ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  KAYM PENERAJU PROGRAM LATIHAN DAN KESELAMATAN REL PERTAMA DI MALAYSIA

Tuesday 25/10/2016



MELAKA, 25 Okt (Bernama) -- Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) melalui anak syarikatnya, KYM Stes telah menandatangani Memorandum Perjanjian  Persefahaman (Mou) bersama  KAT Professional Rail Training & Certification (KatProRail) bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir khususnya dalam industri lokomotif negara.

MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi manakala KatProRail diwakili  Ketua Pegawai Eksekutif, Tomin Salikan. Turut hadir pegawai-pegawai pengurusan kanan KAYM dan KatProRail.

Saroni berkata, kursus dalam bidang industri lokomotif  ini merupakan yang pertama di Malaysia  dan akan beroperasi sepenuhnya di kampus induk KAYM dan akan mula membuat pengambilan pelajar pada awal tahun 2017.

MoU yang ditandatangani mengambil kira keperluan tenaga kerja mahir dalam bidang lokomotif dimasa hadapan. Justeru, KYM Stes dan KatProRail mengambil peluang ini untuk menubuhkan sebuah Institut Teknologi Lokomotif Malaysia yang dinamakan sebagai i-Rail.

“KAYM adalah peneraju bagi program latihan dan keselamatan rel yang pertama di Malaysia. Berkonsepkan latihan berbentuk teknikal, servis dan pengurusan, i-Rail mensasarkan jumlah tenaga kerja yang akan dilahirkan adalah mencukupi 

“i-Rail membawa satu pendekatan baru dalam industri latihan berteraskan kemahiran, dan bakal menjanjikan peluang latihan serta laluan pekerjaan yang baru khususnya dalam bidang teknologi lokomotif.

Selain itu, usahasama yang dijalinkan menyediakan satu landasan kolaborasi dan implementasi gunasama kemudahan sedia ada serta menggunakan tenaga pakar di antara KYM Stes dan KatProRail. 

Saroni berkata i-Rail bakal menawarkan pelbagai persijilan antaranya persijilan profesional  antarabangsa seperti Erata :Certification In Rail Safety  (Australia), Logic Control Program  (Germany) dan Welding (ASNT/NDT) (Amerika Syarikat).

Selain itu, persijilan Sijil Kemahiran Malaysia  (SKM) juga akan dilaksanakan khususnya dalam bidang kejuruteraan rel seperti trak network, fleet engineering, electrification, permanent way dan sebagainya.

“Kerjasama strategik ini dirasakan tepat pada masanya seiring dengan perkembangan pesat terutamanya pembangunan LRT3, MRT2 dan High Speed Rail (Singapura-Kuala Lumpur Via Melaka) dalam industri rel di Malaysia” ujurnya lagi.

Bagi  mencapai rancangan ini, i-Rail bakal melatih tenaga kerja yang berkemahiran dan kepakaran dalam industri rel dengan anggaran lebih dari 3000 pekerja mahir dan separa mahir yang diperlukan setiap tahun untuk memenuhi kehendak industri.

Jalinan perkongsian pintar ini akan meningkatkan peluang latihan dengan menyediakan pelatih-pelatih baru serta personel-personel rel sediaada dengan kelayakan profesional mengikut kepada standard antarabangsa.

SUMBER : Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Harmiyati Mohamed Mohtar
Tel     : (606) 2817732 ext  262 / 013 659 2779
Faks  : (606) 2861062
Emel : harmiyati@kym.edu.my
   
--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.