TOSHIBA MENGEMBANGKAN BARISAN MIKROPENGAWAL BERASASKAN ARM® CORTEX® -M4 UNTUK KAWALAN MOTOR

Khamis 23/01/2025



Table
Toshiba: Mikropengawal berasaskan Arm® Cortex®-M4 untuk kawalan motor. (Grafik: Business Wire)
 
- Kumpulan M4K(1) dan Kumpulan M470 Menyokong Kawalan Utama dan Kawalan Motor bagi Peralatan Pengguna dan Industri - 

KAWASAKI, Japan, 23 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah memperkenalkan tujuh mikropengawal 32-bit yang dilengkapi dengan teras Cortex-M4, memperluaskan rangkaian mikropengawal kawalan motor mereka yang sedia ada. Enam produk tergolong dalam kumpulan baharu, iaitu kumpulan M4K(1)[1] , manakala satu lagi menyertai kumpulan M470.

Mikropengawal kumpulan M4K(1) mempunyai frekuensi operasi maksimum 120MHz, manakala kumpulan M470 mencapai 160MHz. Kesemua mikropengawal ini dilengkapi dengan dua fungsi kawalan motor. Selain itu, seperti produk semasa dalam kumpulan M4K dan kumpulan M470, mikropengawal ini dilengkapi dengan antara muka pengekod dan fungsi kawalan motor yang boleh diprogramkan, yang mengurangkan beban CPU semasa kawalan motor. Mikropengawal ini juga mewarisi mekanisme pemeriksaan untuk memori flash, RAM, penukar AD dan jam, menjadikan ini sesuai untuk fungsi diagnosis kendiri. Program sampel juga disediakan untuk membantu mendapatkan pensijilan keselamatan fungsional IEC 60730 Kelas B, menyokong pembangunan komponen berasaskan motor untuk peralatan pengguna dan industri.

Produk semasa dalam kumpulan M470 mempunyai kapasiti maksimum memori flash sebanyak 512KB. Tambahan baru dalam kumpulan M470 meningkatkan kapasiti ini kepada 1MB sambil mengekalkan sehingga 100,000 kitaran program/padam, menyokong peningkatan fungsi peranti. Pengintegrasian fungsi FOTA[2] memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk sokongan IoT.

Bersama sampel, dokumentasi, perisian sampel, papan penilaian dan perisian pemacu dengan antara muka kawalan untuk fungsi periferi disediakan untuk kegunaan penilaian awal. Persekitaran pembangunan disediakan dengan kerjasama rakan ekosistem global ARM.

Nota
[1] Dilengkapi dengan teras Arm Cortex-M4 (fungsi FPU) dan frekuensi operasi maksimum 120MHz; dilengkapi dengan fungsi kawalan motor yang mampu mengawal sehingga 2 motor.
[2] FOTA: Kemas kini firmware secara Over The Air (melalui rangkaian tanpa wayar)
Aplikasi
Peralatan pengguna
・Pendingin hawa, mesin basuh, peti sejuk, dsb.
Peralatan industri
・Penyongsang, peralatan motor, perapi kuasa, robot, dsb.
Ciri-ciri
・Teras Cortex-M4 berprestasi tinggi
・Fungsi kawalan motor dua sistem
・Barisan produk yang sesuai digunakan untuk pelbagai peralatan pengguna dan industri
・Fungsi diagnosis kendiri 
Nota
[3] TMPM4K2FYBDUG, TMPM4K2FWBDUG, TMPM4K1FYBUG dan TMPM4K1FWBUG adalah JTAG/SW saja.

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang produk baharu.
TMPM4K4FYBUG
TMPM4K4FWBUG
TMPM4K2FYBDUG
TMPM4K2FWBDUG
TMPM4K1FYBUG
TMPM4K1FWBUG
TMPM471F10FG

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai Mikropengawal Toshiba.
Mikropengawal

* Arm dan Cortex ialah tanda dagangan berdaftar milik Arm Limited (atau anak syarikatnya) di AS dan/atau di tempat lain.
* TXZ+™ ialah tanda dagangan milik Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation.
* Nama syarikat lain, nama produk, dan nama perkhidmatan mungkin merupakan tanda dagangan milik syarikat masing-masing.
* Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga produk dan spesifikasi, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah terkini pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat tentang Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, peneraju penyedia penyelesaian semikonduktor dan storan yang canggih, memanfaatkan lebih setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan pelanggan dan rakan perniagaannya semikonduktor diskret, LSI sistem dan produk HDD yang luar biasa.

Dengan 19,400 pekerja di seluruh dunia, syarikat ini berkongsi tekad untuk memaksimumkan nilai produk, serta mempromosikan kerjasama rapat dengan pelanggan dalam penciptaan nilai dan pasaran baharu. Syarikat ini berharap dapat membina dan memberi sumbangan kepada masa depan yang lebih baik untuk semua.

Ketahui lebih lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html 
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54183208/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Contacts
Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan & Pemasaran MCU & Peranti Digital
Tel: +81-44-548-2233
Hubungi Kami

Pertanyaan Media
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation 

--BERNAMA 
+