ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  METLIFE SYARIKAT INSURANS AMERIKA SYARIKAT YANG PERTAMA UNTUK MENCAPAI KEBERKECUALIAN KARBON

Thursday 23/02/2017



NEW YORK, 23 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MetLife, Inc. (NYSE: MET) hari ini mengumumkan bahawa ia telah mencapai matlamat 2015 bagi keberkecualian karbon, sekali gus menjadi syarikat insurans pertama yang berpangkalan di Amerika Syarikat untuk berbuat demikian.

MetLife mencapai keberkecualian karbon dengan mengintegrasikan amalan terbaik kemampanan dan kecekapan tenaga ke dalam operasi syarikat itu di peringkat global, dan kemudian mengimbangi baki pelepasan itu melalui pelaburan di dalam projek-projek pengurangan karbon di seluruh dunia.

"MetLife komited untuk menjadi sebuah warga korporat yang bertanggungjawab dan memacukan pengawasan alam sekitar yang mantap merentasi seluruh perniagaan kami di peringkat global," kata Marty Lippert, naib presiden eksekutif dan ketua bagi MetLife Global Technology dan Operasi. "Strategi perniagaan lestari bukan sahaja mengurangkan kesan kepada alam sekitar tetapi juga menekankan siapa kami sebagai sebuah syarikat."

Contoh-contoh usaha MetLife untuk menanamkan kemampanan pada sepanjang perjalanan operasi mereka termasuk:
  • Kepimpinan di dalam persijilan Tenaga dan Reka Bentuk Alam Sekitar (LEED) Platinum untuk pejabat MetLife di Washington D.C. dan Kampus Global Technology di Cary, N.C. MetLife kini mempunyai 19 pejabat di peringkat global yang disahkan LEED (bersamaan dengan hampir empat juta kaki persegi hartanah), dan enam daripada pejabat ini telah memperolehi penetapan Platinum.
  • Pengurangan tenaga hampir 30 peratus di seluruh pejabat yang dimiliki dan dikendalikan di Amerika Syarikat.
  • Penglibatan dengan pembekal-pembekal utama untuk mengurangkan kesan alam sekitar melalui rantaian bekalan organisasi.
  • Pelaburan hijau sebanyak $9.7 bilion yang termasuk kepentingan pemilikan di dalam 37 ladang angin dan solar, kepentingan ekuiti di dalam 48 hartanah yang disahkan LEED dan $3 bilion di dalam projek-projek tenaga yang boleh diperbaharui.
 
Usaha-usaha ini adalah unsur-unsur utama di dalam matlamat alam sekitar global syarikat itu yang diwujudkan pada tahun 2015, yang termasuk:
 
1. Menjadi neutral karbon pada tahun 2016 dan bergerak ke hadapan.
2. Menjelang tahun 2020, mengurangkan kesemua penggunaan tenaga sebanyak 10 peratus daripada asas 2012.
3. Menjelang tahun 2020, mengurangkan gas rumah hijau (GHG) berasaskan lokasi sebanyak 10 peratus dari asas 2012.
4. Menjelang tahun 2020, memerlukan 100 daripada pembekal utama MetLife untuk mendedahkan kepada umum mengenai pelepasan GHG dan aktiviti pengurangan pelepasan mereka.

Komitmen MetLife terhadap alam sekitar dilanjutkan ke luar tapak kehadiran mereka sendiri. Untuk membantu mengimbangi baki pelepasan karbon mereka, syarikat itu menyokong enam projek pengurangan karbon yang disahkan oleh pihak ketiga yang menyokong pembangunan mampan. Contohnya termasuk:
  • Inisiatif untuk memasang dapur masak yang dijanakan oleh solar di China bagi membantu keluarga bertukar dari memasak menggunakan arang batu kepada 100% tenaga yang boleh diperbaharui.
  • Satu Pengurangan Pelepasan daripada projek Pembasmian hutan dan Degradasi (REDD+) yang melindungi hutan hujan tropika di Colombia. Usaha ini membantu memulihara hutan hujan dan mengurangkan penebangan dan amalan pertanian mampan yang lain.
  • Di Amerika Syarikat, MetLife menyokong sebuah projek untuk mengumpulkan pelepasan daripada kemudahan sisa tidak berbahaya yang terbesar di New York dan mentransformasi gas itu kepada tenaga bersih.
 
