ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  GESAAN KEPADA SEMUA USAHAWAN DAN INOVATOR AUSTRALIA: BANTU ATASI KEKURANGAN AIR GLOBAL

Wednesday 15/03/2017



AsiaNet 67800

SYDNEY, Australia, 15 Mac, 2017/Medianet International-AsiaNet/ --

 
Dengan perkongsian bersama Tata Group dan Australian Aid (Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan inovationXchange, DFAT iXc), XPRIZE - pemimpin dunia di dalam mereka dan mengendalikan pertandingan insentif besar-besaran bagi menyelesaikan cabaran-cabaran besar manusia - mengumumkan pelancaran Limpahan Air XPRIZE  (http://water.xprize.org/), satu pertandingan global bernilai AS$1.75 juta yang bermatlamat untuk mengatasi kekurangan air dunia. Hadiah ini akan memberi insentif kepada pasukan-pasukan untuk bertanding dan membangunkan teknologi cekap tenaga baharu yang direka untuk mengumpulkan air bersih dari atmosfera.

Bertujuan untuk mencetuskan satu penyelesaian yang cemerlang kepada masalah kekurangan air global, pertandingan ini menggesa pasukan-pasukan dari seluruh dunia untuk mencipta satu peranti yang menghasilkan sekurang-kurangnya 2,000 liter air setiap hari dari atmosfera dengan menggunakan 100% tenaga yang boleh diperbaharui, pada kos tidak lebih daripada dua sen bagi setiap liter. Matlamat Limpahan Air XPRIZE adalah untuk mewujudkan akses berpusat kepada air, memberi manusia kuasa untuk mengakses air bersih pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka memerlukannya.

"Dengan dua pertiga daripada penduduk dunia hidup dalam keadaan mengalami kekurangan air, ini adalah masa yang sangat penting untuk bukan sahaja memikirkan semula kaedah kita berhubung penggunaan air tetapi menciptanya semula," kata Zenia Tata, Pengarah Eksekutif XPRIZE bagi Pengembangan Global. "Rakyat Australia dan penduduk di Asia Pasifik telah berjuang terhadap elemen-elemen iklim sejak dari awal permulaan dunia, dan kami percaya terdapat beberapa negara lain di dunia yang mempunyai tahap kepakaran yang sama dalam mengenalpasti pendekatan yang berinovatif untuk mendapatkan dan mengagihkan air bersih ke kawasan yang sebelum ini difikirkan sebagai tidak boleh diakses."

Dalam satu kenyataan media baru-baru ini
(http://foreignminister.gov.au/releases/Pages/2017/jb_mr_170129.aspx), Menteri Luar Australia, Julie Bishop menggalakkan pakar inovator di kawasan Indo-Pasifik untuk menyahut cabaran Limpahan Air XPRIZE semasa satu lawatan ke Ibu Pejabat XPRIZE di Los Angeles. Limpahan Air XPRIZE mengharapkan tahap penyertaan yang tinggi daripada pasukan-pasukan di rantau itu, terutamanya memandangkan pengalaman mereka yang menetap dan bekerja dalam suasana yang kasar dan iklim yang tidak menentu.
 
Ahli sains, ejen perubahan sosial, jurutera, ahli akademik, usahawan dan minda kreatif yang lain digalak untuk bersaing sebagai sebuah pasukan atau secara individu. XPRIZE mengalu-alukan inovator merentasi semua kawasan geografi, disiplin dan semua golongan masyarakat.

Pendaftaran pasukan untuk pertandingan dua tahun Limpahan Air XPRIZE ditutup pada Jumaat, 28 April, 2017.

Limpahan Air XPRIZE menandakan kali pertama XPRIZE menjalin kerjasama dengan kerajaan Australia, sekali gus mengisyaratkan hasrat XPRIZE untuk membangunkan hubungan yang lebih kukuh di seluruh Australia dan di wilayah Indo-Pasifik.

Untuk maklumat lanjut atau bagi mendaftarkan minat anda, sila layari: http://www.xprize.org  dan http://water.xprize.org/
 
AKHIR
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Kevin Daly / Anna Charisiou
Porter Novelli Melbourne
+61 3 9289 9555
kdaly@porternovelli.com.au / acharisiou@porternovelli.com.au
 
MAKLUMAT MENGENAI XPRIZE
Yayasan XPRIZE adalah sebuah pertubuhan yang tidak mencari keuntungan yang berdaftar di Amerika Syarikat, adalah pemimpin dunia di dalam mereka bentuk dan melaksanakan model pertandingan berinovatif untuk menyelesaikan cabaran-cabaran paling utama di dunia. XPRIZE menggunakan satu kombinasi unik iaitu teknik pemasaran dalam talian, sumber ramai, teori hadiah insentif, dan teknologi eksponen sebagai satu formula untuk memberi impak 10 kali (berbanding 10%) dalam domain cabaran besar yang dihadapi oleh dunia kita. Falsafah XPRIZE adalah bahawa - di bawah keadaan yang betul - mencetuskan eksperimentasi pesat daripada pelbagai kanta adalah kaedah yang paling cekap dan berkesan untuk memacukan kesan dan penyelesaian eksponen kepada cabaran besar. Pertandingan aktif termasuk $30 juta Google Lunar XPRIZE, $20 juta NRG COSIA Carbon XPRIZE, $15 juta Global Learning XPRIZE, $10 juta Qualcomm Tricorder XPRIZE,  $7 juta Shell Ocean Discovery XPRIZE, $7 juta Barbara Bush Foundation Adult Literacy XPRIZE, $5 juta IBM Watson AI XPRIZE, $1.75 juta Limpahan Air XPRIZE dan $1 juta Anu and Naveen Jain Women’s Safety XPRIZE. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.xprize.org/.
 
SUMBER: XPRIZE 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.