ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  UNISYS MEMPERKENALKAN DIGISTICS(TM) OLEH UNISYS, SEBUAH PENYELESAIAN PENGURUSAN KARGO UNTUK MEMBANTU PENGANGKUT MEMPERTINGKATKAN KETANGKASAN, PEMPROSESAN

Wednesday 15/03/2017



AsiaNet 67799

BLUE BELL, Pa, AMERIKA SYARIKAT, 15 Mac, 2017/Medianet International-AsiaNet/ --

 
Pengguna boleh memilih satu penyelesaian menyeluruh atau memilih daripada perkhidmatan khusus berdasarkan kepada keperluan, manakala analisis terbina dalam memacukan wawasan untuk keuntungan yang lebih baik dan pertumbuhan garis atas di masa hadapan
 
Unisys Corporation (NYSE: UIS) (http://www.unisys.com/) hari ini melancarkan Digistics(TM) oleh Unisys (http://www.unisys.com/digistics), sebuah penyelesaian logistik kargo yang holistik dan bersepadu yang membolehkan pengangkut untuk menyelaraskan pengurusan barangan dan mempertingkatkan kecekapan operasi mereka. Digistics membolehkan pengangkut udara untuk memilih daripada satu rangkaian lengkap penawaran atau memilih perkhidmatan kargo tertentu yang mereka perlukan, termasuk pengurusan inventori, tempahan, invois, dan perakaunan. Sistem itu mempunyai analisis platform silang yang membolehkan pengangkut untuk melihat data masa lalu, masa kini dan data ramalan bagi operasi yang dipertingkatkan.

Pengangkut kargo udara menghadapi pelbagai cabaran dalam persekitaran kargo yang kompetitif pada hari ini, termasuk permintaan untuk kebolehlihatan yang tinggi, desakan untuk sistem automatik dan proses tanpa kertas, dan memaksimumkan kapasiti yang ada - kesemuanya dalam bajet operasi yang terhad. Digistics adalah satu sistem yang didorong oleh data yang secara automatik merekodkan setiap titik semak pengangkutan dan penghantaran dalam rantaian nilai kargo udara. Ini menyediakan kepada syarikat penerbangan dengan kebolehlihatan tepat masa bagi penghantaran mereka dan memberikan pengangkut dengan keupayaan untuk mengesan dan menjejaki produk bernilai tinggi dengan cepat dan cekap bagi pengalaman pengguna akhir yang lebih baik.

"Digistics adalah satu penyelesaian yang diterajui perniagaan bagi industri kargo udara yang mempunyai sebuah kerangka yang berasaskan awan moden yang membolehkan mana-mana pengangkut untuk dengan mudah menyesuaikan penyelesaian itu di dalam sistem perusahaan mereka sendiri," kata Dheeraj Kohli, naib presiden dan ketua global bagi Perjalanan dan Pengangkutan untuk Unisys. "Kami berbangga untuk menjadi yang pertama di dalam industri ini bagi menawarkan perkhidmatan awan yang berasaskan katalog. Pengangkut kini boleh memilih dan melanggan kepada ciri-ciri yang mereka perlukan bagi operasi perniagaan mereka, manakala analisis tahap maju akan membolehkan pengangkut untuk mengenal pasti faktor-faktor yang membantu mereka mengekalkan laluan yang cekap, serta menambah baik proses di laluan yang kurang cekap."
http://www.unisys.com/industries/commercial/transportation/thought%20leader/dheeraj-kohli-id-2838
 
Boleh diperolehi di seluruh dunia, Digistics termasuk penawaran kargo utama Unisys, yang termasuk sistem pengurusan logistik (LMS), perakaunan pendapatan kargo (CRA) dan perkhidmatan portal kargo (CPS), serta perkhidmatan nilai tambah tambahan seperti mobiliti, RFID dan analisis. Penyelesaian awan bersepadu itu membolehkan pembilan bayar-untuk-penggunaan bagi mengurangkan kos, serta pelaksanaan pantas dan penambahan biasa yang berdasarkan kepada maklumat balas daripada komuniti kumpulan pengguna kargo aktif Unisys -- menyediakan prestasi optimum bagi pengangkut.
http://www.unisys.com/offerings/industry-solutions/transportation-industry-solutions/logistics-solutions
 
Unisys mempunyai lebih 45 tahun pengalaman dalam menyediakan penyelesaian IT yang termaju dan kritikal kepada industri penerbangan.
http://www.unisys.com/industries/commercial/transportation
Lebih 20 peratus daripada penghantaran kargo udara dunia diproses dengan menggunakan penyelesaian Unisys. Penyelesaian kargo Unisys digunakan oleh banyak pengangkut terkemuka di dunia, yang bekerjasama melalui Unisys Cargo User Group (UCUG). Unisys dan ahli-ahli UCUG telah bekerjasama dengan International Air Transport Association (IATA) selama lebih 20 tahun dengan inisiatif seperti e-Freight, Cargo iQ dan mesej XML.

Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang pakar dalam menyediakan penyelesaian yang berfokuskan industri yang disepadukan dengan keselamatan canggih kepada pelanggan di dalam kerajaan, perkhidmatan kewangan dan pasaran komersial. Penawaran Unisys termasuk penyelesaian keselamatan, analisis data termaju, perkhidmatan awan dan infrastruktur, perkhidmatan aplikasi dan aplikasi dan perisian pelayan. Untuk maklumat lanjut: sila layari www.unisys.com.

Ikuti Unisys di Twitter (https://twitter.com/UnisysCorp) dan LinkedIn
(https://www.linkedin.com/company/unisys).
 
Hubungi:                                              
 
Claire Hosegood, Unisys, +61 411 253 663
claire.hosegood@au.unisys.com 
              
NOMBOR SIARAN.: 0314/9485
 
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing.
 
UIS-C
 
SUMBER: Unisys Corporation 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.