Kemajuan MetLife terhadap matlamat alam sekitar mereka adalah satu gambaran kepada komitmen sejak dahulu lagi dalam mengurangkan kesan alam sekitar mereka. Pengiktirafan baru-baru ini berhubung pencapaian MetLife mengenai perkara itu termasuk:
  • Diiktiraf oleh CDP (dahulunya Projek Penzahiran Karbon) untuk kepimpinan di dalam laporan dan pengurusan isu-isu perubahan iklim. CDP adalah sebuah pihak yang tidak mencari keuntungan yang menilai kerja-kerja bagi lebih 5,000 buah syarikat berhubung prestasi alam sekitar.
  • Dipilih ke dalam Indeks Kemampanan Dow Jones Amerika Utara 2016, sebuah indeks kemampanan korporat untuk mengesan syarikat-syarikat terkemuka yang didorong oleh kemampanan.
  • Menerima Anugerah Kepimpinan Iklim 2016 daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat bagi matlamat baharu dan berani syarikat itu dalam pengurangan pelepasan gas rumah hijau
 
Untuk maklumat lanjut mengenai komitmen MetLife kepada alam sekitar dan aktiviti tanggungjawab korporat yang lain, sila layari www.metlifeglobalimpact.com.

Maklumat mengenai MetLife
MetLife, Inc. (NYSE: MET), melalui anak-anak syarikat dan sekutu mereka ("MetLife"), adalah satu daripada syarikat insurans nyawa yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1868, MetLife adalah sebuah pembekal dunia bagi insurans nyawa, anuiti, faedah pekerja dan pengurusan aset. Memberi perkhidmatan kepada kira-kira 100 juta pelanggan, MetLife mempunyai operasi di hampir 50 buah negara dan memegang kedudukan pasaran yang terkemuka di Amerika Syarikat, Jepun, Amerika Latin, Asia, Eropah dan Timur Tengah. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.metlife.com.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan
Siaran berita ini mungkin mengandungi atau digabungkan oleh maklumat rujukan yang termasuk atau didasarkan oleh kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam konteks maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan berpandangan ke hadapan memberikan jangkaan atau ramalan mengenai peristiwa di masa hadapan. Kenyataan-kenyataan ini boleh dikenal pasti oleh fakta bahawa mereka tidak berkaitan semata-mata dengan sebarang fakta sejarah atau fakta semasa. Ia menggunakan perkataan seperti "menjangkakan," "anggaran," "jangkaan," "projek," "berhasrat," "merancang," "percaya," "matlamat," dan perkataan atau terma lain yang membawa maksud yang sama, atau terikat kepada tempoh di masa hadapan, berkaitan dengan perbincangan mengenai operasi masa hadapan atau prestasi kewangan. Khususnya, ini termasuk kenyataan yang berkaitan dengan tindakan di masa hadapan, perkhidmatan atau produk yang bakal ditawarkan, prestasi masa hadapan atau keputusan semasa dan perkhidmatan atau produk yang dijangkakan, usaha jualan, perbelanjaan, keputusan di luar jangka seperti prosiding undang-undang, trend di dalam operasi dan keputusan kewangan.

Mana-mana atau kesemua kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu boleh berubah menjadi tidak tepat. Ia boleh dipengaruhi oleh andaian yang tidak tepat atau oleh risiko dan ketidaktentuan yang diketahui atau tidak diketahui. Banyak faktor seperti itu akan menjadi penting di dalam menentukan keputusan sebenar pada masa hadapan untuk MetLife, Inc., anak-anak syarikat dan sekutu mereka. Kenyataan-kenyataan ini adalah didasarkan kepada jangkaan semasa dan persekitaran ekonomi semasa. Ia melibatkan beberapa risiko dan ketidaktentuan yang sukar untuk diramal. Kenyataan-kenyataan ini tidak menjamin prestasi masa hadapan. Keputusan sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Risiko, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain yang mungkin menyebabkan perbezaan tersebut termasuk risiko, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain yang dikenal pasti di dalam Laporan Tahunan MetLife, Inc. yang terbaharu pada Borang 10-K ("Laporan Tahunan") yang difailkan dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti Amerika Syarikat ("SEC"), Laporan Suku Tahun pada Borang 10-Q yang difailkan oleh MetLife, Inc. dengan SEC selepas tarikh Laporan Tahunan ini di bawah kapsyen "Nota Berhubung Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan" dan "Faktor Risiko", dan pemfailan lain oleh MetLife, Inc. dengan SEC. MetLife, Inc. tidak bertanggungjawab untuk membuat pembetulan secara awam atau mengemas kini sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan jika MetLife, Inc. kemudian menyedari bahawa kenyataan itu tidak mungkin dapat dicapai. Sila rujuk mana-mana pendedahan lanjut yang dibuat oleh MetLife, Inc. mengenai perkara-perkara berkaitan dalam laporan kepada SEC.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
http://www.businesswire.com/news/home/20170222006225/en/

Hubungi
MetLife, Inc.
Jon Richter, 212-578-5370
jrichter@metlife.com
 
Sumber: MetLife, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.