ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN KEPADA INSTITUSI ATAU ORGANISASI KEAGAMAAN - PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) 2017 [P.U.(A) 52/2017]

Friday 17/03/2017



KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Menteri Kewangan, telah mengeluarkan suatu perintah pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] untuk mengecualikan bayaran cukai terhadap semua pendapatan yang diterima oleh mana-mana institusi atau organisasi keagamaan yang ditubuhkan di Malaysia semata-mata bagi maksud ibadat keagamaan atau pemajuan agama dan tidak dikendalikan dengan tujuan mendapatkan keuntungan.
 
Institusi atau organisasi keagamaan yang layak mendapat pengecualian di bawah perintah tersebut hendaklah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang mengawal selia institusi atau organisasi tersebut. Prasyarat pendaftaran untuk mendapatkan pengecualian adalah selaras dengan hasrat kerajaan supaya institusi keagamaan sentiasa dikawal selia dengan baik dan tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
 
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, perintah pengecualian juga terpakai kepada mana-mana institusi atau organisasi keagamaan yang ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis yang mengawal selia institusi atau organisasi tersebut.
 
Perintah pengecualian ini telah diwartakan pada 15 Februari 2017 dan mula berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2017. Pengecualian yang diberikan melalui perintah ini adalah selaras dengan pindaan perenggan 13(1)(b) Jadual 6 Akta 53 yang telah dibentang dan diluluskan pada sesi Parlimen yang lepas.
 
Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
 
SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Tel : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA
 
 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.