ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  LAWATAN KERJA MENTERI LUAR NEGERI KE WASHINGTON, D.C., AMERIKA SYARIKAT, 21-22 MAC 2017

Monday 20/03/2017



PUTRAJAYA, 20 Mac (Bernama) -- YB Dato’ Sri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri akan mengadakan lawatan kerja ke Washington, D.C. bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri Pakatan Global Menangani Da’esh pada 22 Mac 2017. Beliau akan diiringi oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Luar Negeri.
 
Mesyuarat yang akan dihoskan oleh TYT Rex Tillerson, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, bertujuan mempergiatkan kempen menentang Da’esh dengan kerjasama 68 negara-negara ahli Pakatan Global. Mesyuarat tersebut juga akan membincangkan isu-isu seperti keperluan bantuan kemanusiaan serta pembersihan periuk api (de-mining) dan bantuan penstabilan kawasan-kawasan di Iraq dan Syria yang pernah ditawan oleh Da’esh. Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri Pakatan Global Menangani Da’esh ini akan mengenal pasti mekanisme terbaik dalam usaha mencegah Da’esh daripada terus melancarkan serangan-serangan keganasan yang telah meragut ribuan nyawa di seluruh dunia, di samping memberikan perhatian yang khusus dalam usaha mengekang penularan ideologi kumpulan pengganas ini melalui naratif palsunya.
 
Semasa mesyuarat itu nanti, YB Dato’ Sri Anifah Aman dijangka akan berucap mengenai ancaman-ancaman semasa Da’esh dari perspektif negara dan serantau, serta cabaran dan langkah pencegahannya. YB Dato’ Sri Anifah Aman akan turut berkongsi pengalaman Malaysia dan usaha-usaha negara dalam mencegah keganasan dan keganasan melampau. 
 
Selain daripada menghadiri mesyuarat berkenaan, YB Dato’ Sri Anifah Aman akan turut mengambil kesempatan ini untuk bertemu dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat, TYT Rex Tillerson buat kali pertama, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama dan juga pembangunan global dan serantau. Pertemuan ini adalah signifikan mengambil kira ianya merupakan lawatan kerja pertama YB Dato’ Sri Anifah Aman ke Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Donald J. Trump.
  
Penglibatan YB Dato’ Sri Anifah Aman di mesyuarat ini menzahirkan sokongan dan komitmen Malaysia terhadap Pakatan Global dalam kempennya menentang Da’esh. Malaysia percaya bahawa kerjasama antarabangsa, melalui inisiatif multilateral seperti ini, adalah kritikal dan merupakan komponen penting dalam strategi Malaysia menentang keganasan.
 
SUMBER : Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NIZAM HALIMI
Assistant Secretary
Division of Communications and Public Diplomacy
Emel : nizamhalimi@kln.gov.my

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.