ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  PENGUMUMAN PARA JEMPUTAN KE FELLOWSHIP PENYELIDIKAN JEPUN YAYASAN HAKUHO KE-12

Thursday 09/03/2017



AsiaNet 67710

TOKYO, 8 Mac, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

 
Yayasan Hakuho, sebuah yayasan diperbadankan berkepentingan awam berpangkalan di Tokyo, Jepun, pada 8 Mac mengumumkan senarai penyelidik yang telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam Fellowship Penyelidikan Jepun Yayasan Hakuho ke-12.
 
- Jemputan:
Selepas saringan ketat, 14 penyelidik telah dipilih dari lapan negara (tanah besar China, Perancis, Jerman, Korea Selatan, Taiwan, UK, Ukraine dan Amerika Syarikat). Lima penyelidik telah dipilih dalam kategori bahasa Jepun dan penyelidikan pendidikan bahasa Jepun, dan sembilan dalam kategori penyelidikan budaya dan kesusasteraan Jepun. Sila lihat lampiran untuk maklumat lanjut tentang penyelidik yang dijemput.
 
- Tempoh Fellowship:
 1 September, 2017-31 Ogos, 2018
 (sama ada tempoh panjang (1 tahun) atau tempoh pendek (6 bulan)
 
- Organisasi penerima:
 Pusat Penyelidikan Antarabangsa bagi Kajian Jepun
 Institut Bahasa-Jepun Yayasan Jepun, Urawa
 Universiti Kyoto
 Institut Kebangsaan Bahasa dan Linguistik Jepun
 Universiti Ochanomizu
 Universiti Ritsumeikan
 Universiti Tokyo untuk Kajian Luar
 Universiti Waseda
 
 
Mengenai Fellowship Penyelidikan Jepun Yayasan Hakuho:
Program Yayasan Hakuho mempelawa penyelidik antarabangsa datang ke Jepun. Dengan matlamat untuk mengukuhkan lagi asas-asas penyelidikan antarabangsa ke Jepun dan mendalami pemahaman Jepun, Fellowship Penyelidikan Jepun Yayasan Hakuho mempelawa penyelidik antarabangsa dalam bahasa Jepun, pendidikan bahasa Jepun, kesusasteraan Jepun dan budaya Jepun ke Jepun untuk menjalankan penyelidikan kediaman.
Sila rujuk laman web Yayasan untuk maklumat lanjut.
 
* Mengenai Fellowship Penyelidikan Jepun Yayasan Hakuho:
http://www.hakuhofoundation.or.jp/english/program/tabid/196/Default.aspx
 
* Senarai penyelidik yang dijemput untuk Fellowship Penyelidikan Jepun Yayasan Hakuho ke-12:
http://www.hakuhofoundation.or.jp/english/tabid/206/Default.aspx
 
Yayasan Hakuho telah ditubuhkan pada tahun 1970 sempena ulang tahun ke-75 penubuhan Hakuhodo Inc. Ia telah diiktiraf dan telah beroperasi sebagai sebuah yayasan diperbadankan berkepentingan awam sejak April 2011, berikutan pengenalan peraturan baru yang berhubungan dengan perbadanan berkepentingan awam. Untuk memupuk sifat-sifat manusia yang kaya dikalangan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa depan, Yayasan Hakuho menyokong pendidikan kanak-kanak, terutamanya dalam bidang bahasa dan budaya, melalui inisiatif seperti Anugerah Hakuho bagi pendidik-pendidik anak cemerlang, Geran Penyelidikan Hakuho untuk Pendidikan Kanak-kanak, Fellowship Penyelidikan Jepun Yayasan Hakuho dan Skim Hakuho untuk Rangkaian Bahasa Jepun Kanak-kanak Global.
 
URL: http://www.hakuhofoundation.or.jp/english/tabid/187/Default.aspx 
 
Sumber: Yayasan Hakuho
 
Hubungi:
Scott Macdonald, Yui Sato
Sekretariat Fellowship Penyelidikan Jepun Yayasan Hakuho (c/o e-side, Inc.)
Tel: +81-3-6435-8140
Faks: +81-3-6435-8790
E-mel: ip-office@hakuhofoundation-ip.jp

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.