaga kami mencapai lebih banyak kawasan geografi, menjana lebih banyak hasil dan mewujudkan hubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di London, Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Raleigh, Tokyo, Montreal dan bandar lain di seluruh dunia, Xsolla memberikan sokongan kepada tajuk permainan utama seperti Valve, Twitch, Epic Games, Take-Two, KRAFTON, Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo dan banyak lagi.

Untuk maklumat tambahan dan mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi xsolla.com

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54126695/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Hubungan Media
Derrick Stembridge
Pengarah Perhubungan Awam, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com
 
Sumber : Xsolla 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.