ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  ZURICH TAKAFUL MALAYSIA TAWAR PERLINDUNGAN MAMPU MILIK DENGAN PELAN TERBARU, 'TAKAFUL SENIORGOLD'

Thursday 23/02/2017



KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) --  Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) baru-baru ini telah melancarkan Takaful SeniorGold, pelan takaful keluarga yang direka untuk menawarkan perlindungan berharga kepada mereka yang berusia dari 50 – 80 tahun dengan caruman dari serendah RM50 sebulan.

"Di Zurich, kami berhasrat membantu para pelanggan memahami dan melindungi diri mereka daripada risiko. Kehidupan setelah persaraan seringkali ditempuh dengan pelbagai cabaran termasuk pengurangan atau kehilangan pendapatan tetap yang ketara, kerana itu, kami prihatin terhadap keperluan untuk menawarkan penyelesaian takaful mampu milik bagi membantu para pesara dan juga orang dewasa yang mempunyai ibu bapa bersara menangani risiko kewangan akibat kejadian yang tidak diduga. Takaful SeniorGold menawarkan para pelanggan ketenangan fikiran supaya mereka boleh meneruskan kehidupan dengan penuh keyakinan,” kata Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif, ZTMB. 

Takaful SeniorGold adalah pelan takaful keluarga caruman lazim yang menawarkan pendaftaran mudah kerana tiada taja jamin perubatan peserta diperlukan sebelum membeli pelan ini. Ciri-ciri dan manfaat utama Takaful SeniorGold termasuk:

-Perlindungan boleh diperbaharui sehingga usia 90 tahun                                       
Peserta boleh memperbaharui pelan perlindungan sehingga usia 90 tahun.

-Caruman Mampu Milik
Peserta boleh memilih untuk mendapatkan perlindungan takaful pada harga RM50 seunit, sehingga maksimum 10 unit.

-Sehingga 5 (lima) kali Jumlah Asas Dilindungi untuk Kematian Akibat Kemalangan
Bergantung kepada umur tercapai peserta, bayaran kematian akibat kemalangan adalah sehingga 5 (lima) kali daripada jumlah asas dilindungi sijil tersebut.

Manfaat Matang
Apabila sijil ini matang, peserta akan menerima Nilai Akaun Pelaburan di bawah sijil ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Takaful SeniorGold, para pelanggan boleh menghubungi perunding khidmat atau Pusat Panggilan ZTMB di 03-6287 6666 atau layari www.zurich-takaful.com.my

Zurich Insurance Group (Zurich) merupakan penyedia pelbagai insurans utama yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan di pasaran antarabangsa mahupun tempatan. Dengan kira-kira 54,000 orang kakitangan, Zurich menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan  hartanah, kasualti serta insurans hayat yang meluas di lebih daripada 210 buah negara dan wilayah. Pelanggan-pelanggan Zurich merangkumi individu, perniagaan kecil sederhana mahupun besar serta syarikat-syarikat multinasional. Kumpulan ini beribu pejabat di Zurich, Switzerland dan telah diasaskan pada tahun 1872. Syarikat pegangannya, Zurich Insurance Group Ltd (ZURN), disenaraikan di SIX Swiss Exchange dan bertaraf tahap I program Resit Depositari Amerika yang didagangkan menerusi kaunter pada OTCQX. Maklumat lanjut mengenai Zurich boleh diperolehi di www.zurich.com  

Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) merupakan salah sebuah syarikat Takaful terkemuka di Malaysia. Ia merupakan ahli Zurich Insurance Group (Zurich) dan penyedia tunggal produk Takaful untuk Zurich. Dengan kepakaran pasaran takaful selama sembilan (9) tahun serta rangkaian penyelesaian produk Takaful Keluarga dan Am yang meluas, ZTMB mampu memenuhi pelbagai keperluan pelanggan dan memberi perkhidmatan kepada lebih 1.1 juta pemegang sijil di seluruh negara. Syarikat ini dahulunya dikenali sebagai MAA Takaful Berhad. Zurich mempunyai kedudukan unik dalam pasaran insurans di Malaysia di mana ia juga menawarkan pelbagai penyelesaian insurans konvensional merangkumi Insurans Hayat dan Am melalui syarikat sekutu, Zurich Insurance Malaysia Berhad. Untuk maklumat lanjut mengenai  Zurich Takaful di Malaysia, layari www.zurich-takaful.com.my 

SUMBER : Zurich Takaful Malaysia Berhad (dahulunya dikenali sebagai MAA Takaful Berhad)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI : 

 
Zurich Takaful Malaysia Berhad

Nama : Haslinda Mohd Saleh
Tel        : 03 – 6287 6466
Fax       : 03 – 6259 0088
Emel    : haslinda.mohd.saleh@zurich.com.my  
 
Nama : Alexandra Lee Abraham 
Tel        : 03 – 21468957 
Fax       : 03 – 21432124 
Emel    : alexandra.lee@zurich.com.my   
 
Nama : Fazrah Fadzil Khan 
Tel        : 03 – 21468499 
Fax       : 03 – 21432124 
Emel    : fazrah.fadzil@zurich.com.my 
 
ROOTS PR Sdn Bhd

Nama  : Charmaine Goh
H/P     : 017 – 880 6829
Tel        : 03 – 7494 0292
Emel    : charmaine.goh@rootsasia.com 
 
Nama : Jacqueline Khoo
H/P     : 016 – 453 8183
Tel        : 03 – 7494 0292
Emel    : jacqueline.khoo@rootsasia.com 


--BERNAMA 


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.