ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2024 -Sabtu

 
  TABREED MENGADAKAN PERBINCANGAN PENTING TENTANG PENYEJUKAN LESTARI DI COP29

Wednesday 27/11/2024



Table

CEO, Khalid Al Marzooqi - (Foto - AETOSWire)


·Syarikat sekali lagi menyokong Program Alam Sekitar dan Cool Coalition Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu, 27 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tabreed, syarikat penyejukan daerah antarabangsa UAE yang terkemuka, telah menyelesaikan aktiviti sepanjang minggu di COP29 di Baku, Azerbaijan.  Semasa acara global yang penting ini berlangsung, perwakilan syarikat menyampaikan ucapan utama, mengambil bahagian sebagai ahli panel dan menyampaikan pembentangan yang menempatkan Tabreed sebagai, bukan sekadar peneraju dunia dalam industri penting ini tetapi juga syarikat yang siap sedia, sanggup dan berupaya untuk mengeksport kepakarannya yang tiada tandingan ke rantau baharu, seperti Asia Tenggara, tempat yang yang lebih memerlukannya sekarang berbanding sebelum ini.
 
Berikutan kejayaan kolaborasi semasa COP28 2023 di Dubai, Tabreed sekali lagi menyokong Cool Coalition yang diterajui Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai Penaja Perak Buildings and Cooling Pavilion di tengah-tengah Blue Zone.  Sebagai penyokong Ikrar Penyejukan Global UNEP, yang dilaksanakan semasa COP28, Tabreed berada di barisan hadapan usaha penyahkarbonan dan pavilion tahun ini di Baku menganjurkan puluhan sesi yang disasarkan pada penggubal undang-undang dan pemaju  yang berusaha menuju amalan yang lebih lestari, dengan mengutamakan penyejukan dalam agenda mereka.

Penglibatan Tabreed dalam COP29 dilihat penting kepada  CEO, Khalid Al Marzooqi, yang berkata:  “Kecekapan tenaga penyejukan daerah membawa manfaat besar dengan mengelak pelepasan karbon dalam skala besar, menjadikannya pemain penting dalam usaha untuk mencapai sifar bersih.  Itulah sebabnya Tabreed sentiasa mengambil bahagian dalam acara global penting seperti COP, dan saya bangga kerana kami memimpin perbincangan tentang penyejukan lestari pada detik penting dalam sejarah dunia.”

Semasa program yang padat itu, Tabreed mempamerkan inovasinya yang memenangi anugerah, seperti loji geotermal G2COOL, yang telah mendapat perhatian tajuk berita merentasi Asia Tenggara dalam beberapa bulan kebelakangan ini, semasa berinteraksi dengan khalyak di seluruh dunia yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang manfaat alam sekitar dan operasi yang terhasil daripada penyejukan daerah dan didokumentasikan dengan baik.

Shikha Bhasin, Penasihat Kanan kepada UNEP Cool Coalition yang diterajui oleh UNEP, berkata:  “Penglibatan Tabreed di COP29 membantu menempatkan syarikat di barisan hadapan usaha penyahkarbonbn serta menambah bukti lanjut bahawa UAE menetapkan standard baharu dalam usaha ke arah kelestarian tulen.  Penyejukan daerah akan menjadi titik tumpuan untuk peningkatan bilangan negara yang terjejas oleh perubahan iklim dan kami berterima kasih kerana Tabreed terus menjuarai usaha Cool Coalition, membawa kepakaran beberapa dekad ke perbincangan yang sangat penting ini.”

Maklumat Tentang Tabreed

Tabreed memberikan perkhidmatan penyejukan daerah yang penting dan lestari kepada pembangunan ikonik di Timur Tengah dan Asia – pemacu kemajuan yang terkemuka untuk orang, komuniti dan alam sekitar di seluruh dunia menuju masa hadapan yang lebih lestari.  Ditubuhkan pada tahun 1998 dan tersenarai awam di Pasaran Kewangan Dubai, ia salah sebuah syarikat tumbuh paling pesat dan mantap di UAE.

Melalui operasi peringkat rantau dan antarabangsanya yang menyeluruh, paling dipercayai dan cekap dalam industri, program R&D dan pelaburan dalam teknologi AI, Tabreed adalah peneraju global dalam industri penyejukan.

*Sumber: AETOSWire

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54156334/en

Butiran Hubungan

Samer Al Tawil
Pengurus Kanan, Pemasaran dan Penglibatan
saltawil@tabreed.ae

Kevin Hackett
Penolong Pengurus, Komunikasi Luar
khackett@tabreed.ae
 
Sumber: Tabreed

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.