PERHUBUNGAN MEDIA DAN PENGURUSAN ACARA

MERZ AESTHETICS MENUNJUKKAN DATA GLOBAL TENTANG HUBUNGAN ANTARA KEYAKINAN, AFIRMASI KENDIRI DAN RAWATAN ESTETIK

Jumaat 31/01/2025



Table

Grafik: Merz Aesthetics


Penyelidikan Baharu Menunjukkan bahawa Orang Mendapatkan Rawatan Estetik untuk Menjajarkan Perasaan Dalaman Kendiri dengan Penampilan Luaran


RALEIGH, N.C., 31 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Merz Aesthetics, perniagaan estetik perubatan khusus terbesar di dunia hari ini mengumumkan dapatan daripada kajian global sulungnya. Pillars of Confidence: Global Insights on Aesthetics and Self-Affirmation . Kajian ini meneroka peranan keyakinan dalam kehidupan harian dan kesejahteraan keseluruhan, serta hubungan antara perasaan dalaman kendiri dan ekspresi luaran.

Sebagai sebahagian daripada platformnya Confidence to Be, Merz Aesthetics menjalankan kaji selidik ke atas 15,000 orang dewasa dari seluruh dunia yang telah menjalani rawatan estetik pada masa lalu atau berkemungkinan akan menjalaninya dalam masa terdekat. Kajian Pillars of Confidence menunjukkan bahawa majoriti global daripada peserta kajian mempunyai keyakinan diri yang kuat, dengan 72% bersetuju dengan kenyataan, "Saya yakin tentang siapa diri saya."

Dapatan daripada kajian Pillars of Confidence juga mengaitkan penampilan luaran dengan konsep perasaan dalaman. Apabila berbincang tentang rawatan estetik khususnya, 73% daripada responden melaporkan bahawa mereka rasa "diperkasakan" setelah menjalani rawatan estetik, 69% ingin mendapatkan rawatan estetik untuk menggambarkan perasaan dalaman mereka dan 72% berkata bahawa rawatan estetik memberi impak kepada cara mereka melihat diri mereka.

Dijalankan dengan kerjasama Ipsos*, salah satu syarikat penyelidikan pasaran dan pengundian terbesar di dunia, kajian Pillars of Confidence melibatkan 15,000 orang dewasa yang berumur 21 to 75** dari 15 negara. Rantau dan negara yang mengambil bahagian termasuk:

· Asia-Pasifik: China, Korea Selatan, Thailand
· Eropah, Timur Tengah & Afrika: Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, United Kingdom dan Emiriah Arab Bersatu
· Amerika Latin: Brazil, Colombia, Costa Rica, Mexico
· Amerika Utara: Amerika Syarikat, Kanada

“Sejak menjadi perniagaan global kendiri hampir lima tahun lalu, Merz Aesthetics telah komited kepada tujuan kami untuk meningkatkan keyakinan dengan membantu orang tampil lebih baik, rasa lebih baik dan menjalani kehidupan dengan lebih baik. Kami percaya tentang kepentingan rasa yakin dan perkara yang seperti versi terbaik diri anda—tidak kira bagaimana anda mentakrifkannya,” kata Bob Rhatigan, CEO, Merz Aesthetics. “Penyelidikan Pillars of Confidence kami menunjukkan apa yang kami tahu secara peribadi tentang kebenarannya—bahawa nampaknya rawatan estetik melakukan lebih daripada sekadar meningkatkan penampilan kita; ia boleh membantu orang rasa lebih diperkasakan dan menyokong perjalanan keyakinan diri mereka. ”

“Data Pillars of Confidence menunjukkan bagaimana rawatan estetik membolehkan pesakit memainkan peranan aktif dalam menjajarkan persepsi diri mereka dengan penampilan luaran,” kata Dr. Shannon Humphrey, pakar dermatologi kosmetik, pengarah perubatan di Humphrey & Beleznay Cosmetic Dermatology dan profesor madya klinikal di University British Columbia. “Sebagai pakar perubatan, saya melihat impak ini setiap hari. Wawasan ini boleh membantu kami lebih memahami dan menyokong pesakit kami seiring dengan usaha mereka untuk memperkasakan diri mereka, yang akhirnya meningkatkan penjagaan yang kami berikan.”

Sama ada ia perkara yang kami kata, orang yang bersama dengan kita, atau pilihan kita tentang rawatan estetik, Merz Aesthetics percaya bahawa perjalanan setiap orang untuk kelihatan, rasa dan menjalani kehidupan terbaik adalah unik. Dengan tujuan untuk meningkatkan keyakinan di seluruh dunia, Merz Aesthetics berharap bahawa data berlandaskan wawasan kajian Pillars of Confidence akan mengilhamkan perbualan bermakna yang membolehkan lebih ramai orang meraikan diri mereka yang autentik, luar dan dalam.

Untuk maklumat lanjut tentang kajian Pillars of Confidence dan untuk memuat turun laporan penuh tentang dapatan ini, sila lawati www.merzaesthetics.com/confidence.

*Merz Aesthetics. (2025). Pillars of Confidence: Wawasan global tentang Estetik dan Afirmasi Kendiri. Disokong oleh rakan penyelidik lpsos.

**Julat umur di rantau Asia Pasifik ialah 21 ke 65.

 Maklumat Tentang Merz Aesthetics

Merz Aesthetics ialah perniagaan estetik perubatan dengan sejarah panjang memperkasakan profesional penjagaan kesihatan, pesakit dan pekerja untuk menjalani kehidupan setiap hari dengan yakin. Kami bertekad untuk membantu orang di seluruh dunia untuk kelihatan, rasa dan menjalani kehidupan seperti versi terbaik diri mereka—tidak kira apa jua cara mereka mentakrifkannya. Terbukti secara klinikal, portfolio produknya termasuk bahan suntikan, peranti dan rawatan penjagaan kulit yang direka untuk memenuhi keperluan setiap pesakit dengan standard keselamatan dan kecekapan yang tinggi. Menjadi milikan keluarga selam lebih 115 tahun, Merz Aesthetics dikenali kerana membina hubungan unik dengan pelanggan yang rasa seperti keluarga. Ibu pejabat global Merz Aesthetics berada di Raleigh, N.C., AS, dengan keberadaan komersial di 90 negara di seluruh dunia. Ia juga merupakan sebahagian daripada Merz Group, yang ditubuhkan pada tahun 1908 dan berpangkalan di Frankfurt, Jerman. Ketahui lebih lanjut di merzaesthetics.com.

© 2025 Merz North America, Inc. Semua hak cipta terperlihara. Merz, Merz Aesthetics dan Logo Confidence to Be Merz Aesthetics adalah tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar Merz Pharma GmbH & Co. KGaA di A.S. dan/atau negara tertentu lain.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54194542/en

Hubungi

Hubungan Media
Merz Aesthetics
Global Corporate Communications
6501 Six Forks Road, Raleigh NC 27615
919-302-3296
media@merz.com


Sumber: Merz Aesthetics

--BERNAMA
+