ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  SYARIKAT ROBOTIK BAHARU MAKEBLOCK MERAIH LEBIH DARIPADA $30 JUTA DALAM PENDANAAN SIRI B

Monday 20/03/2017



Makeblock Akan Memanfaatkan Dana Pusingan Siri B untuk Memacu Perluasan Pasaran, Inovasi Produk dan Pertumbuhan Global


SHENZHEN, China, 20 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Makeblock Co., Ltd, syarikat baharu pendidikan STEM dan robotik, hari ini mengumumkan ia telah menyelesaikan pusingan Siri B $30 juta dengan penilaian $200 juta yang diketuai oleh Evolution Media China dan Shenzhen Capital Group Co., Ltd. Pendanaan tersebut menyokong perluasan ke dalam pasaran baharu, melanjutkan pembangunan produk dan kepelbagaian sumber perkakasan, perisian dan kurikulum pendidikan STEM untuk pendidik, kanak-kanak dan penggemar hobi.

Ditubuhkan pada tahun 2011 (ditubuhkan sebagai syarikat pada tahun 2013), Makeblock ialah platform pembelajaran pembinaan robotik DIY dan pengaturcaraan terkemuka bagi pembuat, penggemar hobi, pelajar STEM dan pendidik. Makeblock menyediakan lebih daripada 500 bahagian mekanikal dan modul elektronik yang mudah digunakan, perisian pengaturcaraan grafik dan kursus untuk merealisasikan idea dengan mudah. Setelah menarik hati lebih daripda 1,000,000 orang pembuat, pelajar dan pendidik di lebih daripada 140 negara dan semakin bertambah, Makeblock ialah satu daripada syarikat robotik terkemuka yang sedang membuat perubahan, dengan matlamat untuk membuka bidang ini kepada semua orang pada semua tahap kemahiran.

Makeblock akan meluaskan jejak globalnya dengan pejabat baharu di Beijing, Hong Kong, Amerika Utara, Jepun dan Belanda. Makeblock tersedia di lebih daripada 140 negara dengan 1,600 pasangan saluran, dan 20,000 sekolah dan organisasi pendidikan yang menerapkan produk Makeblock ke dalam kurikulum pendidikan mereka.

“Kami teruja untuk menyokong Makeblock pada titik penting dalam pertumbuhan mereka, sementara mereka terus meningkatkan pendidikan STEM kepada tahap yang baharu,” kata Jason Ding, Presiden di EMC. “Pendidikan STEM ialah industri seterusnya yang akan mengalami gangguan mendalam, berikutan pengalaman industri mudah alih, IoT dan realiti maya. Sepanjang beberapa tahun yang lalu, Makeblock telah menerajui usaha untuk menghasilkan produk pendidikan STEM di bilik darjah dan di rumah. Kami mempercayai bahawa ini hanya permulaan perjalanan mereka untuk mengubah pendidikan."

Sejak tahun 2016, Makeblock mengalami pertumbuhan ketara, mengembangkan tenaga kerjanya kepada lebih daripada 300 pekerja. Makeblock akan menggunakan pusingan pendanaan terkini ini untuk melabur selanjutnya dalam pengagihan pendidikan STEM, perluasan global dan pembangunan inisiatif baharu yang dibina berdasarkan kerja terbarunya dengan Microsoft, Intel dan lebih lagi. Syarikat ini juga akan meluaskan jangkauan runcitnya pada beberapa bulan akan datang, mendalamkan perkongsiannya dengan Barnes & Noble dan SoftBank untuk menempatkan produk Makeblock di lebih banyak kedai di seluruh dunia.

“Penciptaan berlaku di semua tempat pada kadar yang pesat. Daripada sekolah yang menggunakan Makeblock untuk mengajar konsep STEM, kepada gergasi teknologi seperti Microsoft, Intel, Apple Education yang menggunakan Makeblock untuk menggalakkan kreativiti di bilik darjah, sehinggalah ibu bapa di rumah yang cuba membantu pendidikan anak mereka, kuasa sebenar Makeblock ialah untuk menginspirasikan penciptaan," kata Jasen Wang iaitu Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, "Matlamat kami adalah untuk menyediakan Makeblock di semua sekolah, rumah dan ruang kreatif untuk memberi sesiapa sahaja, pada sebarang usia keupayaan untuk menjadi pencipta atau pereka cipta."

Selain itu, pendanaan akan menyokong pelancaran pertandingan robotik pertama Makeblock pada lewat tahun 2017, yang akan menggalakkan pelajar untuk bertanding dengan projek kreatif mereka menggunakan platform Makeblock. Pertandingan ini menyokong "Rancangan Lima Tahun Ketiga Belas" Perdana Menteri Li Keqiang berkenaan pendidikan yang diumumkan pada tahun 2016.

Produk terkini Makeblock, Airblock, dron STEM modular yang meraih $830,000 pada Disember 2016 di Kickstarter, akan disediakan untuk pembelian di kedai runcit bermula Mei 2017. Neuron, produk Makeblock baharu juga diumumkan melalui Kickstarter pada Mac, iaitu platform blok elektronik boleh diatur cara untuk pembinaan alat terbuka, yang meraih lebih daripada $100,000 dalam masa kurang daripada 12 jam.

Mengenai Makeblock
Untuk maklumat lanjut, ikuti @Makeblock di Twitter, Facebook atau lawati http://www.makeblock.com.

Maklumat Hubungan:
Yukin Pang
+86(0)755-26392228-8137
yukin@makeblock.com


SUMBER : Makeblock Co., Ltd.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.