TOKYO, 23 Jan., 2025 /Kyodo JBN/ --Yayasan Hadiah Jepun telah mengumumkan pemenang bagi hadiah Jepun 2025 pada 22 Januari, 2025. Prof. Russell Dean Dupuis dari Amerika Syarikat telah dianugerahkan dengan Hadiah Jepun dalam bidang Sains Bahan dan Pengeluaran, dan Prof. Carlos M. Duarte dari Sepanyol telah dianugerahkan dengan Hadiah Jepun dalam bidang Pengeluaran Biologi, Ekologi/Persekitaran.
- Bidang yang Layak bagi Anugerah itu: Sains Bahan dan Pengeluaran
Prof. Russell Dean Dupuis
Imej:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M000319/202501152911/_prw_PI1fl_tS7bGu5Q.jpg - Bidang yang Layak bagi Anugerah itu: Pengeluaran Biologi, Ekologi/Persekitaran
Prof. Carlos M. Duarte
Imej:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M000319/202501152911/_prw_PI2fl_75vq5Xm9.jpg Untuk Hadiah Jepun tahun ini, Prof. Dupuis diiktiraf di atas sumbangan cemerlang beliau kepada pembangunan teknologi pemendapan wap kimia metalorganik untuk peranti elektronik dan optoelektronik semikonduktor kompaun, dan sumbangan perintis kepada pengkomersilan yang berskala besar; dan Prof. Duarte diiktiraf di atas sumbangan beliau kepada pemahaman ekosistem marin di dalam Bumi yang sentiasa berubah, terutamanya melalui penyelidikan perintis mengenai Karbon Biru.
Untuk Hadiah Jepun 2025, Yayasan itu telah meminta kira-kira 15,500 ahli sains dan jurutera terkemuka dari seluruh dunia untuk mencalonkan penyelidik yang bekerja di dalam bidang yang ditetapkan pada tahun ini. Ia telah menerima 149 pencalonan untuk bidang Sains Bahan dan Pengeluaran, dan 72 pencalonan bagi bidang Pengeluaran Biologi, Ekologi/Persekitaran. Pemenang tahun ini dipilih daripada sejumlah 221 orang calon.
Maklumat mengenai Hadiah Jepun
Penubuhan Hadiah Jepun pada tahun 1981 telah didorong oleh hasrat kerajaan Jepun untuk mewujudkan satu anugerah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang akan menyumbang kepada pembangunan saintifik dan teknologi di seluruh dunia. Dengan sokongan daripada pelbagai sumbangan, Yayasan Hadiah Jepun telah menerima pengesahan daripada Pejabat Kabinet pada tahun 1983.
Hadiah Jepun itu dianugerahkan kepada ahli sains dan jurutera dari seluruh dunia yang telah membuat pencapaian yang kreatif dan dramatik yang membantu memajukan bidang mereka dan menyumbang secara signifikan untuk merealisasikan keamanan dan kemakmuran bagi manusia sejagat. Penyelidik di dalam semua bidang sains dan teknologi layak untuk anugerah itu, dengan dua bidang dipilih pada setiap tahun dengan mengambil kira arah aliran semasa di dalam pembangunan saintifik dan teknologi. Pada dasarnya, seorang individu di dalam setiap bidang diiktiraf dengan anugerah itu, dan menerima sekeping sijil, sebuah pingat, dan juga hadiah wang tunai. Setiap Majlis Penganugerahan dihadiri oleh Maharaja dan Maharani semasa, ketua bagi tiga cabang kerajaan dan pegawai lain yang berkaitan, dan wakil daripada pelbagai elemen masyarakat yang lain.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di:
https://www.japanprize.jp/en/index.html Sumber: Yayasan Hadiah Jepun
--BERNAMA