ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  PAMERAN SENI LUKIS KONTEMPORARI "ASIA CORRIDOR" AKAN DIADAKAN DI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO ISTANA NIJO SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA "BANDAR RAYA BUDAYA BAGI ASIA TIMUR 2017 KYOTO"

Friday 17/03/2017



AsiaNet 67820

KYOTO, Jepun, 16 Mac, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Projek "Bandar Raya Budaya bagi Asia Timur" adalah satu acara yang melibatkan tiga buah negara berdasarkan kepada satu perjanjian yang dicapai semasa satu mesyuarat menteri-menteri budaya bagi Jepun, China dan Korea Selatan. Projek itu memilih sebuah bandar raya pada setiap tahun daripada ketiga-tiga buah negara itu untuk mengadakan acara-acara kebudayaan dan kesenian dan projek pertukaran selama satu tahun, melanjutkan pembangunan bandar raya-bandar raya tuan rumah serta menggalakkan persefahaman dan perpaduan bersama di rantau itu melalui kuasa budaya. 

(Foto1:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104311/201703149874/_prw_OI2fl_X0H6HHs4.JPG)
 
(Foto2:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104311/201703149874/_prw_OI3fl_EXREZ1pc.JPG)
 
Dalam edisi keempat ini, bersama-sama dengan rakan bandar raya tuan rumah 2017 Changsha (China) dan Daegu (Korea Selatan), Kyoto akan menganjurkan pelbagai acara, termasuk budaya tradisional, seni lukis kontemporari, seni pentas, muzik, manga (komik), dan anime (animasi). Melalui rangka kerja pertukaran dengan dua bandar raya tuan rumah yang lain, Kyoto akan mengukuhkan timbal balik merentasi ke seluruh Asia Timur serta mengukuhkan hubungan di antara Jepun, China dan Korea Selatan melalui kuasa budaya, dan menghidupkan semula rantau itu. 

(Video: https://youtu.be/ToAXqvTdeSg)
 
Jawatankuasa Eksekutif Bandar Raya Budaya bagi Asia Timur 2017 Kyoto akan menganjurkan satu pameran seni lukis kontemporari utama sebagai sebahagian daripada program utama "Bandar Raya Budaya bagi Asia Timur 2017 Kyoto" yang berlangsung dari September hingga November 2017, dengan menampilkan pelbagai artis dari Jepun, China dan Korea di Pusat Kesenian Kyoto dan Tapak Warisan Dunia UNESCO Istana Nijo (Nijo-jo). Barisan akhir artis yang mengambil bahagian, termasuk seorang yang terkenal dari setiap negara, akan diumumkan pada 25 April. 

Nama: Bandar Raya Budaya bagi Asia Timur 2017 Kyoto: Pameran Seni Lukis Kontemporari Asia Corridor
Tempoh: 19 Ogos – 15 Oktober, 2017 (58 hari)
Tempat: Istana Nijo (Nijo-jo), Pusat Kesenian Kyoto
Pengarah Seni: Akira Tatehata
Penganjur: Jawatankuasa Eksekutif Bandar Raya Budaya bagi Asia Timur 2017 Kyoto, Bandar Raya Kyoto, Agensi bagi Hal Ehwal Kebudayaan
 
Untuk butiran lanjut, sila layari:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104311/201703149874/_prw_OR1fl_RVX0rE0X.pdf
 
Laman web rasmi bagi Pameran Seni Lukis Kontemporari dan Susunan pertama:
http://asiacorridor.org/en/index.html
 
(Logo:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104311/201703149874/_prw_PI1fl_rm0iiXvR.jpg)
 
SUMBER: Jawatankuasa Eksekutif Bandar Raya Budaya bagi Asia Timur 2017 Kyoto

--BERNAMA 
 

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.